Showing posts with label Picture. Show all posts
Showing posts with label Picture. Show all posts

Wednesday, May 05, 2010

Dapur Masa Depan

pada hari ini, dah mcm2 rekaan dapur dpt kita lihat. tugas memasak menjadi lebih mudah dgn adanya pelbagai peralatan elektronik. agak2 nya 10 tahun dari sekarang, mcm mana rupa bentuk dapur ekk. boleh korang bayangkan tak? jom kita lihat gambar dibawah..

Thursday, April 15, 2010

Thursday Blues

hari khamis selalu membosankan. entah ler..today tak byk kerja nak dibuat. so, aku try godek2 picture dlm kamera. memori kad 4GB dah hampir penuh. tak tahu let dah dah lama mana aku tak transfer gambar dlm memori kad ni ke pc. nasib ada 2 keping memori kad.. esok dah jumaat..rasa ringan kaki jer nak pi panjat bukit pagi esok. hmm...

 ayam jalak yg selalu buat bising waktu subuh

 org teganu panggil jentera ni "keta galer"

budok pulau

Friday, April 09, 2010

Mentari Merah Di Ufuk Timur

sekeping gambar,seribu kisah. klik jer kat gambar kalau nak lihat saiz besar..

Tuesday, March 23, 2010

Masa Untuk Menuai Padi

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan 
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

dah sampai musim menuai padi. zaman sekarang, padi ditanam 2 kali setahun. lagi pun sekarang ni pakai cara taburan jer. tak perlu susah2 mcm org zaman dulu kala. masa aku kecik2 dulu, sistem penanaman dan penuaian padi masih menggunakan sistem tradisional. kalu kat teganu especially kat kampung aku, menanam padi dipanggil "Cedong", menuai padi dipanggil "Mukul". dulu time nak "Mukul", tong padi akan diusung ke "Baruh". ek lupa, org teganu panggil sawah padi ni "Baruh". sekali nok "Mukul", rasa mcm nok tercabut bahu. letih.. tapi masa tu semua org bekerjasama. apa yg penting, kerjasama. time "Cedong" dgn "Mukul" semua anak beranak turun "Baruh". suka..sbb bila ramai2 join, kerja pun jadi cepat siap. kalu rasa lapor, buka tikar atas batas pahtu makan ramai2. tak kira ah naik lauk ikan singang ke, ikan goreng ke.. tapi bila makan ramai2 gitu, secara otomatik jadi berselera. sekarang ni susah nak tgk suasana mcm tu. org2 muda malu nok turun ke "Baruh". takut kotor, takut pacat, takut lintah. yang masih buat padi sekarang ni kebanyakannya org2 tua. tapi sekarang dok susoh mcm dulu. nok tanam padi pakai cara taburan benih jer, nok tuai padi guna jentera padi.

orang biasa, basikal tua.. lalala ~~

 iklan basikal tua dulu...

 ready nok mulakan tugas memesin padi..



kusyuk benor budok2 ni tgk mesin padi

  opsss!! hati2.. jgn sampai termasuk dlm kawasan rumoh org

 dah siap mesin.. nak dihantar ke kilang padi pulak lepah ni

Sunday, February 21, 2010

Terkaya Dan Terhensem

4 orang lelaki dibawah ni tergolong antara lelaki terkaya di dunia. tak tahulah ranking ke berapa tapi tak lah penting sangat sbb yang nyata mereka memang tersenarai antara yg terkaya di dunia. selain itu, mereka juga diminati oleh anak2 gadis, anak2 dara, mak2 dara dan makcik2 kerana ketampanan, kehenseman, kekacakan dan jugak kekayaan yang dimiliki. agak2 nya kalau mereka menyatakan niat untuk mencari calon isteri dari Malaysia, ada tak anak2 gadis yg sudi menjadi permaisuri hidup mereka? saper? saper? saper yang sudi? ngeeeeek!!
1. cucu Raja Faisal dari Arab Saudi

 
2. Hamdan, putera Sheikh Mohammed dari UAE

 
3. Tarkan, penyanyi Turkey


4. Imran Abbas, aktor Pakistan

Friday, February 19, 2010

Mari Tengok Ikan Besar

ikan ni dijumpai di Mukah, Sarawak. memang besor giler.. tak cayer, tgk gambor kat bowoh. kalu nok jelas lagi, klik kat gambor tu utk pembesaran. agak2 nya lah, ikan ni makang orang dok? ekk, ikan naga kat Tasik Kenyir sebesor ikan ni dok? but, 2x tgk mcm whale shark jer..hmmm...

ladies & gentleman.. are u ready?


cepat angkat, cepat..cepat...


apa tu, mak? raksasa? predator? terminator? termometer? 
bukan bukan, itu ikan lah..


beratnya, besarnya.. berapa tan beratnya ni? cepat call oltromen suruh angkat ikan ni..

 
kriiing!! kriiingg!! hello, oltromen ada?
sorry, today semua oltromen cuti. nak pi tgk konsert ramli sarip kat stadium.. ko angkatlah sendiri ikan  tuh...ngeekkk

Friday, August 14, 2009

Sekeping Gambar Seribu Cerita

tak dok mender nok tulih. just nok tepek gambor2 lama. ni pun dulu ader tepek kat friendster dgn tagged. sbb aku dok aktif doh dlm dua2 tuh, so aku transfer ah ke blog. buat kenangan anok cucu esok2..





Tuesday, August 11, 2009

Kambing Q

8-August-2009
sekali lagi staf2 jabat aku anjur xtvt makang kat luor. xtvt makang kali ni dinamekan kambingQ. sbb menu utamanya kambing sekor sekali dgn ayang. buat kat kole ibai jugok tapi belakang masjid terapung. kali ni rama sikit dari hari tu. rama hok bowok family sekali. aku dok makang maner pung kambing ni, lebih kpd ayang. lecehnya nok bakor kambing ni sbb lambat masok, dok mcm ayang. ni last xtvt kat luor before masuk bulang ramadhan al-mubarak. whatever, tgk ajer ah gambor2 tuh. nok citer banyok pun aku dok reti maner..hua hua hua

..................................senyum kambing








BBQ

16-May-2009
bulang may ari tuh, staf2 jabat aku ader wat bbq kat lagoon kole ibai. dok ingat nok upadate pasal bbq ni. nok wat ganer, koho nok cecoh 30an koho banyok hok dok ingat. menu bbq ni just ikang, sotong dgn pari jer. but merioh ah jugok sbb hok mari tuh member lama sekali dgn yg baru.






Monday, June 29, 2009

Pulau Redang - Last Day

okiess..aku update selalu ah pasal last day journey aku kat pula redang. esok akhir bulang jun doh. kan kalu update awal bulang depang, tawor hell-bear pulok citer ni.

tak dok aktiviti doh ari last ni. dlm kol 6.30 pagi aku & 4 stooges (stooges sorang lagi tgh sedak tido) jln2 tah ke long beach nok tgk sunrise but awan tebal dok oh. kureng napok fajar. melepas... kalu kene pada ari nya, mmg jadi kaler gold sekejap pantai kat long beach ni. comel woo.. after breakfast, kiteorang berkemah doh sbb kol 9.30 pagi nok tolok balik.

actually tak dok mender nok citer ari last ni. just tengok ajer ah gambor kat bowoh tuh. kate orang, sekeping gambor menceritekan 1001 cerite. okies..



resort baru. still under construstion





dang lagi skodeng before angkat kaki dari pula redang..huhuhu. ni budok dari kl. kalu juper pulok budok ni somewhere anywhere, tobat aku ngorat dok setarang



last pose sebelum balik.. see u again next time bebeh..

seketul batu karang wat balik umoh. ni tangan tok batin. suker sangat leh wat alik batu seketul

feri yg akan bowok kiteorang balik ke daratan

sayonara. ader mase aku mari pulok bowok anok bini sekali. mungkinkah akan terjadi?





posing lu before keluor dari feri.

ni bot nambang dari seberang takir. nok gi anto org tah ke pasor payang ah tu

bapok besor kapal 2 butir ni. ni kat pula duyung. pesengan mcm kapal tldm jek..