Showing posts with label Besday. Show all posts
Showing posts with label Besday. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Fasa Baru Dalam Kehidupan

Today usia melangkah ke angka 30. Don't judge me by my past. I'm not in the past anymore. Accept me for who i am because this is me today. Walaupun aku tak dapat buang jauh2 sikap childish, realitinya itulah diri aku yg sebenar.

Today bertambah lagi usia dan tanggung jawab, menjadikan diri lebih matang menempuh ujian dugaan.

Today Allah telah memendekkan lagi jarak pertemuan denganNya. Semakin kurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untuk aku, semakin bersedia malaikat datang menjemput, semakin dekat masa amalan dihitung dan semakin hampir haruman syurga atau azab neraka.

Friday, January 28, 2011

Selamat Hari Lahir, Bonda

Mempunyai seorang ibu yang baik hati dan penyayang seperti bonda adalah anugerah paling berharga dari Allah s.w.t. Semoga sampai masanya nanti dapat aku bawa bersama bonda dan ayahanda menjejakkan kaki ke Mekah.

Nyaris terlupa hari istimewa ni. Kalau tak kerana adik hantar mesej pagi tadi, agaknya petang nanti baru aku teringat hari ni hari lahir bonda. Oh my my...blurr ah nak beri present apa kat bonda. Soal memberi present ni memang kelemahan ketara aku sebab tak pandai memilih hadiah yang sesuai. Walaupun bonda tak pernah meminta apa-apa dari dulu sampai sekarang tapi aku tetap nak kasi present. Tapi tak der lah kasi present bakal menantu. Harap-harap on the way balik ke rumah nanti adalah terlintas lah idea nak kasi present apa.

Tuesday, December 14, 2010

Happy Birthday To Me


Today is 14 Disember, tarikh aku membuka mata melihat dunia yang indah ini. Syukur kerana sampai saat ini aku masih dipanjangkan usia, masih diberi kesempatan untuk mengapai impian. Syukur kerana dikurniakan ibubapa yang penyayang, adik-adik yang sporting dan kawan-kawan yang baik hati. Terima kasih kerana menyinari hidup aku selama ini.

Masih bernyawa hingga ke saat ini adalah anugerah paling berharga dari Tuhan. Bila datangnya hari ini, bermakna usia aku memanjat satu anak tangga lagi. Oh my, tapi tak der budak-budak pun yang sudi memanggil aku pakcik. Ahaks!!! perasan muda lah ni. Dah semakin tua lah tapi perangai masih tak berubah. Siapalah yang sudi bermenantukan lelaki yang childish ini. Tak perlah, biarkan ku sendiri...hohoho

Thursday, April 15, 2010

Semalam Dan Hari Ini - Best Friend

Entry ini aku tujukan khusus kpd my best friend.. I hope, today or someday dia akan membaca apa yg aku tuliskan ini. Seandainya waktu itu aku telah tiada, ketahuilah..kamu tetap my best friend. Seribu kemaafan dipinta diatas kesilapan yg telah aku lakukan. Aku telah cuba untuk jernihkan kembali keadaan tapi apa jua yg aku cuba lakukan tak menjadi seperti yg diharapkan. Maafkan ku kerana mengabaikan kamu dahulu.. 

Happy Birthday To You

seperti tahun2 sebelumnya, tarikh ini tiba lagi pada hari ini. apa makna disebalik tarikh ini? actually, today adalah hari lahir someone. sudah mencecah 10 tahun sejak kali pertama bertemu. 10 tahun yg dipenuhi pahit manis perjalanan hidup. why she is so important in my life? because..kerana dia aku jadi seperti skrg ni ni, seorang lelaki dewasa walaupun ada waktunya aku masih tak dpt buang perangai kebudak-budakan aku. but aku tak pernah terfikir nak ubah 100 peratus sifat semulajadi aku kerana inilah yg membezakan aku dgn org lain, inilah identiti aku. she teach me bertapa bernilainya erti persahabatan. maybe dialah "ainul mardhiah" dlm hidup aku. dia lah sahabat, kaunselor & my first love. ini bukan lagi cinta mirc, cinta monyet or apa saja yg pernah aku ceritakan before this. this is true love..

i know u read my blog. wherever u are, i just want to say.. 
HAPPY BIRTHDAY

Friday, December 18, 2009

Birthday Present

besday ke 2+ aku dah berlalu. secara rasminya kini aku berusia 2+ tahun. malam 14hb tuh mak aku dan adik2 ada datang. dibawak sekali apple pie, puding dan mee goreng 1 besen. alahai terharunya, sudi jugak mak dan adik2 buat mkn2 utk aku kali ni. dijemput sekali sedara2 yg tinggal berdekatan. ingatkan sekadar nak kasik present jek. mekacih yer mak, adik2. thn ni dpt ler baju selai kaler merah pemberian mak. susah2 jer mak aku ni. walaupun aku dah berusia 2+ tahun tapi mak tetap layan aku sepertimana dia layan aku masa kecik2 dulu. tak pernah berubah sedikit pun. terima kasih sekali lagi sbb bersusah payah membesarkan aku, mendidik aku hingga aku menjadi sepertimana diri aku sekarang. insyaallah, sampai masa nanti, aku akan bawak mak ayah pergi menunaikan haji sama2...

ada 1 lagi besday present yg aku dpt kali ni. nak tgk? tuh ada kat bawah tu..

transformers lah. buster optimus prime from movie transformers revenge of the fallen. suka, suka sangat. sapa yg kasik present ni ek? rahsia!!! pemberi present tak nak nama dia dipaparkan kat blog ni. tak nak cari publisiti murahan katanya. apa2 lah. mekaceh yer. next year kasik lagi..

mcm tahu2 jer kegemaran aku. haii..pada kalendar jer menandakan dah berusia 2+ tahun tapi perangai aku mcm budak lagi. still ada hobby mengumpul toys, suka mandi hujan, selalu buat aksi giler2 time bergambar, suka tiup api lilin, suka melompat bila turun tangga dsb. ermm..tak kisah lah kan janji bahagia. ahak ahak.. ibubapa kat luar sana tidak digalakkan membeli toy mcm ni utk anak2. mahal..membazirkan duit gaji jer. sekotak pun dah mencecah 300 ringgit.

 i'm optimus prime

 look, bernyala..

 
 mode lori..vroommm

Monday, December 14, 2009

Today, I'm 28 Years Old

today, tepat pukul 7:29 pm, usia aku akan mencecah 28 tahun. dah 28 tahun rupanya aku berpijak atas muka bumi ni, menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, merasai pahit getir suka dan duka perjalanan hidup ini. syukur kepada Tuhan kerana memberikan aku kesempatan utk bernafas selama 28 tahun. aku bersyukur diatas segala kenikmatan yg Engkau berikan kepada ku selama ini.

sebenarnya aku takut utk sambut birthday yg ke 28 ni. 1st sbb birthday kali ni menandakan aku semakin dipanjat usia, semakin tua. (ek eleh, padahal rambut aku pun dah semakin byk beruban). 2nd, sbb sampai sekarang aku belum dpt mengapai 3 impian aku. 3rd, sbb semakin ramai yg akan bertanya bila aku nak kahwin. 4th sbb aku jauh ketinggalan berbanding kawan2 sekolah yg lain. 5th, aku rasa kali ni pun aku akan tiup lilin seorang diri. tiada sebarang ucapan dari dia..

whatever, ditengah2 mlm yg sunyi ni aku nak nyanyi sorang diri, ucapkan happy birthday utk diri aku sendiri. sejak bertahun2 aku dah biasa sambut birthday sorang diri. lagi pun aku tak kisah kalau tiada org yg mengingati birthday aku. tak nak lah menyusahkan org buat persedian utk sambut birthday yg tak seberapa ni. aku lebih suka cara sederhana. beli kek kecik then duduk kat tepi pantai sorang diri. nyanyi lagu utk diri sendiri then tiup lilin...

happy birthday to me 2x
happy birthday to me...
happy birthday to me....

fuhhh!!! tiup lilin


kat bawah ni gambar 24 tahun yg lepas. masa tu umur 4 tahun. 1st time belah kek birthday tapi dgn linangan air mata sbb kena marah dek mak sedara. dah ler time tuh aku demam. nostalgia masa silam..

Wednesday, April 15, 2009

Birthday

nok ucapkan hepi besday to someone yg aku kenal sejok 9 tahung yg lepah..

hepi besday to u... semoge hari esok menjanjikan kebahagiaan yg abadi

Sunday, December 14, 2008

27 Tahun Sudoh Berlalu

14-Disember-1981 tepat jam 7.29 ptg, sorang bayi dilahirkan di hospital besor kole teganung (ler ni dikenali sbg hospital sultanah nur zahirah). bayi lelaki tu diberi name "wan fairul fakhzan"...aku ler tuh..dlm dunia ni, cume ada sorang jer hok nama gitu...dok tahu ah maybe esok2 ade mok ayoh berkenan nok bui name mcm aku ni..

27 tahun sudoh berlalu, 14-Disember datang balik..kadang2 aku rase mcm baru mareng aku tgk dunia ni..terase baru mareng aku tgk cahaya warna warni for the 1st time dgn mate aku ni.

banyok bende doh aku lalui sepanjang 27 tahung ni...zamang budok2 yg penuh dgn keriangan, zamang sekoloh yg penuh dgn nostalgia, zamang remaje tempat aku belajor jadi seorang lelaki dan jugok zamang dewasa yg cukup mencabor...semua tu jadi kenangan dlm idup aku..

tepat jam 7.29 ptg, cukup ler umor aku 27 tahung..sekejap jer rase mase berlalu..aku rindu sesangat kenangan dulu...kalu diberi peluang utk balik ke zamang dulu, aku rela dipendekkan umor asalkan aku boleh uboh kesilapang yg pernoh aku wat dulu..

dlm banyok2 kesilapang, ade 1 kesilapang yg buat aku terase sapa ler ning..kesilapang tu membuatkan aku kehilangan seseorang yg aku rase cukup bermakne kehadirannye disisi aku.

tapi amende yg berlaku dok leh diuboh doh..yg pergi tetap pergi. tapi jauh disudut hati aku tetap percaye 1 mase nanti dia akan sambut semule tangan aku ni utk capai impian bine ikatan perkawinan..that's why sehingge saat ni aku still lagi single..

bukang tak dok org puan lain yg mari dgn perasaan tapi aku tak mboh permainkan perasaan diaorang..apa gunenya bui harapan kat diaorang kalu hati dan kasih sayang aku hanye kat si dia... 

bile doh semaking dipanjat umor ni, soalan yg sering ditanye dan doh lali sangat aku dengor.."bile nok nikoh?"..huhuhu..nanti ler, ade jodoh aku nikoh ah..sebut pasal nikoh ni boleh kate tiap2 hari ade jer nok tanyer aku..owoss..stop2 ah tanye, kekgi aku bui ah kad jemputan kawin

actually sapa ke saat jari aku menulih blog ni, aku still tertunggu2 ucapan dari si dia..tapi aku tahu sama seperti 2 tahung yg lepah, tak dok ucapan akan aku terime..biar ah, maybe dilain tahung akan ade ucapan tu..

di usia 27 tahung ni harap2 akang jadi titik permulaang kpd kehidupan baru aku...aku berdoa semoge pintu rezeki akang terbuke luah..semoge 1 per 1 aku dpt ape yg aku nok

minggu lepah pihok univeristi ade tepon bagitau aku, yayasan canselor taworkan aku pinjaman utk aku teruskan pengajian sapa abih..hmm, alhamdulillah taworan tu datang disaat ini..aku anggap tu hadioh hari lahir aku...

ok..panjang pulok aku nulih kali ni..maybe sbb mood besday kot..huhuhu

well, esok kene gi outstation..so, aku berblog jauh dari rumoh ah pulok..

sebelum aku letok titik namat utk coretan kali ni, kelih kiri kelih kanan, sorang diri jer kat umoh hari ni..so, aku nyanyi ler sorang diri and makang kek ni sorang diri..saloh pulok beli kek besor. dak per ah, aku bui ah separuh ke jiran sebeloh umoh kekgi...huhuhu

happy besday to me, happy besday to me,
happy besday to me, happy besday toooo meeee...

fuhhh!!! tiup metol lapu. dok ingat setarang beli lilin nok pacok atah kek..huhuhu..kire ok ah tiup metol lapu pun..ya-ha!!!!