Showing posts with label Toys. Show all posts
Showing posts with label Toys. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Hari Mengemas Bilik

Semalam tak tahu nak buat apa sebab hujan turun sejak awal pagi lagi. Punyalah boring memikirkan apa nak dibuat. Tetiba datang mood rajin nak mengemas bilik. Dengan semangat berkobar-kobar aku mulakan dulu dengan bersihkan CPU. Dah berhabuk sakan kat dalam. Last sekali aku bersih 2-3 bulan yang lepas.

Ini ler komputer yang aku gunakan selalu nak meng'update blog kat rumah

Siap bersihkan cpu, beralih pulak kepada tugas vakum lantai dalam bilik. Then godek-godek beg yang tersimpan dalam cupboard. Adalah dalam 10 bijik. Kebanyakannya aku dapat masa pergi taklimat dan kursus. Banyak juga pensel, pen, kertas, sabun mandi, syampu dan tuala kecik kat dalam beg tu. Pensel tu sedekahkan jer lah kat sepupu yang baru nak masuk tadika dan darjah 1.

Siap kemas beg, barulah bersihkan kipas dan toys. Leceh sikit nak bersihkan koleksi toys ni sebab banyak sangat. Tapi kesabaran itu berbaloi sebab puas hati bila lihat semuanya dalam keadaan bersih tanpa habuk. Kesabaran itu penting dalam apa jua kerja yang kita buat. Kalau tak sabar, hasilnya tak seberapa lah.

Sebahagian dari robot gundam dan transformers. Banyak yang aku dah jual sebab tiada space nak letakkan benda ni. Yang kecik cinonet tu ada aku hadiahkan saja kat sepupu yang datang ke rumah. Yang besar tu aku jual jer kat forum lowyat kalau dan boring melihatnya. Boleh buat modal nak beli yang lain. Nak pasang sebijik gundam yang besar tu perlukan masa seminggu nak disiapkan.

Ini pulak koleksi limited edition dari shell. Adik aku lah ni yang tergila-gila sangat nak beli sampai sengaja habiskan minyak kereta semata-mata nak dapatkan semua koleksi kereta ni. Hampeh betul ah..

Kamera jenis pro-summer ni aku tak tahu nak buat apa. Dah setahun lebih aku beli tapi jarang guna benda ni. Banyak guna pun pada hari raya. Ingat nak jual jer lah dari terbiar dalam almari tu. Plan nak beli balik jenis DSLR. Ada sesiapa nak? Nanti aku beri sekali set lengkap sekali dengan uv filter, star filter, 2 keping memory card dan pouch. Kamera ni boleh 18x zoom semasa shot gambar atau merakam video. Senang nak skodeng orang putih berjemur tepi pantai.

Err..kalau buat contest bagi hadiah kamera ok tak? Huhuhu..mampus aku. Kay, buat kerja buat kerja

Thursday, December 24, 2009

Toys Story

time kita kecik dulu, kita sure pernah kata bestnya jadik org dewasa. bila dah besar, kita akan kata sebaliknya..bestnya kalu jadi budak2 kecik. whatever lah, walaupun dah besar tapi usia tak pernah jadi penghalang utk kita berperangai mcm budak2 kecik like me!! hehehe.. fizikal jer nampak mcm org dewasa tapi perangai still childish. whatever, aku cuma suka kumpul robot jer utk dibuat koleksi mcm gundam & transformers. before start beli robot2 ni, aku pernah plan utk buat koleksi motor2 berkuasa tinggi. motor yg real ekk, bukan toy punya. tapi memandangkan rega sesebuah motor pun dah cecah puluhan ribu ringgit, aku padamkan saja impian aku tuh. kalu pikir2, kalu ada byk motor pun buat apa kan kalu jarang2 sesekali bawak. baik simpan jek duit tu utk masa depan. ngeekkkk..

 
 gundam versi master grade (MG) dan non grade (NG}

 
MG strike gundam

 
yg nih paling aku suka, MG freedom gundam clear ver.. edisi terhad seluruh dunia

  
MG strike freedom. amik masa 2 minggu baru siap pasang..huhu 


 
 NG buster gundam

 
 gundam dari versi high grade (HG)

 
 HG hyperion gundam

 
gundam versi super deformed (SD). kecik jek tapi kena kalerkan sendiri

 
transformers ni nak menyelit gak..kay lah, bagi ruang sikit

p/s: mak arahkan aku pi kursus kawin awal bulan januari nanti. mula2 suruh pi kursus dulu, then suruh kawin lak. aiseyman.. salah 1 punca knp aku belum angkat kaki ke gerbang perkahwinan sbb takut dpt isteri yg tak sesuai, mcm kawan aku tuh. sbb aku ni bukannya jenis pandai nak marah2 org, tinggikan suara, jauh sekali bersikap tegas. kalau dpt isteri jenis queen control..teruklah. patah ler sayap aku yg suka terbang ke sana sini. permulaan thn baru yg menyeramkan...