Showing posts with label 90an. Show all posts
Showing posts with label 90an. Show all posts

Tuesday, November 01, 2016

Aku dan Jiwa Rock

  
Malaysia dah dilanda demam filem Rock Bro sekarang ni. Rancak kat tv tengah promo pasal cerita ni. Aku dah layan filem ni start dari episod pertama lagi sampailah keluar sekuel terakhir ni. Budak2 yang lahir tahun 80an mesti syok layan filem ni sambil terimbau kenangan zaman muda mudi dulu. Lagi best time berkumandang lagu slow rock...ngeh ngeh ngeh

Mana boleh lupa bergaut dengan awek kat public phone sambil pakai singlet dan jeans koyak kat lutut. Duit syiling jangan ceritalah, bukan main banyak lagi dalam poket sebagai penyambung hayat. Itu dulu, sekarang public phone dah hampir2 pupus. Bergayut dengan handphone lagi mudah. Dalam toilet pun boleh calling2 lagi.

Yang lahir di alaf baru ni tak tahulah macam mana. Minoriti saja kot yang boeh layan dan faham apa yang terkandung dalam filem ni. Diaorang membesar dengan lagu cinta meleleh-leleh, rap dan lagu korea. Diaorang lagi kenal artis2 K-Pop dan Justin Bibier berbanding kumpulan rock malaysia.

Tetiba lak gatal-gatal tangan nak menulis dalam blog...Huhuhu

Wednesday, December 22, 2010

Kisah Aku, Duit Syiling & Dot Dot Dot

Masa kian berubah, ekonomi semakin kacau bilau. Duit syiling semakin dipandang sepi. Kemegahan yang dirasai suatu ketika dulu dah pudar ditelan zaman. Kalau 1sen dan 5sen, nilainya semakin tak laku. Cuba bawak sekeping 5sen ke kedai, apa yang boleh dibeli agaknya. Gula-gula? Asam masin? Main tikam? 

Budak-budak sekarang pun dah pandai merungut kalau diberi duit syiling di hari raya. Aku pernah terkena bila bagi duit syiling kat budak-budak yang datang beraya kat rumah. Dengan selambanya ketua kumpulan diaorang sound, "Ek eleh!! 50sen jer?" Caitt!! hampeh betol lah budak-budak sekarang. Masa aku kecik-kecik dulu, dapat 50sen dah kira mewah sangat. Banyak benda boleh dibeli dengan 50sen tu.

Waktu aku masih belum baligh, pergi ke sekolah cuma berbekalkan duit 30sen jer. Kadang-kadang bawak 50sen. Itu pun dah cukup bersyukur kerana ada duit belanja. Kalau bawak 30sen, aku cuma boleh beli nasik lemak sebungkus. Dua tiga kali suap dah habis. Selalu jugak bila lihat kawan-kawan sekelas makan nasi minyak, aku cuma mampu telan air liur. Kalau tak der kawan belanja atau berkongsi minuman, aku minum air paip jer lah dengan aksi seolah-olah berkumur. Kalau bawak 50sen, dapatlah beli air sirap yang berharga 10sen. Baki 10sen lagi bawak balik simpan dalam tabung.

Tuesday, October 26, 2010

Liquid Paper

dah tengah hari...ingatkan nak tidur2 ayam jer lepas subuh. last2 langsung terlena sampai pukul 11 lebih. hohoho.. what to do, sejak semalam sampai subuh tadi hujan turun. sejuk bukan main mengalahkan aircond. bangun tidur terkedip2 mata. tgk skrin h/phone, byk nya mesej masuk. check satu persatu sampai lah ke mesej yg adik hantar. baca baca..aik!! bila masa pulak adik aku start buat design baju pengantin ni? setahu aku masa study dia amik bidang kejuruteraan, ni tetiba tukar profesion plak..lantaklah asalkan ko berjaya dik.

oh ya.....berbalik kepada tajuk entry hari ni. ingat lagi tak masa luquid paper mula2 diperkenalkan dulu? masa tu aku masih disekolah rendah. selalu keluar iklan benda ni dlm tv. tak silap aku siap ada lagu sekali..."liquid paper, luquid paper, padam segera~". mmg femes kejap benda ni dulu. masa tu kalu sebotol liquid paper mmg dikira kaya ah sbb kawan2 yg lain pakai pemadam yg kaler biru tu jer..padam sampai terkoyak kertas dibuatnya.