Ini bukan berkenaan tragedi oktober yang menjadi tajuk lagu awie tu. Dalam lagu tu, tragedi oktober berkenaan kisah sorang pakwe yang kematian aweknya. Itu cuma fantasi semata-mata. Langsung tiada kaitan hidup atau mati dengan aku.
Penghujung tahun (oktober, november, disember) selalu membuatkan aku hidup dlm blues. Terlalu banyak yang berlaku dalam 3 bulan ni pada 6 tahun lepas. Nak huraikan satu persatu tak perlu rasanya. Biarkan ia tersemadi aman dalam lipatan sejarah. Kalau selalu mengenang kisah lama, hidup akan selalu terbuai dalam angan-angan yang tak kesampaian. Hidup mesti sentiasa bergerak ke hadapan, bukannya berundur ke belakang.
Entah apa yang aku merapu di pagi hari selasa ni. Tiba-tiba jer blues mood. Ni semua sebab mimpi semalam. Bila jer terjaga, terus teringat kat seseorang. Huwaaa!!! i miss u bebeh.. (mood mengada-ngada taik kuda). Setiap kali rindu bertandang, aku akan menadah tangan berdoa..
"Ya Allah, Engkau lingkarilah hidupnya dengan cahaya kebahagiaan. Peliharalah kehormatannya, peliharalah keimanannya, dan peliharalah keselamatannya. Seandainya dia bukan jodohku, ketemukanlah dia dengan insan yang lebih baik dariku. Ketemukanlah dia dengan insan yang dapat membimbingnya ke jalan kebaikan, jalan yang menuju ke syurga. Amin.."
Tetiba pulak tergiang-giang kat telinga aku sebuah lagu lama..
Andainya ada di antara kita nanti,
Berubah hala serta memungkiri janji,
Jangan ada benci,
Suka dan duka dilalui,
Jadikan kenangan di sudut hati..
Andainya cita-cita tidak kesampaian,
Ikatan murni terputus di pertengahan,
Jangan dikesalkan,
Jangan lantaran kegagalan,
Kita berdendam saling bermusuhan..
Sorry deh kalau korang terheret sama dalam oktober blues aku. Sesekali terjiwang karat tak der salahnya kan kan kan. Kalau tetiba korang dibuai perasaan, jangan salahkan aku. Sila salahkan mimpi yg datang mengacau aku semalam. Ngeh ngeh ngeh...




