baru hari ni aku perasan iklan baru kat blog aku ni. rasanya semua tuan blog dah perasan kot iklan terbaru Toyota Corolla Altis ni. peminat jenama Toyota pasti tertunggu2 kehadiran model baru ni. menurut maklumat yg diterima dari Toyota Malaysia, harga jualan adalah pada harga RM131,990. nice price for a nice car..kan kan kan
Corolla Altis 2.0V baru ini didatangkan dgn enjin 2.0 liter Dual VVT-i 3ZR-FE yang mempunyai transmisi 7 kelajuan Super CVT-i. selain 2.0V, Corolla Altis ni juga didatangkan dgn 3 lagi versi iaitu 1.8G ditawarkan pada harga RM122,900, 1.8E berharga RM112,990 dan 1.6E berharga RM105,990. versi 1.6E dipadankan dgn transmisi automatik 4 kelajuan manakala 1.8E dan 1.8G didatangkan dgn transmisi yg sama seperti versi 2.0V. harga bagi ke empat2 model baru ni adalah harga atas jalan dan sekali dgn insurans. walaupun harganya nampak sedikit tinggi tapi sesuatu yg harus diingat adalah teknologi terkini dan mewah yg dilengkapkan pada model terbaru ni.