Dah senja baru aku nak belek newspaper. Tengah belek myMetro tadi, ternampak gambar blogger popular ni terpampang di muka utama akhbar. Wartawan pun dah teruja nak siarkan kisah blogger yang comel ni. Psstt, aku bukan suka sangat baca myMetro ni sebab banyak tulis artikel merapu dan berita sensasi untuk naikkan rating newapaper. Kalau tak paparkan pasal masalah dalam kelambu rumahtangga dan jenayah seks, memang tak sah.
Siapa tak kenal Hanis Zalikha ni. Kebanyakan blog yang aku terjah meletakkan inibelogsaya.blogspot.com dalam list blog pilihan mereka. Rata-rata blogger remaja menjadikan si comel ni sebagai idola. Memang terhangat dipasaran sekarang ni sampai Tok Ti pun kalah dengan populariti Hanis Zalikha dalam search engine Google. 15,392 follower dan 16,000 pengunjung sehari memang pencapaian yang terbaik setakat ini. Lebih-lebih lagi kejayaan ini dicapai dalam masa 2 tahun berblogging. Pertama kali aku terjah blog dia, masa tu followernya dah beratus orang berbanding sekarang dah belasan ribu. Mencanak naik populariti blog dia ni. Agak2 nya kan, mesti dah beribu riban pendapatan nuffnang dia dalam sebulan...huhuhu
Ada sesiapa nak tahu tak tips untuk berjaya macam Hanis Zalikha ni? Nanti pergi bertanya pada tuan punya badan sendiri ekk. Tapi yang boleh aku bagitau, dia ada aura tersendiri yang mampu menaikkan namanya dalam dunia blog. Selain rupa yang comel, gaya penulisannya juga bagus. Tapi aku lebih sukakan gaya penulisannya berbanding rupanya. Kalau korang pun menanam impian nak jadi macam Hanis Zulikha, korang patut perhatikan macam mana gaya dia menulis dan apa topik yang dipaparkan hingga mampu membuatkan pengunjung jatuh hati.
Opss!! kenapa aku tak letakkan blog2 popular dalam senarai blog pilihan aku? Tak minat lah. Lagi pun jarang-jarang sekali baru aku singgah kat blog diaorang ni. Itu pun bila rasa nak klik pada list blogger kat blog orang lain. Ahaks!! Better aku letakkan link blog kawan-kawan yang aku suka singgah. Blog2 popular ni aku letakkan saja kat page blogger link.
