Showing posts with label Human. Show all posts
Showing posts with label Human. Show all posts

Tuesday, July 27, 2010

Atuk


kelmarin aku terjumpa dgn seorang atuk. dengan kopiah di kepala, berjalan terbongkok2 menggunakan tongkat. aku berhenti ditepi jalan dan bertanya sesuatu kepada dia. tapi pendengarannya sudah tidak setajam seperti usia muda sehingga aku terpaksa kuatkan suara. dgn lembut dia menjawab pertanyaan aku. selepas mengucapkan terima kasih, aku berlalu pergi ke tempat yg dituju. 

Sunday, February 07, 2010

Apakah Dosa Bayi Ini

 
(sumber Berita Harian) 

Astaghfirullah..mengucap panjang aku bila terbaca berita ni pagi tadi. apa punya kejadah manusia zaman sekarang, fizikal jer mcm manusia tapi berhati binatang. bayi seusia 5 bulan boleh diliwat. dah hilang akal ke manusia sekarang. apakah dosa bayi ini hingga diperlakukan sedemikian rupa. apakah dosa bayi ini sehingga diaibkan sebegitu sekali. setelah mengalami penderaan yg tak mampu ditanggung oleh tubuh sekecil ini, bayi ini terpaksa menanggung 1 lagi azab apabila diliwat oleh manusia yg menusia yg perilaku jauh lebih teruk dari binatang. aku tak dpt bayangkan bagaiman seorang manusia masih mempunyai nafsu buas terhadap tubuh sekecil ini. bagimana nafsu seks gila boleh mengatasi akal fikiran. macam manalah anak ni hendak membela nasib ibubapanya di akhirat kelak seandainya didunia ini dia diperlakukan sedemikian rupa.

kes penderaan bayi bukanlah perkara luar biasa yg berlaku dinegara ini dan jugak dimana2 negara sekalipun. saban tahun ada saja dipaparkan didada akhbar berita tentang penderaan bayi. ini belum lagi diambil kira gejala membuang bayi yg baru dilahirkan kedalam tong sampah, longkang, lubang tandas dan jugak ditanam hidup2. bertapa zalimnya manusia sekarang. sejak kecil diberi pendidikan agama, bila meningkat dewasa menjadi lebih kejam dari setan.

cubalah bayangkan bagaimana seorang wanita yg terdedah dengan perlakuan tidak bermoral yg akhirnya mengandung. selama 9 bulan ke sana sini membawa perut, namun selepas saja bersalin terus anak itu dibuang ke tempat yg tidak sepatutnya. longkang, semak samun, tempat pembuangan sampah, wakaf dan lorong2 gelap menjadi dunia baru kepada anak yg tidak berdosa ini. dan ada juga yg ditanam samada telah mati ataupun masih bernyawa. perlakuan seperti ini tak ubah seperti perlakuan orang2 yg hidup dizaman jahiliah sebelum kedatangan islam. ke manakah perginya sifat kasih sayang dan belas kasihan terhadap anak2 kecil ini.