Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Wednesday, October 19, 2016

Ayah Pergi Untuk Selamanya

Ahad, 16 Oktober 2016...
Dalam pukul 7.35 pagi dalam perjalanan untuk menghantar isteri ke tempat kerja di hospital, aku menerima panggilan dari mak yang meminta aku segera ke hospital kerana adik bongsu memaklumkan yang ayah tidak sedarkan diri. Hari ni adalah hari ke tiga ayah berada di hospital kerana masalah kesihatan pada paru-paru. Dan ini bukanlah kali pertama ayah dimasukkan ke hospital kerana pada tahun lepas, ayah pernah dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Selepas parking kereta, aku terus menuju ke tingkat 7 kerana kali ini hati aku merasa sangat berdebar-debar. Sebaik saja kaki melangkah masuk ke wad 7EF, dari jauh aku dapat melihat beberapa orang doktor sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan ayah. Adik bongsu terpaku di tepi tingkat dengan muka yang pucat melihat situasi yang sedang berlaku depan mata.

Aku tak mahu menganggu tugas doktor, jadi aku berdiri di katil sebelah sambil berdoa agar ayah akan sedar kembali. Beberapa minit selepas itu, seorang doktor muda keluar dari sebalik tirai yang menutup katil dan bertanya adakah aku ahli keluarganya. Aku mengangguk dan terus dia menerangkan kedaan sebenar dengan tutur kata yang cukup tersusun rapi.

Kata doktor muda itu, jantung ayah telah terhenti berdengup dan mereka sedang berusaha untuk memulihkan kembali dengupan jantungnya. Mereka akan terus mencuba selama 40 minit dengan apa jua cara untuk menyelamatkan ayah. Dia juga meminta agar semua ahli keluarga aku naik ke atas dengan seberapa segera. Aku hanya mengangguk lemah sambil memohon dalam hati agar ayah dapat diselamatkan.

Jari aku cepat2 mendail no. telefon isteri, meminta dia naik ke atas dengan segera. Melihat adik bongsu terus terpaku membisu, aku mengajaknya keluar dan memintanya menunggu kehadiran mak dan adik2 yang lain di luar wad.

Aku masuk kembali ke dalam wad. Seorang lagi doktor lelaki keluar dari tirai dan mendapatkan aku. Dia menerangkan jantung ayah masih lagi terhenti dan tidak memberikan sebarang respon. Katanya, pergilah masuk dan ajar ayah mengucap. Masa itu, terasa seperti seketul batu berat terhempas atas kepala aku bila mendengar kata-kata doktor itu.

Kaki terasa sangat lemah tapi aku gagahkan juga menghampiri katil ayah. Doktor-doktor dan jururawat yang ada disitu memberikan laluan kepada aku. Seorang doktor perempuan memperkenalkan dirinya sebagai doktor pakar dan memberitahu bahawa mereka sudah melakukan sebaik mungkin tapi tak berjaya. Aku hanya mengangguk dan terus membisikkan kalimah syahadah sebanyak 3 kali. Air mata bergenang...

Aku tak sanggup berada lama disitu dan tersu keluar kembali ke tempat dimana aku berdiri sejak tadi. Lebih kurang seminit selepas itu, doktor muda tadi datang mendapatkan aku. Katanya, ayahku sudah meninggal kerana jantung telah berhenti berdengup. Waktu kematian pada jam 8.08 pagi. Aku terdiam seribu bahasa, berada didalam situasi percaya ata tidak dengan apa yang telah aku dengar. Doktor muda bertanya kalau ada apa-apa soalan tapi aku hanya menjawab lemah "Tidak".

Entah masa mana isteri aku sudah berada di hadapan dan bertanya keadaan ayah. Aku tak tahu nak cakap apa, hanya mengelengkan kepala dan serentak dengan itu, air mata aku tumpah jua. Beberapa kali isteri aku bertanya tapi realiti tetap realiti. Ayah telah pergi buat selamanya... Takkan kembali.

Aku mengajak isteri aku keluar pergi mendapatkan adik bongsu yang setia menunggu saja tadi. Inilah perkataan yang paling susah nak aku beritahu kat dia tapi tetap aku kena beritahu. Inilah kali pertama aku melihat dia menangis sejak beberapa tahun lamanya bila mengetahui ayah dan tiada. Aku redha kehilangannya kerana tiada yang kekal di atas muka bumi ini. Lambat laun pasti akan pergi menyahut seruan Ilahi.

Mak yang tiba tidak lama selepas itu terus memeluk aku sambil menangis teresak-esak. Adik-adik yang lain juga sama. Isteri aku masih lagi menangis sejak tadi. Aku dah kering air mata, selepas menenangkan semua yang ada, aku dan isteri pergi menguruskan urusan untuk mengebumikan ayah. Mujur ada bapa saudara sebelah ayah yang membantu dalam hal ini kerana aku pun masih blurr dengan apa yang dah terjadi.

Masih terbayang di depan mata ketika kali terakhir aku bercakap dengannya sehari sebelum itu. Masih teringat suaranya yang lemah tapi masih cuba untuk bercakap dengan aku. Itulah juga kali terakhir aku bersalam dengannya. Terima kasih ayah kerana menjaga kami dengan penuh kasih sayang sepanjang hayatmu...

Urusan pengebumiannya berjalan dengan lancar dan cepat. Alhamdulillah, kami adik beradik lelaki memandikan sendiri ayah dan mengapankannya. Syukur kerana jenazahnya disolatkan lebih dari 40 orang.

Ingin aku merakamkan ucapan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang telah menjaga ayah sepanjang dia berada di hospital dan berusaha-sedaya upaya untuk menyelamatkannya.

Tiada lagi insan yang sentiasa mengambil berat pasal aku walaupun setelah aku berkahwin,
Tiada lagi insan yang sentiasa menghulurkan kain pelikat bila aku hendak solat,
Tiada lagi insan yang sentiasa menganggap aku sebagai kawannya,
Tiada lagi insan yang dipanggil tokki untuk melayan kerenah cucu kecilnya,
Tiada lagi insan yang sentiasa mendahulukan aku berbanding dirinya,
Perginya tiada ganti, yang tinggal hanyalah kenangan...

Akan aku ingati selalu tangan yang pernah memimpin aku sewaktu aku kecil dulu,
Akan aku ingati selalu tangan yang mendukungku sewaktu aku kecil dulu,
Akan aku ingati selalu tangan yang pernah mengusap air mata bila aku menangis,
Aku redha dengan pemergiannya...

Wednesday, June 08, 2011

Tak Tahu Nak Letak Tajuk Apa

Hari ni 1st day aku mulakan tugas kat kampus dlm bandar. Sebelum ni kat main kampus. Kampus dlm bandar dekat sikit dgn rumah, tak sampai 10 minit perjalanan dah sampai.. Itupun kalau tak tersangkut kat mana2 6 traffic light. Tempat baru ni tak sebesar kampus utama sbb kat sini cuma menempatkan 300 lebih student yg kebanyakannya mabil jurusan perubatan. Agaknya nanti boleh lah aku menuntut sikit2 ilmu perubatan dgn budak2 medic ni..huhu

Hari ni dpt rehat sekejap selepas 7 hari bertungkus lumus persiapkan urusan persediaan dan pendaftaran student baru. Baru nak rehat dah terima arahan utk libatkan diri sama dlm minggu mesra siswa/siswi baru. Arrr...satu kerja pulak sbb xtvt utk bebudak baru ni padat. Petang ni ada senamrobik. Hampeh aku x kan pergi... Esok maybe kena jaga xtvt gotong royong kat luar. Hari sabtu nanti ada lagi urusan pendaftaran student lama.. OT lagilah jawabnya...

Hari pendaftaran student baru. Gambar aku x der sbb bz sesangat. Tak sempat nak mencelah..

Sebahagian dari blok kediaman student

Berdekatan pejabat aku.. Depan kereta tu jer..

Saturday, January 22, 2011

Jom Pizza!

Petang kelmarin bonda dan ayahanda ajak pi makan kat luar. Rasa dah lama sangat tak makan kat luar bersama family. Actually dah beberapa hari bonda plan nak makan kat luar. Mula-mula plan nak makan sushi tapi ayahanda tak berapa makan sangat sushi ni. So, tukar plan pi makan pizza jer. Aumm aummm!! rasa macam dah lama tak makan pizza ni. Maleh nak cerita panjang lebar, sila cuci mata dengan gambar-gambar dibawah tu

Ayahanda yang sentiasa nampak serius

Ada persamaan tak muka ku dengan ayahanda? Ramai yang cakap tak der iras langsung muka aku dengan ayahanda dan bonda. Adik-adik yang lain semua mirip bonda dan ayahanda...

Monday, November 29, 2010

Kehamilan Tanpa Sedar, Kelahiran Tanpa Diduga

Nak bercerita sikit pasal tajuk entry ni. Terlebih dulu aku mintak maaf kalau cerita aku ni tak mengikut tertib sebab aku bukanlah seorang yang pandai menulis cerita. Memang munasabah karangan bahasa melayu aku tak score tinggi. Tapi kalau menulis berkaitan sejarah ataupun madah-madah cinta memang aku mahir sangat. Hahaha.. Tapi aku bukanlah buaya tembaga, dan jugak bukan pecinta wanita. Aku cuma lelaki biasa yang tak pernah merancang hala tuju.

Ok, berbalik kepada tujuan asal. Ni cerita pasal sepupu wife aku.. err, wife sepupu aku. Mana satu yang betul ekk? Diorang dah ada 4 orang anak yang comel-comel belaka. Yang bongsu baru berusia dalam 10 bulan. 2 hari lepas waktu subuh, wife dia mengadu sakit perut yang teramat sangat. Selepas meminta tolong adiknya datang ke rumah menjaga anak-anak yang masih tidur, sepupu aku terus hantar wife ke hospital.

Pada mulanya doktor mengesyaki wife dia ada ketumbuhan. Tapi setelah dilakukan pemeriksaan sekali lagi oleh doktor pakar, barulah diketahui puncanya. Actually wife dia dah pregnant 7 bulan. Tiada sesiapa yang tahu pasal hal ini termasuk sepupu aku dan tuan punya badan. Lagipun tak nampak langsung perubahan pada wife dia. Kalau 2-3 bulan tu biasalah, tapi dah masuk 7 bulan memang pertama kali aku dengar. 

Terus jer dimasukkan ke dalam bilik bedah memandangkan nyawa wife dia dalam keadaan terancam. Mengikut kata doktor, anak dalam kandungan itu dah mati dalam tempoh yang agak lama. Satu lagi, uri baby hancur berkecai terus. Aku yang dengar pun terasa ngeri. Dalam pukul 9.30 pagi, jenazah selamat dikebumikan sementara wife dia masih ditahan di wad kerana kehilangan terlalu banyak darah. Jadi kepada isteri-isteri diluar sana, kalau terasa tak sihat atau apa-apa yang tak kena dengan diri, segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. Bimbang terjadi kes serupa macam ni.

Saturday, November 27, 2010

Kisah Tok Wan Lagi - Dugaan Baru Datang Melanda

Sebelum ni aku dah ceritakan pasal tok wan yang patah tulang peha akibat tergelincir dalam bilik air. Alhamdulillah, tok wan dah selamat jalani pembedahan 4 hari lepas untuk menampalkan besi kat tulang yang patah tu. Ngeri pulak bila aku tengok balutan kat peha tok wan. Itu belum lagi lihat kesan jahitan. Mintak lah dijauhkan aku dari patah-patah tulang ni atau kecederaan dalaman.

Hampir 2 minggu kat hospital, tok wan pun dah mula nampak jemu. Biarpun anak-anak dan cucu-cucu selalu datang temankan tapi tetap tak sama dengan kebebasan duduk kat rumah. Mana boleh samakan hospital dengan rumah. Kalaulah aku, tak kiralah nurse-nurse kat hospital comel, sexy dan layanan 5 bintang sekalipun, tetap rasa nak balik ke rumah. Bukan ke Rumahku Syurgaku. Buruk macam mana sekali pun tetap rasa selesa duduk kat rumah.

Friday, November 12, 2010

Tok Wan Masuk Hospital

Tak sempat nak jenguk blog acap kali sebab sibuk sikit. Tambah pulak nak kena jenguk2 selalu Tok Wan kat hospital.

Sedang aku lena diulit mimpi pagi kelmarin, tetiba tepon berbunyi kring kring kring!! Time tengah syok bermimpi macam ni lah ada gangguan. Belum habis lagi aku nyanyi lagu hindustan sambil berlari2 keliling bukit, dah terjaga.  Mula-mula memang tak nak angkat tapi ringtones yang berbunyi tu memang aku tahu sangat siapa yang call. Memang setiap list nama dalam tepon aku set kan ringtones berbeza. Senang aku nak make sure siapa pemanggil. Mak yang call, bagitau Tok Wan masuk hospital sebab patah tulang peha.

Kesian Tok Wan, patah tulang peha sebab terjatuh dalam bilik air. Sebelum ni ada jugak jatuh beberapa kali tapi cuma tergeliat urat. Tak der lah sampai patah2 macam ni. Tergantung kaki dengan pemberat diletakkan dihujung katil untuk menarik kembali tulang ke posisi asal. Dah tua2 macam Tok Wan ni, tulang pun semakin rapuh. Tok Wan sesekali bila jumpa cucu memang banyak pertanyaan yang keluar dari mulut Tok Wan. Lebih2 lagi cucu dia yang sorang ni, jarang2 sekali berjumpa. Teringat masa kecik2 dulu waktu dalam jagaan Tok Wan. Apa saja cucu dia nak, Tok Wan turutkan. Sayang sangat Tok Wan dengan cucu2 dia walaupun ada masanya terasa macam berat sebelah. Tapi aku tak kisah sbb Tok Wan tetap Tok Wan, satu2 nya nenek aku yang masih hidup.

Kalau dah jumpa Tok Wan ni, 2 soalan jer yang selalu dia tanya. Kerja ok ke? Bila nak kahwin? Arrr...soalan pertama tu aku tak kisah kalau ditanya acap kali tapi soalan ke 2 tu ligat dalam kepala cari jawapan yang memuaskan hati Tok Wan. Tok Wan ni selagi dia tak puas hati selagi tu lah dia tanya. Kalau ikutkan memang aku dah patut kahwin sebab dikalangan sepupu yang sebaya, terlebih atau terkurang umur 2 tahun, semuanya dah kahwin. Nanti lah, belum sampai jodoh lah Tok Wan..

Dalam menziarah Tok Wan, mata aku meliar jugak tercari-cari nurse yang berjaya mengoncangkan hati aku tempoh hari. Tapi tak nampak pun kelibat dia. Maybe cuma sekadar persinggahan..