Monday, August 31, 2009

Screen Shot

well, nothing to do today. so, i just put this screen shot.. sempena merdeka lah.. hehe

pls don't comment kay..








Friday, August 28, 2009

My Favourite Tea



well, nak citer sikit pasal teh favourite aku nih. 1st time aku minum teh ni masa gi cameron highland 3 tahung lepah. beli pun sbb terpandang gambar strawberry kat kotak teh ni. langsung sambar 2-3 kotak. best..lemak berkrim disukai ramai. siap ada bau strawberry lagi. langsung terkhayalkan berada kat ladang teh cameron highland bila minum teh ni. ekekeke..

whatever, aku suka benor minum teh ni ni. memang susoh nok dpt kat mana2 pasoraya kat teganu ni. tahung lepah ada ah gok dijual kat pasaraya sabasun, tapi sekejap jer doh abih. tension punya pasal, semalam aku order 10 kotak teruh. buat stok utk bulan poser dgn hari raya. 4 kotak strawberry, 3 kotak oren dan 3 kotak blackcurrant. well, aku plan nak kasi perasa oren dgn blackcurrant kat mak dgn mak sedara. yg strawberry 4 kotak tuh aku punya.. hua hua hua

murah jer aku beli, 8 riyal sekotak, ada 25 uncang teh... best best

Wednesday, August 26, 2009

Fobia Perkahwinan

Firman Allah Taala yang bermaksud; “..Wahai manusia, Kami telah menciptakan kamu (secara berpasangan) dari jenis lelaki dan perempuan..”

Sabda Rasulullah;
“..Hendaklah kamu berkahwin agar dapat melahirkan keturunan. Pada hari Qiamat kelak aku berbangga jika kamu menjadi umat yang banyak dari umat yang lain..”


semua orang pasti nok kawin kan. semua orang yg masih bujang pasti memasang impian utk melangkah ke alam rumahtangga, bina keluarga sendiri, timang cahayamata sendiri. kalau tanya kat semua orang, ader ker yg akan angkat tangan dan berkata "tak mboh kawin".. itu orang lain. tapi aku ni boleh katakan tak tahu langsung samada nak kawin or tidak. dah betul2 mcm ayam duduk atah pagar. pendek cerita, aku sedikit fobia kalau sebut pasal perkahwinan ni.

banyak sangat masalah yang berlaku dalam rumahtangga sekarang ni. dah acap kali aku dengar berita kawan bercerai, sedara mara bercerai. kawin baru setahung jagung dah bercerai berai. anak2 yg jadi mangsa perceraian, terumbang ambing hilang kasih sayang. alaaa..apa ni. bukan ker perkahwinan utk seumur hidup. ini tak, bercinta bagai nok rak, kawin sekejap saja. inilah salah 1 sebab kenapa aku rasa fobia nak kawin.



sebab yg lain, aku langsung rasa tak konpiden lah nok jaga anak orang, nok urus rumahtangga, nok tunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami. aku selalu bertanya diri sendiri, boleh ker ah aku nok jadi seorang suami dan ketua keluarga? perangai aku pun still macam budok2 lagi sekarang ni.. masih lagi boros dlm perbelanjaan, suka travel sana sini.. suka beli toys.. dapat ker aku jadi suami orang? terdaya ke utk aku jaga anak orang ni?

aku langsung dok pandai nok memahami perasaan orang pompuan ni, nok menduga apa yg tersurat dlm hati orang pompuan jauh sekali. kenapalah org pompuan yg aku kenal suka sgt memendam rasa. sesekali aku rasakan, kan senang kalau orang pompuan ni cakap jer terus terang apa yg diaorang nak, apa yg diaorang pendam dlm hati. tak lah aku tertanya2.. tergaru2 kepala yg tak gatal ni.

satu lagi kan, aku rasa mcm akan terkongkong jer lepas kawin ni. nok buat itu dok boleh, buat ini dok boleh. nak pi jln2 sana sini pun dok boleh. ntah lah.. maybe sbb aku ni jenis burung yg terbang bebas sokmo, sbb tu takut nok duduk terkurung dlm sangkar. aku ni bukan jenis yg boleh terperap sokmo kat rumoh. dah memang kat tapak kaki ada tahi lalat, mmg aku ni suka pi jalan2. dok kira ah jauh or dekat. ish!! betul ke ni. lepas kawin kan, boleh ke aku teruskan hobi giler2 aku ni..or kena tinggalkan terus.

aku akui mmg aku seronok main dgn budok2, rasa best jer tgk org lain bermesra dgn anok bini, setiap hujung minggu bawa anak bini pergi berkelah, main ombak pantai, mkn bersama2, mkn bersuap suami isteri. semua itu adalah kenikmatan dlm rumahtangga. tapi tu lah, aku still fobia dgn perkahwinan ni. well, sampai biler ah aku akan teruskan title bujang ni. mungkin kah sampai ke hujung nyawa aku kekalkan title ni? rimas sebenarnya org sekeliling asyik tanya bila aku nak kawin. soalan tu lah yg aku dengar setiap hari. kawin susah, tak kawin lagi susah....... tension

satu lagi yg buat aku takutkan adalah ayat "terkejut". ni lagi lah buat aku fobia. sejak beberapa tahun ni, aku takut sgt dgn ayat "terkejut" ni. kalau ada org cakap nak buat suprise, selalu aku terbayang something bad will happen..

Monday, August 24, 2009

Hari Ke 3 Bulan Ramadhan

sekejap jer rasanya. tup tup doh masuk ari ke 3 kiter semua berpuasa. seperti yg aku pernah bagitau sebelum ni, setiap hari dibulan puasa memberikan seribu pengertian kepada aku. ketenangan yg aku rasai sekarang dan jugak perasaan teruja untuk memperbanyakkan amalan ibadat.

korang semua yang tinggal kat sana pernah mendengar dentuman bunga api menandakan tibanya waktu berbuka puasa? aku kat sini setiap hari akan melalui semua ni. setiap kali waktu berbuka dan jugak tamatnya waktu bersahur, dentuman bunga api akan kedengaran dari bukit besar. dentuman ini cukup untuk didengari oleh separuh kawasan di daerah kuala terengganu. well kata orang, tak der radio kat rumah pun tak per, just tunggu jer dentuman bunga api ni. dulukan waktu aku kecik2, setiap kali tamatnya waktu bersahur, cahaya merah bunga api yg dilancarkan dari bukit besar akan dpt dilihat dari tingkap rumah tokki aku. syokkan.. hehe


ni ler hidangan berbuka utk hari ni. simple jer. boleh lah kan.. well, dah sampai waktu berbuka ni.. aku pi makan dulu dehhh

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa



kepada rakan2 alam maya yg beragama islam, ku ingin mengucapkan...


`Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Yang Mulia & Selamat Berpuasa'


dengan rasa rendah diri ku ingin memohon kemaafan seandainya ada tersilap kata, tertulis sesuatu yg menyentuh hati ataupun membuat sebarang komen yg menguris rasa. sama2 lah kita melipat gandakan amalan kita dibulan yg penuh keberkatan ini

Sunday, August 16, 2009

In a Bad Mood



today i'm in a bad mood. dari pagi lagi dah bad mood. rasanya masa sampai opis ok jer. tapi cume bertahan beberapa minit sebelum bad mood datang. tak pasal2 ada 3-4 org yg jadi mangsa. ohh man.. ntah ler, punyalah bad mood sampai kawan2 yg lain tak berani nak buat joke sembarangan.. damn!!!! bila bad mood, punyalah malas nak buat kerja. kalau buat pun mesti dgn rasa terpaksa..

sometimes aku pun pelik dgn perangai aku ni. dlm keadaan cool, sekejap jer boleh tukar jadi childish or bad mood. patut ler cek yah sendiri pun tak boleh nak fahami perangai aku ni..

Friday, August 14, 2009

Sekeping Gambar Seribu Cerita

tak dok mender nok tulih. just nok tepek gambor2 lama. ni pun dulu ader tepek kat friendster dgn tagged. sbb aku dok aktif doh dlm dua2 tuh, so aku transfer ah ke blog. buat kenangan anok cucu esok2..





Tuesday, August 11, 2009

Ketenangan Di Bulan Ramadhan



1-2 hari ni aku hati aku asyik berdebar-debar jer. like something bad will happen. dont know lah.. i'm feel mcm ada sesuatu yg akan hilang. but what? forget it.. i will find the answers after back from outstation. tomorrow i will go to paka. 100 miles from kuala terengganu. honest, i hate this place. maybe ada org kata this place very beautiful because waktu malam we can see kerlipan api dari loji penapisan minyak kat sini. but for me, nothing interesting lah...

ramadhan dah tak lama dah. inilah bulan yg aku tunggu setiap tahun, setiap masa. aku betul2 rindukan setiap detik dibulan ramadhan. indahnya dpt menunaikan solat tarawih, nikmatnya rezeki kurniaan Tuhan kerana setiap kalu berbuka puasa pasti ada hidangan yg jarang2 dpt aku rasa pada bulan2 yg lain, besarnya pahala dapat menunaikan zakat dan kenikmatan tertinggi yg aku dapat dibulan ini, ketenangan hati. betul, hanya dibulan ramadhan saja aku merasa tenang, hati aku tidak lagi gelisah seperti sekarang.

selama beberapa tahun ni, aku dah tak excited untuk sambut 1 syawal. bagi aku setiap hari dibulan ramadhan ada hari raya bagi aku. ruginya aku rasakan kalau dibiarkan hari2 di bulan yg suci ini berlalu begitu saja tanpa sebarang amalan untuk menambahkan pahala. semua sudah maklum bertapa besarnya ganjaran yg diperolehi bagi setiap amalan kebaikan yg dilakukan. janganlah diabaikan kerana bulan ramadhan hanya sekali dlm setahun. tahun ini ramadhan masih lagi mengunjungi tapi tahun depan belum tentu. maybe masa itu aku dah pergi mengadap Tuhan Yang Maha Esa.

ketenangan yg aku cari, dibulan ramadhan aku temui. aku berharap ramadhan kali ini akan memberikan petamda yg baik didalam hubungan aku dgn cek yah. semoga dia tak lagi membenci aku dan semoga dia dpt menerima aku kembali sebagai best fren. cukuplah diatas apa yg dah berlaku. aku nak tunaikan janji aku dulu utk jaga dia sebaiknya. bukan ke best fren mesti sentiasa ada disaat susah dan senang..

Kambing Q

8-August-2009
sekali lagi staf2 jabat aku anjur xtvt makang kat luor. xtvt makang kali ni dinamekan kambingQ. sbb menu utamanya kambing sekor sekali dgn ayang. buat kat kole ibai jugok tapi belakang masjid terapung. kali ni rama sikit dari hari tu. rama hok bowok family sekali. aku dok makang maner pung kambing ni, lebih kpd ayang. lecehnya nok bakor kambing ni sbb lambat masok, dok mcm ayang. ni last xtvt kat luor before masuk bulang ramadhan al-mubarak. whatever, tgk ajer ah gambor2 tuh. nok citer banyok pun aku dok reti maner..hua hua hua

..................................senyum kambing








BBQ

16-May-2009
bulang may ari tuh, staf2 jabat aku ader wat bbq kat lagoon kole ibai. dok ingat nok upadate pasal bbq ni. nok wat ganer, koho nok cecoh 30an koho banyok hok dok ingat. menu bbq ni just ikang, sotong dgn pari jer. but merioh ah jugok sbb hok mari tuh member lama sekali dgn yg baru.






Sunday, August 09, 2009

Kepalsuan Hadis Kelebihan Tarawih

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik, media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r. a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai ke malam yang ke 30

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.

Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s. a. w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S. A. W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka.
(Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S. A. W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S. A. W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S. A. W. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain.

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S. A. W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:-

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S. A. W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s. a. w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih. Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s. a. w.

Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.