Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Thursday, October 06, 2011

Steve Jobs - Passed Away

sumber : Apple

Gajah mati meninggalkan gading, 
Harimau mati meninggalkan belang, 
Steve jobs mati meninggalkan Apple...

Apa akan jadi dgn produk iPhone selepas ni? Adakah akan mencanak jualannya atau akan merundum? Apple iPhone 4S yg dilancarkan kelmarin mendapat respon negatif dari peminat iPhone. So, adakah iPhone akan terkubur bersama dgn perginya pengasas Apple ini?

Tuesday, January 25, 2011

Cerita Tentang Jam Aku

Tengah asyik mengemas bilik, terjumpa balik jam lama yang pernah aku pakai dulu. Ada yang masih elok ada yang sudah rosak. Tengok balik jam ni, teringat kenangan lama sepanjang memakai semua jam ni. Dari zaman sekolah menengah sampai sekarang, dah 8 jenis jam aku pakai. Cuma jenis casio jer ada 2 bijik, selebihnya semuanya berlainan brand. Beli kat mydin ada, present ada dan beli guna duit gaji sendiri pun ada.

  1. Jam tangan ayahanda. Aku sempat pakai setahun semasa di tingkatan 4 sebelum kawan yang jahat pecahkan cermin jam ni
  2. Jam ni dibeli kat mydin pada tahun 1998. Melekat kat tangan sepanjang berada di tingkatan 5. Aku suka jam ni sebab boleh sesuka hati tukar background kat dalam tu
  3. Ini pun jam tangan ayahanda. Aku sempat pakai sekejap jer lepas habis SPM sebelum enjinnya rosak.
  4. Jam ni aku dapat percuma masa beli komputer pertama aku dalam tahun 2001. Jam ni sepasang tapi yang ladies punya tak tahu siapa yang curi
  5. Jam pertama aku beli dengan duit gaji sekitar tahun 2002. Aku suka pakai jam ni sebab tahan lasak dan warna emas tu tak pudar sampai sekarang. Ramai yang sangkakan jam ni hadiah barangan elektronik sebab brand samsung
  6. Present dari someone pada tahun 2005. Jam paling berharga dalam banyak-banyak koleksi jam tangan. Aku ada ceritakan kisah jam ni dalam entry terdahulu.

Thursday, January 20, 2011

Aku Jatuh Cinta Sekali Lagi

Sekian lama aku cuba menjauhkan diri darinya tapi hanya bertahan untuk seketika. Tarikannya terlalu kuat sehingga aku terpaksa jua melangkah pergi kepadanya. Dia sudah berubah, tidak lagi seperti dulu ketika pertama kali aku melihatnya. Dirinya yang baru membuatkan perasaan aku tak keruan. Aku tahu dia masih belum berpunya. Kuat berdetik dalam hati ini untuk memilikinya walaupun terpaksa bersabar buat seketika waktu.

K
U

I
N
G
I
N

M
E
M
I
L
I
K
I

M
U

Dah keluar ah model baru Olympus E-PL2. Comel giler. Tahun lepas masa 1st time tengok aku pandang sebelah mata jer. Sekarang aku dah pandang 2 belah mata setelah mencuba sendiri kecanggihan model sebelumnya. Dengan ini aku decide tak nak beli DSLR yang besar gedabak tu. Cukup dengan pakai Pen camera sebijik ni jer. Kualiti mengagumkan. Harga pun not bad, around RM2,600 buat masa ini.

Dengan function better than DSLR dan berfizikal kompak, model seperti ini cepat menawan hati peminat fotografi seperti aku. Tak perlu nak usung beg berat yang terisi 2-3 bijik lens beserta body dan aksesori lain. Aku pun dah malas nak usung 2 bijik beg bila pergi bercuti. Dah mula berkira-kira tahap kewangan untuk membeli kamera ni. Tunggu, aku akan miliki juga sampai masa nanti. Maybe tunggu 2-3 bulan lagi untuk harga yang lebih murah dan lebih banyak pilihan. Last year aku decide nak beli Nikon D90 tapi selepas fikirkan kewangan yang agak besar untuk beli aksesori tambahan, aku terpaksa tangguhkan dulu.

Tuesday, January 18, 2011

Hari Mengemas Bilik

Semalam tak tahu nak buat apa sebab hujan turun sejak awal pagi lagi. Punyalah boring memikirkan apa nak dibuat. Tetiba datang mood rajin nak mengemas bilik. Dengan semangat berkobar-kobar aku mulakan dulu dengan bersihkan CPU. Dah berhabuk sakan kat dalam. Last sekali aku bersih 2-3 bulan yang lepas.

Ini ler komputer yang aku gunakan selalu nak meng'update blog kat rumah

Siap bersihkan cpu, beralih pulak kepada tugas vakum lantai dalam bilik. Then godek-godek beg yang tersimpan dalam cupboard. Adalah dalam 10 bijik. Kebanyakannya aku dapat masa pergi taklimat dan kursus. Banyak juga pensel, pen, kertas, sabun mandi, syampu dan tuala kecik kat dalam beg tu. Pensel tu sedekahkan jer lah kat sepupu yang baru nak masuk tadika dan darjah 1.

Siap kemas beg, barulah bersihkan kipas dan toys. Leceh sikit nak bersihkan koleksi toys ni sebab banyak sangat. Tapi kesabaran itu berbaloi sebab puas hati bila lihat semuanya dalam keadaan bersih tanpa habuk. Kesabaran itu penting dalam apa jua kerja yang kita buat. Kalau tak sabar, hasilnya tak seberapa lah.

Sebahagian dari robot gundam dan transformers. Banyak yang aku dah jual sebab tiada space nak letakkan benda ni. Yang kecik cinonet tu ada aku hadiahkan saja kat sepupu yang datang ke rumah. Yang besar tu aku jual jer kat forum lowyat kalau dan boring melihatnya. Boleh buat modal nak beli yang lain. Nak pasang sebijik gundam yang besar tu perlukan masa seminggu nak disiapkan.

Ini pulak koleksi limited edition dari shell. Adik aku lah ni yang tergila-gila sangat nak beli sampai sengaja habiskan minyak kereta semata-mata nak dapatkan semua koleksi kereta ni. Hampeh betul ah..

Kamera jenis pro-summer ni aku tak tahu nak buat apa. Dah setahun lebih aku beli tapi jarang guna benda ni. Banyak guna pun pada hari raya. Ingat nak jual jer lah dari terbiar dalam almari tu. Plan nak beli balik jenis DSLR. Ada sesiapa nak? Nanti aku beri sekali set lengkap sekali dengan uv filter, star filter, 2 keping memory card dan pouch. Kamera ni boleh 18x zoom semasa shot gambar atau merakam video. Senang nak skodeng orang putih berjemur tepi pantai.

Err..kalau buat contest bagi hadiah kamera ok tak? Huhuhu..mampus aku. Kay, buat kerja buat kerja

Sunday, November 07, 2010

Nokia N8 : Raja Kamera Telefon

dari segi populariti, Apple iPhone 4 sedikit ke depan mengatasi Nokia N8. tapi kalau dibandingkan dengan kamera, N8 jauh mengatasi iPhone 4. ini adalah realiti dan bukannya nak menidakkan keupayaan kamera yang terdapat pada iPhone 4. bayangkan Apple iPhone 4 hanya mempunyai kamera 5MP sedangkan Nokia N8 mempunyai  kamera 12MP. boleh dikatakan setakat ini model N8 ini adalah raja kamera telefon. ditambah lagi model N8 ini turut dilengkapi bersama Carl Zeiss optics dan Xenon flash. kualiti gambar yang dihasil, memang terbaik punya.

Friday, October 22, 2010

Nokia N8 : Gorilla Glass Screen

masih nak berkata-kata tentang Nokia N8. sejak keluaran pertama iPhone hingga kpd yg versi 4 yg terkini, produk Apple ini dianggap tiada saingan sehinggalah kemunculan Nokia N8. berbeza dgn iPhone yg dijual pada harga mencecah RM3000, harga N8 jauh lebih rendah iaitu pada RM1690. selain harga, Nokia juga telah menerapkan beberapa teknologi baru pada N8. antara yg paling menonjol adalah kamera 12MP. selain dari tu, 1 lagi teknologi baru yg dilengkapi pada badan N8 adalah penggunaan Gorilla glass screen atau dlm bahasa melayu, skrin kaca Gorilla. apa kelebihan, Gorila glass screen ini? jeng jeng jeng..kan kalau bagitau ada yg tak percaya. jadi lihat saja video kat bawah. nanti anda akan faham apa kelebihan Gorilla glass screen...

Thursday, October 21, 2010

Nokia C3 & Socialista Meter

petang khamis.. blurrr jer rasa saat ni. nak taip entry pun tak tahu topik apa yg nak dipaparkan. tetiba ternampak iklan Nuffnang, Nokia C3. jadi, why not kalau aku perkatakan sikit pasal satu lagi produk baru Nokia ni.. nak kata baru tak lah jugak tapi telah menerjah pasaran pada bulan Jun yg lepas. sesiapa yg sukakan full QWERTY keyboard, telefon ni sesuai utk anda. harganya jauh lebih murah dari BlackBerry, iaitu sekitar RM480..murahkan. 

didatangkan bersama kamera 2MP utk resolusi 1600x1200. walaupun internal memory hanya 55MB tapi 2GB microSD telah dimasukkan sekali dlm pakej. teknologi Wi-Fi juga terdapat pada Nokia C3. terdapat 3 pilihan warna iaitu Slate Grey, Golden White dan Hot Pink. antara ketiga2 warna ni, warna Hot Pink nampak lebih seksi. auuuw auuuw...

gambar dari GSMArena.com

Wednesday, October 13, 2010

Telefon Pintar Nokia N8

 Nokia N8, pertaruhan terbaru Nokia untuk melonjakkan kembali namanya. ianya adalah sebuah telefon pintar yang dilengkapi terknologi canggih dan telah melakar sejarah baru kerana buat pertama kali dalam sejarah pengeluaran telefon pintar Nokia dilengkapi dgn ciri2 tersebut..
  • yang pertama menggunakan OS Symbian^3 dan dipacu oleh ARM 11 680 MHz processor
  • kamera 12 megapiksel Carl Zeiss optics dengan lampu flash Xenon, 
  • mampu merakam video resolusi tinggi pada 720p
  • memiliki port untuk HDMI
  • skrin 3.5 inci dengan teknologi AMOLED capacitive
  • 16GB internal memori dan dilengkapi slot tambahan untuk microSD

Thursday, September 30, 2010

Membebel Sikit Dipagi Hari

bawah kelopak mata dah naik hitam. kelmarin tido lewat, hari belum tido lagi sejak malam tadi. banyak benda nak kena buat, banyak benda nak dipikirkan.. most important aku pikirkan apa yg aku nak buat selepas ni. bila renung balik hari2 yg dah berlalu, banyaknya kesilapan dah aku buat. tapi kesilapan tu dah tak boleh diperbetulkan. cuma apa yg dah berlaku dijadikan ingatan supaya perkara yg sama dok berulang.

Saturday, July 17, 2010

Next Target

menghitung hari..detik demi detik..menunggu tibanya hari dapat gaji. dok sabor wesss menunggu gaji masuk. banyok benda bermain dpn mata sekarang ni. kelmarin pergi pc fair kat planetarium. byk pulak harga runtuh utk barangan komputer dan kamera. so, pusing punya pusing..aku pun dah set dalam kepala apa gadget yg nak aku beli bila dpt gaji nanti. 20 hari jer lagi.... lambatnya

olympus e-pl1 - rasanya ni kamera ke 4 yang aku beli. mmg gila teknologi betul aku ni. asal keluar model baru mesti gatal tangan nak beli. tapi model olympus yg aku survey kelmarin mmg best. byk function, dslr yg kompak dan ringan. lens pun pakcik seller tu nak kasi 2 bijik sekali dgn pouch kulit ori. so kalu nak travel mana2 tak payah aku nak angkut kamera yg berat tu. bawak jer yg ni... rege dlm RM2400 jer...



nokia c6 - akhirnya yg aku tunggu2 sejak 3 bln lepas dah selamat mendarat di malaysia minggu lepas. after lihat komen org sana sini ttg tepon ni, well aku rasa boleh beli lah. lagi pun function nya not bad. sesuai utk aku yg suka letakkan byk benda dlm tepon. kiranya mcm mini komputer.. qwerty keyboard memudahkan lagi aku menaip apa2, tak kiralah mesej ke, email ke ataupun chatting. kamera pun 5 megapixel.. i love it. rege dlm RM870.. huhu

 

nokia n97 mini - yg ni, second choice kalu tetiba ubah fikiran tak jadi beli model c6. just berkenan dgn kaler nya jer. lagi pun model c6 adalah downgrade dari model n97 mini.. rege pun boleh tahan, RM1085 jer





Wednesday, May 05, 2010

Gadget Termahal Di Dunia

handphone adalah satu keperluan dlm kehidupan alaf baru ini. tak kiralah dimana jua berada, sesiapa saja akan memiliki sekurang2 nya sebijik handphone seorang. perkembangan teknologi gadget telekomunikasi ini bergerak terlalu pantas. masih ingat lagi 10 tahun lepas, model paling famous masa itu adalah nokia 3310. model ini adalah yg terbaik pernah dikeluarkan oleh nokia setakat ini. 

adakah korang tahu berapakah harga handphone termahal didunia? jom kita lihat dibawah...

Tuesday, May 04, 2010

NOKIA C6


ada sesiapa pernah dengar pasal model terbaru keluaran nokia, C6? tak pernah..? hmm..memang ramai yang tak tahu sebab model ni baru saja dilancarkan 2 hari lepas. nama model terbaru ni unik sikit. kalau dalam english, akan disebut C Six dan dalam bahasa melayu akan disebut C Enam atau diringkaskan lagi menjadi Sinam. 

Friday, April 23, 2010

Handphone Dah Rosak!!

after 3 years, nokia 6288 aku dah rosak. ni semua gara2 terjatuh atas jalan raya. terpelanting terus housing dgn bateri tepon. nasib aku sempat tahan sebuah kereta dari mengilis tepon aku. kalu tak, rest in peace. sayang betul aku kat tepon ni. sehari tanpa tepon, rasa mcm ada yg tak lengkap. sekarang ni, bila slide jer, terus skrin terpadam. tak boleh tutup slide langsung, terbogel mcm tu jer keypad. alahai..dah kes berat ni. kena amik tindakan secepat mungkin sebelum skrin terpadam terus utk selamanya. kalau ikutkan sejarah sepanjang 2 thn ni, dah acapkali tepon ni terhentak atas lantai dan jalan tapi masih ok. 1st tepon yg aku pakai, nokia 3310 pun tahan lasak gak. tenggelam dlm air, jatuh dari tingkat 1 bangunan..tapi bila pasang balik bateri still ok, berfungsi dgn baik. just sekali tu jer bila jatuh dlm lubang taik, terus k.o.. maybe sbb tak tahan dgn bau najis kot. .nak buat apa ek?  kena cari yg baru ni. today aku pi survey tepon, rambang mata pulak nak pilih yg mana. nak cari yg biasa ke or yg boleh access internet? mana satu, mana 1 ek..?
 1st tepon..3310. k.o lepas terjatuh dlm lubang taik

 2nd tepon, 6288 dah rosak
 3rd tepon, 5530. sempat pakai 3 hari jer sebelum jual balik. tak best langsung. not my style guna touch screen ni.. well, dlm kepala dah ada beberapa jenis model utk dibeli. ntah, tak tau lagi nak beli yg mana 1. last minute baru aku buat pilihan..
 6700 slide..berkenan gak yg ni tapi tak der WLAN

 N97 Mini. everything ada dlm tepon ni tapi byk sgt rungutan pasal model ni

C6.. yg ni kena tunggu dlm 2-3 bulan lagi.