Showing posts with label 80an. Show all posts
Showing posts with label 80an. Show all posts

Tuesday, November 01, 2016

Aku dan Jiwa Rock

  
Malaysia dah dilanda demam filem Rock Bro sekarang ni. Rancak kat tv tengah promo pasal cerita ni. Aku dah layan filem ni start dari episod pertama lagi sampailah keluar sekuel terakhir ni. Budak2 yang lahir tahun 80an mesti syok layan filem ni sambil terimbau kenangan zaman muda mudi dulu. Lagi best time berkumandang lagu slow rock...ngeh ngeh ngeh

Mana boleh lupa bergaut dengan awek kat public phone sambil pakai singlet dan jeans koyak kat lutut. Duit syiling jangan ceritalah, bukan main banyak lagi dalam poket sebagai penyambung hayat. Itu dulu, sekarang public phone dah hampir2 pupus. Bergayut dengan handphone lagi mudah. Dalam toilet pun boleh calling2 lagi.

Yang lahir di alaf baru ni tak tahulah macam mana. Minoriti saja kot yang boeh layan dan faham apa yang terkandung dalam filem ni. Diaorang membesar dengan lagu cinta meleleh-leleh, rap dan lagu korea. Diaorang lagi kenal artis2 K-Pop dan Justin Bibier berbanding kumpulan rock malaysia.

Tetiba lak gatal-gatal tangan nak menulis dalam blog...Huhuhu

Wednesday, December 22, 2010

Kisah Aku, Duit Syiling & Dot Dot Dot

Masa kian berubah, ekonomi semakin kacau bilau. Duit syiling semakin dipandang sepi. Kemegahan yang dirasai suatu ketika dulu dah pudar ditelan zaman. Kalau 1sen dan 5sen, nilainya semakin tak laku. Cuba bawak sekeping 5sen ke kedai, apa yang boleh dibeli agaknya. Gula-gula? Asam masin? Main tikam? 

Budak-budak sekarang pun dah pandai merungut kalau diberi duit syiling di hari raya. Aku pernah terkena bila bagi duit syiling kat budak-budak yang datang beraya kat rumah. Dengan selambanya ketua kumpulan diaorang sound, "Ek eleh!! 50sen jer?" Caitt!! hampeh betol lah budak-budak sekarang. Masa aku kecik-kecik dulu, dapat 50sen dah kira mewah sangat. Banyak benda boleh dibeli dengan 50sen tu.

Waktu aku masih belum baligh, pergi ke sekolah cuma berbekalkan duit 30sen jer. Kadang-kadang bawak 50sen. Itu pun dah cukup bersyukur kerana ada duit belanja. Kalau bawak 30sen, aku cuma boleh beli nasik lemak sebungkus. Dua tiga kali suap dah habis. Selalu jugak bila lihat kawan-kawan sekelas makan nasi minyak, aku cuma mampu telan air liur. Kalau tak der kawan belanja atau berkongsi minuman, aku minum air paip jer lah dengan aksi seolah-olah berkumur. Kalau bawak 50sen, dapatlah beli air sirap yang berharga 10sen. Baki 10sen lagi bawak balik simpan dalam tabung.

Monday, December 13, 2010

Mat Rock Kapak

Gambar ehsan dari Facebook

Sesiapa yang lahir di zaman 80an mesti membesar dengan lagu-lagu cintan cintun kumpulan rock kapak. Siapa tak kenal nama Search, Wings, Iklim, Laksamana, XPDC dan banyak lagi kumpulan rock yang pernah menghiasi persada seni suatu masa dulu. Tahun berganti tahun, sekarang cuma beberapa kerat jer kumpulan rock yang masih aktif. Itupun jarang-jarang sekali baru nampak muka.

Dulu turun je ke bandar, mesti akan terjumpa mat rock melepak kat bus stand, taxi stand, panggung wayang  atau kat kedai makan. Rambut, perghhh..mesti melepasi bahu. Kalah rambut orang perempuan masa tu. Kalau tengok dari belakang, sebijik macam perempuan. Seluar jeans of coz lah koyak kat lutut. Tak rock lah brader pakai seluar slack. Baju mesti kaler hitam. Ada ker mat rock pakai baju kaler pink. Nanti tak pasal2 kena gelak. Kat tangan mesti ada pehiasan, gelang dan cincin besi atau perak. Tapi rock rock jugak. Ramai mat rock yang aku jumpa masa tu, sampai waktu jer mesti ke surau untuk solat. Mat rock beriman... Kadang-kadang mat rock ni muka jer nampak ganas, tapi dalam hati ada taman bunga.

Saturday, October 09, 2010

Hero Pujaan Era 80an & Awal 90an

sambungan kpd entry sebelumnya. kalau semalam aku imbas kembali kartun2 yg diminati pada masa lalu, kali ini aku nak referesh balik memory kita semua tentang hero yg pernah menjadi kesukaan kita waktu kecik2 dulu. sebelum munculnya hero buatan malaysia seperti cicakman, rempit-man dan yg sewaktu dgn nya,  dunia pernah dilindungi oleh ramai hero2 dari jepun dan amerika. siapa tak kenal suria perkasa hitam, gaban, ultraman, captain power, miss comet, maskman dan macam2 lagilah yg pernah menjadi pujaan waktu kita kecik2 dulu. 

Friday, October 08, 2010

Kartun Kesukaan Masa Kecik2 Dulu

ada sesiapa nak kembali ke zaman silam, zaman waktu kita masih budak hingusan? saya saya saya...huhuhu.  sesiapa pun nak kalau diberikan peluang. waktu kecik adalah zaman yg paling best. waktu itu segalanya adalah tentang keseronokan. waktu itu tv dan panggung wayang lah tempat kita mencari hiburan. masa tu belum lagi ada internet. kalau ditanya tahu tak apa itu blog, facebook, yahoo! ataupun streamyx..confirm masing2 tergaru kepala. sure lah kan sbb perkataan internet belum femes lagi masa tu.