Showing posts with label Kenali Teganu Kiter. Show all posts
Showing posts with label Kenali Teganu Kiter. Show all posts

Thursday, November 24, 2011

Aku, Bus Stand Lama & Kedai Koboi (Lagenda Solah Botok)

Sambungan dari entry sebelumnya...

4- Kedai Koboi
Deretan kedai kayu yg wujud di tepi dan hadapan (seberang jalan) bus stand. Orang terengganu panggil kedai koboi sbb kepadatan dan susunan kedai2 yang ada kat situ. Tak reti pulak aku nak explain mcm mana keadaan kedai koboi ni. Cukup kalau aku katakan dlm kedai koboi ni ada banyak lorong (femes dgn penggilan lorong bombay). Suhu dlm kedai koboi agak panas sbb atapnya dari zink dan plastik. Yg conquer kedai koboi ni adalah peniaga kain dan kaset.

Masa era kedai koboi, mmg banyak kedai2 kaset yg wujud. Kalau dah bukak kedai kaset, mesti pasang lagu kuat2. Sampai jer kat kedai koboi ni, macam2 lagu boleh dengar mcm hindustan, omputih atau lagu melayu sendiri. Kena pulak waktu tu zaman rock kapak. Sana sini boleh lihat anak2 muda pakai seluar jeans yg koyak kat lutut, jaket kulit (walaupun cuaca panas tetap pakai sbb nak tunjuk macho kat awek), gelang besi dan baju bergambar tengkorak. Rambut jgn cakap ler. mesti korang boleh bayangkan sendiri fesyen rambut zaman rock.

Seperti biasa, tak sah kalau takder yg cuba berlagak raja kat kedai koboi ni. Orang terengganu panggil sek megang. Tapi diaorang ni bukankah gengster cuma nak berlagak jer seolah2 tempat itu akulah yg punya. Ini tak bersangkut paut dgn mael lambong. Aiseh lupa lak.. dulu kat bus stand ni ada sorang brader penjual rokok yg mukanya sebijik mcm saleem. kena pulak time tu band Iklim tgh meletup. Asal dia melintas je depan bas, mesti ramai yg perhatikan dia. Untung muka seiras, rokok pun cepat jer laku.. huhuhu

Hadapan kedai koboi adalah berderet gerai2 kecik (biasanya peniaga ni sekadar open 1-2 bijik table jer). Tokki aku mmg suka beli permainan yg dijual kat gerai2 depan kedai koboi ni sbb boleh tawar menawar sampai jadik beli. Ada sorang pakcik yg selalu jadi tumpuan kat situ. Pakcik ni jual cincin yg boleh diukir nama pembeli kat atasnya. Kalau tak silap 1 ringgit utk setiap huruf atau nombor. Kawan2 aku masa sekolah rendah dulu asal beli jer cincin kat pakcik ni, mesti menunjuk2 kat kawan sbb ada nama dia kat cincin tu. Kiranya kalau ada sesaper yg curi, mudah2 jer boleh detect orangnya.

Teringat pulak kat sorang peminta sedekah yg selalu ada kat situ. Dia ni diserang angin ahmar. Dari pagi sampai petang tercokgok dia kat situ dengan sekeping kertas besar (manilakad) yg ditindih kole besi. Seingatan aku, kat atas kertas tu tertulis "Bantulah saya. Saya dah lama diserang angin ahmar, tak mampu bekerja". Tak tahu lah samada dia masih hidup atau dah meninggal sbb waktu tu usia dia pun dlm 30 lebih.

Tapak kedai koboi lama hadapan bus stand yg akan bertukar wajah

5- Panggung Wayang
Era 60an hingga awal 90an panggung wayang mmg tempat hiburan utama kat bandar ni selain dari main kasut roda kat plaza. Ada 3 buah panggung wayang masa tu. Satu kat plaza, satu kat sebelah kiri bus stand (panggung REX) dan satu lagi kat sebelah kanan bus stand (panggung Cathay, seberang jalan selepas deretan kedai koboi). Kalau nak tgk movie baru, kat situlah tempatnya. 

Aku cuma pernah pergi sekali jer tgk wayang kat panggung REX. Masa tu dgn pak sedara tgk citer jackie chan, police story 3. Mmg sold out tiket masa tu gara2 pengambaran filem tu dibuat kat KL. Selepas menjadi tempat tumpuan sejak sekian lama, panggung2 ni ditutup menjelang akhir 90an. Hanya belasan tahun kemudian baru lah wujud kembali panggung wayang kat terengganu. Itu pun jauh kat kerteh sana. Kena tunggu satu lagi panggung wayang yg akan dibuka maybe next year kat pasaraya tesco yg dlm pembinaan.

 Panggung REX, panggung wayang tertua kat Terengganu. 
Dah wujud sebelum aku dilahirkan lagi

6- Pasar Raya
Sebelum wujudnya Mydin mall dan Giant kat negeri kelahiran aku ni, Emporium Hock Kee Seng dan Pusat Membeli Belah (sebelum ditukar nama kpd The Store) adalah tumpuan utama utk membeli apa saja barang keperluan. Time dekat2 nak raya, mmg full 2-2 pasaraya ni. Sampai terpaksa tunggu giliran utk masuk ke dalam. Itu belum lagi nak membayar kat kaunter.

Satu lagi tempat membeli belah kat Jalan Tok Lam. Di sini ada deretan kedai kasut, kain dan elektrik. Time bersekolah dulu, kalau nak beli pakaian sekolah mesti bonda ajak pi ke Syarikat Kelas (kedai yg jual pakaian sekolah). Kualiti pakaian yg dijual kat kedai ni boleh lah tahan. Sampai sekarang kalau ada buat promosi jualan, ada ler van yg pi keliling bandar dan kampung buat pengumuman promosi jualan murah kat kedai ni. :p

7- Lagenda Solah Botok
Last sebelum aku noktahkan entry ni. Ni cerita sorang brader rock kampung aku. Femes dgn pangilan Solah Botok. Kerjanya mmg selalu lepak kat kedai koboi. Satu kampung kenal brader ni. Dengan gaya bercakap mcm chipmunks (selalu org ketawa bila dgr dia bercakap) serta muka ganas ala2 gengster, tak padan dgn tubuh kecik.

Awal 90an, restoran A&W baru dibuka kat terengganu dibangunan baru PMINT, hadapan bus stand. Paham2 ajer lah harga makanan kat restoran tu. Kalau budak kampung, nak merasa mkn sebulan sekali pun susah. Untuk menunjukkan dia (Solah Botok) ni byk duit, setiap hari asal jer sampai kat bandar mesti pi masuk restoran ni. Sekadar nak basuh muka jer sbb nak mkn duit ciput. Pastu time nak keluar mesti terpacak sekejap depan pintu masuk sambil lap mulut dgn saputangan. Sajer nak eksyen konon2 baru lepas makan kat A&W. Kalu member2 tengok mesti diarang akan cakap, "Wohhh! kaya ah Solah Botok ni. Hari2 makan kat A&W.." :p

Monday, November 14, 2011

Aku, Bus Stand Lama & Kedai Koboi

Hora... Ashimoto Wo Mite Goran,
Kore Ga Anatano Ayumu Michi
Hora... Mae Wo Mite Goran
Are Ga Anatano Mirai...

Masa yang berlalu takkan kembali. Ia akan kekal tinggal menjadi kenangan. Walaupun ahli keluarga, kawan2, cikgu2 ataupun tempat jatuh dah tiada tapi dlm kenangan tetap muncul walaupun tak berapa jelas. 

Semalam aku terjumpa sekeping gambar lama yg mengambarkan suasana kat perhentian bas k.terengganu sekitar era 60an. Betul2 legend dan antik. Jika diperhatikan memang jauh berbeza suasana dulu dan sekarang. Cuba lihat sendiri kalau tak percaya..

 Dulu-dulu, suasana sekitar 60an

 Sekarang, 50 tahun kemudian (cilok dari pakcik Google)

See, nampak kan perbezaan antara 2 zaman. Kemeriahan dulu dah hilang ditelan arus pembangunan dan peredaran masa. Sementara ingatan masih ada, better aku story sikit pasal kenangan lama tempat ni. Maybe 3 atau 4 tahun akan datang tempat ini akan dirobohkan utk beri laluan kepada pembangunan.

1- Bus Stand
Inilah tempat tumpuan rakyat terengganu suatu ketika dulu. Tak kiralah samada datang dari kuala, dari hulu atau dari barat, semuanya akan berkumpul di sini. Logik kalau dikatakan bus stand ni adalah pusat bandar kuala terengganu. Setiap hari sabtu atau hari cuti am, konpem penuh sesak bus stand ni dgn rakyat jelata. Walaupun di tepi bus stand ni ada tapak kubur lama tapi tak der pulak kedengaran hantu mengacau. Tepi kubur tu siap ada yg menjamu selera lagi sementara menunggu bas datang. Cuma pernah kedengaran satu cerita bila usaha utk mengalihkan kubur2 lama tu tak kesampaian bila bulldozer tak mampu nak cabut batu2 nisan yg ada kat situ.

Sekitar awal 90an hingga pertengahan 90an, bus stand ni sendat mcm ikan sardin dlm tin sbb bas yang ada terlampau banyak. Bayangkan waktu tu tempoh menunggu bas tak sampai 15 minit. Kalau duk kat kg, tak sempat panas punggung duduk kat pondok menunggu, bas dah sampai. Selepas siapnya bus stand baru, bus stand lama ni dijadikan taxi stand. Kemeriahan dah tak sama mcm dulu sbb tak ramai yg nak naik kereta sewa sbb cajnya mahal. 1x caj kereta sewa bersamaan 3x caj tambang bas.

2- Bas
Klasik kan bas zaman dulu. Orang terengganu panggil bas kayu sebab frame tingkap bas ni diperbuat dari kayu. Kalau nak fresh air, turunkan tingkap ke bawah dan kalau nak tutup, angkat tingkap ke atas. Kalau naik bas kayu ni mmg bising sbb tingkap tu akan bergegar sebaik saja bas bergerak. Kadang2 dlm bas pun boleh bermandi hujan bila tingkap bas tu x dpt ditutup. Huhuhu... Kalau naik bas, biasanya ramai yg berebut nak berdiri kat tangga. Tak tahu lah kenapa sbb aku pun sama waktu tu walaupun masih lagi kecik tuek.

Sekitar tahun 70an, 80an dan awal 90an, pengangkutan bas didominasi oleh 4 buah syarikat iaitu HD (singkatan kpd Hj. Deraman), Kompeni (Syarikat Bas Terenganu), SPPMB (Syarikat Pengusaha Pengangkutan Melayu Berhad) dan Wan Sembok. Bas HD sinonim dgn warna hijau putih, bas Kompeni guna warna oren & kuning, bas SPPMB berwarna merah biru putih dan bas Wan Sembok berwarna biru putih. Syarikat Wan Sembok paling lama bertahan. Kali terakhir beroperasi dlm 3 tahun lepas sebelum gulung tikar. Akhir tahun 90an dan awal 00an (pandai2 jer aku letak nama utk alaf baru), bas mini bermaharajalela atas jalan. Mmg sinonim bas mini ni dgn warna pink. Tambang pun murah, 50 sen utk setiap perjalanan. Fast delivery..

Ada teringin nak naik bas macam ni?

3- Teksi
Kalau diperhatikan gambar kat atas, dapat lihat pengayuh beca roda tiga (lebih femes dgn panggilan teksi dikalangan orang terengganu) sedang menunggu penumpang. Sekitar tahun 60an - akhir 90an, teksi adalah pengangkutan yg sesangat popular selain bas dan bot penambang. Selalunya dari bus stand, aku dan family akan naik teksi kalau nak pergi ke rumah tok wan kat kampung ladang. Bayaran pun murah lagi masa tu, 1-2 ringgit jer. Kadang2 bila ditanya brp harga tambang, pengayuh akan jawab "ikut panda ah nok bagi berape riyal pong (terpulang lah nak bagi berapa ringgit pun)". Nak bagi seringgit 2 kesian jugak sbb kebanyakan pengayuh teksi ni kebanyakannya orang2 tua.

Rasa panjang lak entry kali ni. Jadi aku ceraikan kpd 2 bahagian. Bersambung...

Thursday, December 09, 2010

Loghat Terengganu + Orang Putih

Korang pernah dengar tak peribahasa ni, 'Harimau mati meninggalkan belang, Orang putih pergi meninggalkan bahasa.'. Penjajahan orang putih di tanah melayu telah meninggalkan impak besar kepada rakyat Teganu (Terengganu). Kesannya, bahasa inggeris telah dicampur adukkan dalam loghat Teganu. Meh aku tunjukkan beberapa perkataan Teganu yang telah di orang putihkan. Korang cubalah sebut, rasanya boleh kot. Harap2 tak tergeliat lidah tu..
  1. Dog Rock - tak berdaya
  2. Go Stern - mengundur
  3. La' Bond - berbohong
  4. Senyap Two Pah - senyap sunyi
  5. Tawor Hell Bear - teramat tawar
  6. Score Then - skodeng/mengintai
  7. Bay Watch - kenduri
  8. Stamp Bond - banyak
  9. Car Bat - panjat
  10. Masin Peacock - terlalu masin
  11. There Nil - manja
  12. Go Head - kayuh
  13. Go Red - pengasah pensil
  14. Dog Ju Went - tidak bertegur sapa
  15. Suka Sir Lock - ketawa terbahak-bahak

Thursday, October 14, 2010

Kuala Terengganu Dulu Kala

dah lama tak buat entry pasal negeri kelahiran. kali ni nak cuba singkap kembali permandangan Kuala Terengganu suatu ketika dulu melalui gambar2. mana lebih tepat nak diguna pakai ekk.. cerita bergambar ataupun gambar bercerita? hmmmm..

pusat bandar kuala terengganu sekitar tahun 70an

Thursday, March 04, 2010

Sate Jabi Jadi Tumpuan


jika di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan peminat sate boleh ke Kajang untuk menikmati sajian itu, di Terengganu lokasi tumpuan untuk orang ramai menikmati sate ialah di Jabi. bagi mereka yang tinggal di sekitar daerah Besut, Jabi bukanlah lokasi baru bagi mereka untuk menikmati sate. keenakan sate Jabi menjadi tumpuan penduduk dari negeri ini setiap kali mahu menikmati sajian tersebut. lokasinya di Kampung Bakap, Jabi di mana terdapat tiga buah gerai yang menjual makanan itu. pengunjung boleh memilih untuk ke gerai yang disukai memandangkan rasa dan keenakan setiap gerai berbeza.

terletak kira-kira 80km dari bandar raya Kuala Terengganu, pengunjung hanya perlu mengambil masa selama satu jam untuk ke kawasan tersebut. tidak perlu risau tersesat atau tidak menemui gerai sate berkenaan kerana apabila sampai sahaja di perkampungan tersebut, sebut sahaja sate Jabi pasti ramai yang ringan mulut untuk menunjukkan arah. jika tidak, lihat sahaja deretan kenderaan yang diletak di bahu jalan sejauh lebih kurang 500m pasti di situlah lokasinya.

menurut isteri kepada salah seorang pemilik gerai sate itu, Nurida Yunus, 42, pada mulanya suami dan ibu mertuanya berniaga secara kecil-kecilan sahaja. katanya, bermula dengan seekor ayam akhirnya gerai sate milik mereka iaitu Gerai Sate Lanang semakin popular dan kini menerima lebih 200 pelanggan sehari dengan 70 ekor ayam diperlukan untuk membuat sate.

"saya mula membantu suami sejak 16 tahun lalu, namun ketika itu gerai ini hanya sebuah gerai kecil dan tidak ramai pelanggan seperti hari ini.

"dari hari ke hari, gerai ini semakin popular sehingga setiap hari sebanyak 5,000 cucuk sate dijual dan sebanyak 45 kilogram nasi himpit ditanak," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

ketika ditanya apa rahsia keenakan sate buatannya, Nurida berkata, ia merupakan resipi yang diperoleh oleh ibu saudara mertuanya sejak zaman-berzaman dan yang paling penting daging lembu mesti diperoleh daripada lembu yang baru disembelih. menurutnya, semua bahan dan cara memproses dibuat secara tradisional menyebabkan rasa enak dan manis pada daging masih segar.

"seawal pukul 8 pagi, setelah bekalan ayam diperoleh, ia akan diproses sebelum diperap dengan rempah seketika dan kemudian mula dicucuk oleh beberapa orang pekerja.

"sekitar pukul 3 petang gerai mula dibuka dengan pelanggan sedia menunggu di hadapan gerai dan berakhir pada pukul 10 malam setiap hari," jelasnya.

tambah ibu kepada empat anak itu, dengan hanya mempunyai lapan orang pekerja di kalangan ahli keluarga, Nurida mengakui tidak mampu untuk menguruskan perniagaannya. jelasnya, disebabkan itu dia dan suami tidak menerima sebarang tempahan ketika bulan puasa mahupun hari raya bagi meluangkan masa bersama keluarga dan beribadat. menurutnya, setiap kali cuti sekolah atau cuti umum, gerainya akan dipenuhi pelanggan tidak kira penduduk tempatan mahupun dari luar.

"kebanyakan mereka merupakan pelanggan tetap kami yang sering singgah ke kawasan ini setiap kali melaluinya.

"walaupun ramai yang meminta kami membuka cawangan, namun buat masa ini kami belum memikirkannya memandangkan masih tidak cukup pekerja," jelasnya.

di Gerai Sate Lanang, pelbagai pilihan sate ditawarkan seperti ayam, lembu, hati dan limpa dengan harga 40 sen secucuk. jadi, jika anda ke Besut, jangan lupa singgah Jabi untuk menikmati keenakan sate di kawasan itu.

satu lagi yang menarik, Gerai Sate Lanang ni terletak berhampiran dgn jalan masuk ke Lata Belatan. bak kata orang, sebelum makan sate, boleh pergi mandi manda kat Lata Belatan dulu. tak sampai 4km dari Gerai Sate Lanang ni..

Sunday, January 17, 2010

Jalan2 Kat Air Terjun Sekayu

semalam dlm kol 12 t/mlm, ntah termimpi apa kawan aku sorang ni..tetiba terlintas dlm kepala dia ajak aku pi mandi kat air terjun sekayu. hampeh tol.. kay lah, aku ikut jer. lagi pun dah lama aku tak pi sekayu nih. last sekali aku pergi dlm tahun 2001. itu kali pertama aku pi mandi kat situ. nih, after 9 years, baru nak pi balik. padahal jarak sekayu dgn rumah tak sampai 50km pun.

bertolak ke sana dlm kol 9 lebih. before that, pi singgah dulu kat mydin mall. cari makanan. pusing punya pusing, last2 ayam panggang gak yg akan menjadi mangsa santapan kat sekayu nanti. then pi mc'd kejap, pastu baru bergerak ke sekayu. sbb hari ni hari bekerja, tak ramai pun org kat sana. dlm 4-5 org pengunjung jek. tapi oklah suasana lengang mcm ni, boleh landing jer kat mana suka. kalu hari minggu, nak cari tempat landing pun susah. nak salin pakaian lagi lah..penuh jek dgn pengunjung. sekayu dah byk berubah. jauh berbeza mcm dulu. kedudukan chalet2 lebih terususun, nampak baru belaka. cuma yg masih sama, sepanjang jln..dlm 3-4km sebelum sampai kat sekayu, byk sgt periuk api kat atas jln raya. kalu tak pandai elak, meletup ler periuk api tuh.. kereta kwn aku pun dah jadi mangsa tadi. langsung melekat kat cermin kereta. kalu bau wangi ok lah jugak.. ni uwekkkkkk

well, air kat sini tersangatlah jernih. cuma time mandi tuh kena hati2 dgn batu2 yg licin. kan tak pasal2 terseliuh kaki or terhantuk kat batu. naya... utk cerita seterusnya, tgk jek gambar kat bawah.. nak story panjang2 tak pandai ler. ku bukan sasterawan negara, ku bukan seorang penulis berbakat..

air kat sini tak dlm mana tapi arus mmg laju. air kat tingkat atas lagi dlm, 3 meter lebih.. kat atas sana byk berlaku kes lemas.. beware kalu nak pi mandi kat tingkat atas.

 
yg kat depan tuh frust menongeng sbb tak leh mandi sama

 
sejuk giler time ni...

 
peace untuk keamanan

 
gambar ni last week punya. takder kena mengena dgn dgn story kat atas

Monday, June 29, 2009

Pulau Redang - Last Day

okiess..aku update selalu ah pasal last day journey aku kat pula redang. esok akhir bulang jun doh. kan kalu update awal bulang depang, tawor hell-bear pulok citer ni.

tak dok aktiviti doh ari last ni. dlm kol 6.30 pagi aku & 4 stooges (stooges sorang lagi tgh sedak tido) jln2 tah ke long beach nok tgk sunrise but awan tebal dok oh. kureng napok fajar. melepas... kalu kene pada ari nya, mmg jadi kaler gold sekejap pantai kat long beach ni. comel woo.. after breakfast, kiteorang berkemah doh sbb kol 9.30 pagi nok tolok balik.

actually tak dok mender nok citer ari last ni. just tengok ajer ah gambor kat bowoh tuh. kate orang, sekeping gambor menceritekan 1001 cerite. okies..



resort baru. still under construstion





dang lagi skodeng before angkat kaki dari pula redang..huhuhu. ni budok dari kl. kalu juper pulok budok ni somewhere anywhere, tobat aku ngorat dok setarang



last pose sebelum balik.. see u again next time bebeh..

seketul batu karang wat balik umoh. ni tangan tok batin. suker sangat leh wat alik batu seketul

feri yg akan bowok kiteorang balik ke daratan

sayonara. ader mase aku mari pulok bowok anok bini sekali. mungkinkah akan terjadi?





posing lu before keluor dari feri.

ni bot nambang dari seberang takir. nok gi anto org tah ke pasor payang ah tu

bapok besor kapal 2 butir ni. ni kat pula duyung. pesengan mcm kapal tldm jek..

Monday, June 22, 2009

Pulau Redang - 2nd Day

dlm kol 1 ptg, makang2 dulu, semayang pahtu turung balik ke laut utk aktiviti snorkeling last sekali. kali ni gi tah ke pula kerengga besor. snorkeling kali ni ada 7 org budok dari kl & sepasang laki bini join sekali. penuh dlm bot. ada ler sorang budok pompuan dari kl ni baru nok belajor berenang. panik giler biler masuk dlm air. cett!! releks ah dik, kan paka doh life jacket. dok kan tengelam ah..

tupa tengoh makang woh kekut

cepat terjun dik..cepat...



balik dari snorkeling, gi pulok jln tah ke long beach. nok gi berendam dlm air kat nung pulok. penuh kawasan pata dgn rakyat jelata. masing2 excited giler sbb leh mandi pata. puah berendang, gi kabat bukit dulu amik gambor. comel permandangan dari atah bukit ni. jelah napok resort2 sepanjang long beach.. kalu dok cayer, kelik gambor kat bowoh tu...

ntah ler..apa nak jadi dgn bebudak 4 orang nih..







ni ler zaki, pengiring kiteorang sepanjang kat pula redang. sempoi giler.. lu mmg best bro

dari atah bukit.. comel jer permandangan

lihatlah dunia..





ni ler laguna redang resort

tu pulok redang reef resort

tumpang mandi kat kolam laguna redang..hehehe

sebeloh mlm takdok aktiviti naper2. lepah makang mlm, teruh lepok kat bilik. sambil2 tuh aku edit gambor2 hok amik sepanjang 2 ari kat pula ni. esok pagi2 bute lagi nok gi tah ke long beach. nok gi amik gambor sunrise.

Pulau Redang - 2nd Day

marine park

2nd day full with activities. bangun awal sbb plan nok amik gambor sunrise, but awan tebal dok oh. fajar dok kelihatan.

sunrise



after breakfast, around kol 9.30 pagi teruh bertolok ke marine park. perghh, comel giler kawasan ni. ikang siap berenang atah kaki lagi. whatever, nilah tempat paling rugi dok gi kalu bercuti ke pula redang. biler lagi nok raser maing dgn ikang. aku & 5 stooges berendang dlm air sapa kecut abih tapok tangan dgn kaki. lamer giler duk dlm air tuh. sukaang sgt sbb leh maing dgn ikang. dlm kol 12.30 baru bertolok balik ke resort...





gambor dulu before masuk dlm air



look.. depang muker jer ikang berenang

help me..help me..lemas ni..help!!!!



ku terapung dilautan sepi..kekeke