Setiap orang ada haiwan yang tak disukainya. Ada yang fobia bila melihat haiwan-haiwan tertentu. Kebanyakannya takut dengan ular. Memang patut lah sebab ular ni berbisa. Tapi bagaimana pula dengan aku? Aku tak takut ular cuma baunya boleh membuatkan aku terasa nak muntah. Meh aku kongsi beberapa haiwan yang aku cukup geli bila melihatnya.
- Tikus - musuh no.1 aku. Aku cukup geli dengan menatang ni lebih-lebih lagi ekornya. Jangan sesekali tunjuk haiwan perosak ni depan mata aku, confirm aku cabut lari. Kalau ternampak bangkai tikus atas jalan, aku akan melintasi bangkai tu dengan menutup mata. Bibir aku pernah terluka sebab terkejut melihat haiwan ni melintas depan mata semasa aku sedang bercukur. Untuk membasmi haiwan ni dalam rumah, terpaksa aku pelihara kucing pembunuh. Semasa tengah menulis pasal haiwan ni pun dah meremang bulu roma aku.
- Hamster – sebab satu spesis dengan tikus, aku pun terasa geli bila melihat haiwan ni. Kalau nak lihat pun, mesti dari jauh.
- Cicak – menatang ni selalu keluar waktu malam. Suka sangat berak merata tempat. Tak lah segeli tikus tapi tubuh yang licin tu membuatkan aku cukup geli untuk memegangnya.
- Anak kucing – confirm aku takkan sentuh anak kucing yang baru keluar dari perut ibu kucing. Warna kulit yang masih kemerahan membuatkan aku geli-geli untuk memegangnya.
- Ulat Bulu – melihatnya bergerak pun dah cukup membuatkan bulu roma aku menegak kegelian. Sentuh, sumpah aku tak nak. Kan tak pasal-pasal kegatalan satu tubuh
Tu jer rasanya haiwan yang aku geli-geli. Paling bencikan tikus, tak suka mickey mouse. Ada cara tak macam mana nak atasi kegelian melampau aku terhadap tikus ni? Pernah aku minta ditukarkan bilik hotel gara-gara terjumpa menatang ni dalam bilik air.


