Senyumku tak seghairah, Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu, Kicau burung pun tak semerdu
Namun ku punya hati, Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini, Kadar waktu diizin Tuhan
Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati
Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...
Tadi entah kenapa rasa sayu jer bila dengar lagu ni. Teringat kat pakcik peminta sedekah depan pintu masuk CIMB bank semalam. Itu bukan pertama kali aku melihat dia, sudah bertahun-tahun lamanya. Berbaju lusuh, berkain pelikat usang dan berkopiah. Walaupun dah acap kali terserempak tapi baru pertama kali tergerak hati untuk hulur sumbangan.
Semalam aku perhati gerak geri perilaku dia. Walaupun ramai yang keluar masuk bank tapi hanya beberapa kerat jer yang menghulurkan derma. Bila ada duit singgah ditapak tangan dia, setiap kali itu dia menadahkan tangan berdoa. Apa yang dia doakan aku tak tahu. Maybe memanjatkan kesyukuran. Ramai peminta sedekah tak merelakan diri mereka mengharapkan sumbangan orang semata-mata. Ada yang terpaksa meminta sedekah kerana kecacatan diri dan jugak kedaifan hidup.
Tetiba rasa insaf sebab kita yang sempurna dan diberi kesenangan hidup ini jarang sangat bersyukur dengan apa yang dimiliki. Yang kaya mahu lebih kaya tanpa pedulikan nasib golongan yang kurang berkemampuan. Yang berkuasa mahu lebih berkuasa walaupun terpaksa menindas golongan bawahan. Aku sendiri ada waktunya tidak bersyukur dengan rezeki kurniaan Tuhan.


