Perhatikan perbualan 2 orang baby comel tu. Do you understand what they talking about? Adakah sedang bersembang pasal isu dunia ataupun sedang mengutuk orang dewasa. Susah nak faham apa sebenarnya topik yang mereka bualkan sebab yang kedengaran hanya "Ta Ta Ta". Yang paling tak tahan dan memutarbelitkan usus dalam perut, siap tunjuk aksi geram lagi tu. Agaknya tengah berebut girlfren kot. hehehe..
Aku pun terfikir semasa masih baby dulu, apa sebenarnya yang selalu aku cuba beritahu orang sekeliling sampai berbuih-buih mulut dibuatnya. Bila mak ayah mengagah, semakin galak nak berkata-kata walaupun confirm diaorang tak faham bahasa baby. Err..korang tahu tak kat mana ada sediakan kelas mengajar bahasa baby ni? Aku nak joinlah. Manalah tahu kot-kot satu hari nanti boleh jadi penterjemah bahasa baby pertama di dunia.. ;p




