Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Penutup Tahun 2011

1st. nak ucapkan terima kasih kpd kawan2 yg sampaikan ucapan hepi besday to me. Mekacih mekacih.. Ku sudah tua maaaa...

Tinggal beberapa hari lagi sebelum masuk tahun 2012. Dah tiba di penghujung tahun ni, malas sesangat nak update blog. Jarang aku terpacak lelama kat blog. Banyak habiskan masa main games jer kalau x der keja nak buat. Kengkawan yg add aku kat fesbuk, dapat ler hai hai kat sana. Status jer online tapi aku ntah ke mana..

Kering idea nak taip apa. Jadi aku tampalkan jer gambar2 masa aku pi seminar minggu lepas kat seremban. Last seminar utk tahun 2011. Nak story panjang lebar tak pandai lah pulak. Jadi biarkan gambar yg bercerita..

Monday, November 28, 2011

November Rain

Salam awal muharam..

Last entry utk bulan ni. Tak leh nak taip panjang2 dgn sebelah tangan. Actually last thursday aku ter'eksiden masa on d way nak pi lunch. Hasilnya, tulang jari kelingking dan jari manis tangan kiri retak. Nasib tak patah. Kalau tak sure aku sue driver van tu. Dah terang2 kesalahan dia tapi tak mengaku.

Sebelum aku stop, aku tinggalkan sekeping gambar utk korang renung-renungkan.


Thursday, November 10, 2011

Comel Si Budak Comel

2-3 hari ni bila masuk opis, asyik tengok jam kat dinding jer. Mengira detik untuk balik. Beginilah keadaannya bila student cuti. Sekarang ni asal balik jer mesti bermandi hujan. Tapi aku suka dlm duka. Suka sbb mmg hobi aku mandi hujan sejak kecik lagi. Duka sbb malas nak basuh pakaian time musim hujan ni. Lambat kering.

Lupa nak wish "selamat hari raya" kat kengkawan. Kira aku foward ke tahun depan lah ucapan ni. Tak der yg special pun raya kali ni. Tak rasa mcm raya pun. Biasa2 jer. Nasib ada ketupat kat dapur. Bolehlah aku melantak sambil tengok org sembelih lembu. Dulu masa kecik2 tiap kali tengok lembu kena sembelih, mesti aku menangis sbb kesiankan lembu tu.

Dah melarat aku terpesong ni. Berbalik kpd tajuk entry ni. Aku perhatikan sejak oktober 2010 bila tersiar entry pasal budak perempuan comel (boleh rujuk kat popular post di sebelah), setiap hari ada jer yg search pasal budak comel kat google then terus terpaut ke blog ni. Dah jadi top lak kat enjin pakcik google. Ramai yg mengidamkan anak comel.

Sebaiknya bagi ibu2 mengandung, sila amalkan membaca Surah Yusuf untuk memperolehi anak yang comel. Amalkan jugak membaca Surah Al-Fatihah, Maryam, Luqman, Hujurat, Yasin, At-Taubah dan An-Nahl. Selain itu, sila jaga perlakuan kerana apa yang ibu2 dan bakal ibu lakukan akan mempengaruhi sifat bayi yg bakal dilahirkan nanti. Semoga kita semua dikurniakan anak yg comel baik dari segi rupa mahupun akhlak.

Tapi seandainya dikurniakan anak yg kurang comel pada pandangan mata, janganlah pulak menyisihkan dia. Seburuk-buruk dia, walaupun tidak sempurna tapi dia tetap anak kamu. Sayangi dan peliharalah dia sebaik mungkin kerana di dunia ini, setiap ibu adalah malaikat kepada anak yg dilahirkannya.

 Masa kecik ni nampak comel sesangat

 Sekarang masih comel lagi kah?

Tetiba rasa mengantuk pulak pagi ni.. Huarghhh!!

Time kasih kerana sudi membaca...  :p

Thursday, October 06, 2011

Steve Jobs - Passed Away

sumber : Apple

Gajah mati meninggalkan gading, 
Harimau mati meninggalkan belang, 
Steve jobs mati meninggalkan Apple...

Apa akan jadi dgn produk iPhone selepas ni? Adakah akan mencanak jualannya atau akan merundum? Apple iPhone 4S yg dilancarkan kelmarin mendapat respon negatif dari peminat iPhone. So, adakah iPhone akan terkubur bersama dgn perginya pengasas Apple ini?

Thursday, September 29, 2011

Ada Apa Dengan Pantang Larang Orang Melayu Lama? Ce kelih, Ce kelih

Sejok zaman mak ayah, tok nenek, tok nyang, tok nyut, tok nyet kita lagi kepercayaan pada pantang larang sangat kuat. Sesetengah pantang larang ni kadang2 tak masuk akal kalau difikirkan secara logik. Sesetengah pantang larang pulak masih praktikal utk di guna pakai walaupun zaman sudah berubah. Meh meh nak share serba sikit pantang larang orang2 melayu lama.

1- Jgn kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu -  Actually tak berselera pun hantu nak jamah punggung korang. Kan lebih sopan kalau kencing duduk. Baru air kencing tak terpercik ke pakaian korang.

2-  Jgn potong kuku waktu malam, nanti dtg sial - Mmg sial pun. Waktu malam penglihatan tak berapa jelas. Kan terpotong sekali dgn isi, tak ke korang meraung.

3-  Jgn mengintai org mandi, nanti mata ketumbit - Mana ada ketumbit. Aku masa budak2 dulu pun acap kali gak mengintai tapi x kena ketumbit pun (opss!!! pecah rahsia). Mmg tak senonoh mengintai org mandi especially pompuan. Haram!!! Kalau dah rasa gatal sesangat, kahwin je lah. Nanti hari2 boleh tgk..free of charge

4- Jgn menyanyi di dapur, nanti kahwin org tua -  Pantang larang ni utk org pompuan jer. Boleh cayer ke? Tapi sekarang bilangan lelaki semakin berkurang. Apa salahnya kahwin org tua kalau dia byk harta..kan kan kan

5- Jgn duduk atas bantal, nanti dapat bisul -  Aku dulu masa kecik2 suka duduk atas bantal. Tapi tak pernah sekali dpt bisul. Korang lak mcm mana? Pernah berbisul kat punggung sbb duduk atas bantal?

6- Jgn bersiul dalam rumah, nanti ular masuk - Pantang larang ni utk bebudak jer. Tak tahu lah boleh percaya ke tak pantang larang ni. Agaknya org2 tua dulu tensen dgn anak2 yg suka bersiul dlm rumah. Bising bising bising.. Sbb tu diciptanya pantang larang ni.

7- Jgn jelir lidah, nanti lidah kena potong - Yg ni pun utk bebudak jugak. Tak senonoh bebudak jelirkan lidah lebih2 lagi kat org yg lebih tua. Tak der adab.

8- Jgn tidur selepas makan, nanti ditindih hantu -  Actually tak der pun hantu nak tindih. Kalau tidur selepas makan tak elok utk proses penghadaman.

9- Jgn makan berlunjur, nanti jadi pemalas -  Bukan ker kalau duduk atau bersila lebih nampak sopan time makan. Tak yah ler nak berlunjur, nanti ada pulak yg tersepak kaki.

10- Jgn makan kepala ikan, nanti jadi bodoh - Rasanya betul kot. Tapi kepala ikan tersangat best dimakan terutamanya kepala ikan merah yg besar. Lebih2 lagi kalau dimasak kari. Fuhh!!! menjilat jari. Siyes tak tipu..

11- Jgn letak pinggang ditapak tangan ketika makan, dikhuatiri akan merampas suami org - Yg ni aku tak sure lah pulak. Org pompuan lebih tahu kot. Ada ke yg rampas suami org sbb selalu mkn mcm tu? ce royak ce royak..

Monday, July 04, 2011

Ada Sesiapa Pernah Guna Syampu Bawang?

 sumber dari Google

Just nak tanya korang semua, ada sesiapa pernah guna pakai syampu Bawang ni? Kalu bebudak diaorang panggil syampu jackie chan. Nak try guna tapi konpius takut2 hasil tak seperti yg diharapkan. Actually aku nak melebatkan balik rambut. Aku perasan sejak 2-3 tahun ni rambut selalu jer gugur time di sikat. Kan nanti kalau biar lama2 terus takder rambut jawabnya.

Jadi kalau korang ada experiance guna syampu Bawang ni, silalah share kat sini... Boleh lahh.. kan kan kan.. Bagitau lah jenis mana yg korang guna.. Utk melebatkan rambut ke, utk atasi keguguran rambut ke. Kalau beli syampu ni rasanya lagi murah kosnya berbanding pergi dapatkan rawatan kat Yun Nam yang beribu riban kosnya tapi tiada guarantee 100% hasilnya. Silap haribulan, duit melayang, hasil tarrak...

Friday, June 03, 2011

Bermula Sebuah Perjalanan

Baru sekarang aku sempat bukak blog. Sibuk sikit dlm 2 hari ni. Balik rumah aku surf internet sekejap jer sebelum tido. Aku telah selamat melaporkan diri ditempat baru pada 1 jun. Ramailah jugak yg turut melaporkan diri pada hari tu. Ada jugak yg aku ternampak kelibat 2-3 orang yg tinggal berdekatan dgn rumah family. Aku dimaklumkan berkuatkuasa 1 jun, kerajaan dah membekukan pengambilan staf baru. Terbayang nasib mereka diluar sana yg tgh berusaha mendapatkan kerja. Semoga tempoh pembekuan ini tak lama.

Selepas mendengar taklimat ringkas, aku dihantar ke bahagian hal ehwal pelajar & alumni. Right timing sbb skrg kat sini tgh sibuk uruskan urusan pendaftaran masuk student baru. Langsung aku ditugaskan utk menjaga kaunter pendaftaran hari isnin nanti. Dah terbayang dlm kepala kesibukan pada hari tu. Huhuhu..

Alhamdulillah, bos kat tempat baru ni friendly. Kawan2 sekerja pun sama. Tak kira apa pangkat, semuanya mesra belaka. Tak sampai beberapa jam berada kat situ, dah hilang segala rasa kekok. Tapi aku cuma berada kat situ dlm 2 minggu jer sebelum dihantar ke kampus cawangan kat bandar. Ok lah sbb x jauh sgt dari rumah aku berbanding dgn induk. Kat situ tempatnya lebih kecil, student tak ramai sangat.

Apalagi aku nak citer ni.. Oh yer, dlm 2 minggu ni aku tiada cuti. Hari2 kerja sampai habis urusan pendaftaran masuk pelajar baru. Tak kisah pun sbb aku dah mula enjoy sikit2 dgn tempat baru ni.. Err..dlm 2 hari ni rasa segar jer mata aku melihat student2 kat sini. huhuhu... Kay, sampai bertemu lagi di lain entry.. Rasa ngantuk lak.. Assalamualaikum..

Wednesday, May 25, 2011

Cuti Sekolah Nanti Meh Datang Ke Terengganu

cilok kat google jer

1st, nak ucap terima kasih kpd semua kengkawan yg wish dlm entry lepas. Dream come true.. Penantian bertahun lamanya dah berakhir. Sekarang kena bersedia mental dan fizikal utk hadapi cabaran ditempat baru. Belum tahu lagi pahit atau manis yg akan aku rasai, harap2 semuanya berjalan dgn baik.

2nd, aku dah jarang bukak blog sekarang. Kalau ada yg tinggalkan komen tu, aku akan jejak balik blog korang nanti. Hari ni dah boleh releks sikit sementara menanti lapor diri kat tempat baru awal bulan dpn. Masa yg ada ni aku cuba menjejak kasih kat blog kengkawan.

3rd, malam kelmarin aku mimpi dah kahwin. Ntah kali yg ke berapa bermimpi mcm ni. Yg tak bestnya, apesal setiap kali mimpi kahwin, aku tak pernah nampak muka isteri aku tuh. Siapakah dia? Aku kenal ke? Apesal rasa mesra semacam jer?

4th, next week dah start cuti sekolah. Dengan rasminya bermula kenduri kahwin diserata tempat. Beberapa keping kad kahwin atas meja aku belum bukak lagi. Esok lusa lah baru aku bukak tgk siapa yg kahwin dan bila tarikhnya..

5th, sempena cuti sekolah ni, apekata kalau korang dtg melancong ke negeri Terengganu. Selain pi cuci mata kat tempat2 menarik, korang boleh lah jugak merasa makan nasi dagang. Kalau rasa boring jln2 kat daratan, boleh jer pergi release tension kat pulau redang atau perhentian. Sekarang ni kalau nak pi kat mana2 tempat mudah jer sbb ada GPS. Confirm tak sesat. Cuma kena selalu pandang pada signboard kalau masuk dlm bandar k.trg sbb banyak jalan utama dan diubah kepada jalan sehala..

Tuesday, May 17, 2011

Meh Teka Meneka Kenapa Aku Happy Today

 
Ihsan dari pakcik Google

Hari cuti yang happy sebab Terengganu menang semalam. Yahoo!! dapat jugak ke final akhirnya. Bertambah best bila lawan di final nanti team Kelantan. Peteh Ganu Peteh vs Gomo Kelate Gomo...

Di hari cuti ni bertambah 1 lagi happy happy aku. Korang tahu apakah yg menyebabkan aku happy? Ce teka ce teka... Esok aku kasi jawapan. Oh yer.. nak kasi hadiah kecik kepada peneka paling tepat. Hadiah apa ekk paling cepat sekali utk sampai ke tangan korang? Hmmm.. aku kasi jer Reload Prepaid RM30 online.

Kasi pembayang sikit utk memudahkan korang meneka..

Dalam gelap munculnya cahaya,
Memimpin tangan ke jalan bahagia,
10 tahun menanti syahdunya ku rasa,
Kini menjelma jawapan gembira...

Monday, May 16, 2011

Anak Penyu Ke Medan Perang


Saat entry ni auto publish, tuan punya blog telah mengatur langkah bak seorang perwira ke stadium untuk memberi sokongan kepada armada perang penyu yang turun berjuang menentang pahang. Lihat jer tiket masuk dan jersi hitam putih yang menjadi bukti bertapa semangatnya aku utk menonton semi final piala FA malam ni. Heee.. Tu belum lagi dgn muka berconteng ala joker yang akan mengubah penampilan aku sebaik saja selesai solat maghrib. Tgk bola tgk bola jugak, amalan wajib jgn dilupakan. Chaiyokk chaiyokk.. Tapi muka berconteng tu tak leh publish kat sini. Nanti ada lak yang berbuih mulut tgk muka ala rockers aku tu... hahaha..

ihsan dari bearing85

Sunday, May 15, 2011

16 Mei, Selamat Hari Guru

Selamat menyambut Hari Guru buat rakan-rakan blogger dan juga mereka diluar sana yang menjawat jawatan pendidik anak bangsa. Jasa, pengorbanan dan budi baik kalian hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Buat kaum ibu, kalian juga adalah guru kepada anak-anak tersayang. Dari kalian, mereka menerima pelajaran pertama..

Note: bzzz sikit. tak sempat nak update panjang lebar.. >_<

Monday, April 25, 2011

Bila Monyet Pandai Bercinta

Bukan manusia jer yg pandai bercinta, haiwan pun pandai jugak. Kalau tak, takkan muncul istilah cinta monyet. Femes monyet ni sampai diabadikan nama spesis diaorang dalam kamus cinta manusia. Cinta monyet hanya  berputik dalam anak remaja. Lebih sinonim dengan budak2 sekolah. Tapi tak tahulah kalau2 orang dewasa atau orang tua pun ada yg masih bercinta monyet. Tak mustahil sebab dunia sekarang mmg pelik. Apa saja diluar jangkaan dan peradaban sering terjadi.

Remaja dialam persekolahan mudah jatuh cinta. Remaja ni mudah jatuh cinta. Tengok jer student pompuan yg lawa, terus rasa nak pikat. Tengok jer student lelaki yg hensem, mula ambil langkah merisik khabar. Bila dah dapat, mulalah jadi mamat dan minah jiwang. Bergayut kat telefon tak ingat dunia. Habis kat telefon, sambung pulak dengan berchatting kat internet. Tapi zaman aku dulu, just bergayut kat public phone jer sbb masa tu handphone belum femes lagi. Internet belum kenal sangat, cuma pernah dengar nama saja. Paling komang spanar kalau berjauhan, tulis surat jer bertanya khabar. Masihkah kau mengingati diriku...? Huk huk huk.. rindu punya pasal.

Cinta monyet bisanya tak kekal lama. Paling lama setakat 3-4 tahun jer pastu putus. Lepas putus, sure akan dpt penganti. Bila sebut pasal cinta monyet, terus teringat pada cinta monyet aku masa form 5 dulu. Ni semua kes terjumpa surat cinta masa mengemas rak buku tadi. Rasanya dah bertahun-tahun surat ni hilang. Rupa2 nya ada terselit dicelah2 buku. Surat ni dihantar kat aku sempena besday dia (pengirim surat ni ler) yg ke 16. Seingat aku dlm banyak2 surat yang dia kirimkan, yg ni paling best sbb diselitkan sekali gambar dia yg cun melecun. Angau sekejap masa tu lepas tgk gambar dia..hahaha. Sepanjang kenal dgn dia, selalu dia panggill aku khairul, bukan fairul. Tak kisah lah asalkan sebutannya dekat dekat nak serupa... ;p

Sudah sudah, malas nak ingat lebih2 kenangan cinta monyet ni. Tapi rasa memang tepat lah org2 dulu bagi nama cinta monyet sbb ada satu persamaan antara monyet dgn manusia. Kalau monyet pandai bergayut kat dahan pokok, manusia pulak pandai bergayut kat telefon. Betulkan kan kan kan.. Samalah mcm aku dulu, tension bergayut kat rumah, sambung pulak kat public phone. Kay ah, korang sendiri pun sure ada cinta monyet kan. Itupun kalau masa zaman sekolah dulu dah gatal gatal nak bercinta. 

Semoga sentiasa bahagia disisi keluarga dan berjaya mengapai cita-cita.. peace

Tuesday, April 19, 2011

You Ask, I Answer


Dalam kepala kosong jer, takder idea yang timbul. Actually aku almost fail utk dapatkan apa yang dihajatkan. So, bila semangat dah kian luntur seperti direndam dalam clorox, idea untuk menulis pun dah kering seperti dijemur tengah panas. Sementara menanti idea segar semula, aku pinjam ler idea seseorang untuk buat entry ni dgn permission dia. Kan kan kan.. kak =sz=. heeeeee

Ok, kalau dalam entry2 sebelumnya tuan blog jarang menjawab apa yang ditanya. So, sekarang korang tanyalah apa2 saja dan seberapa banyak mana pun kalau nak tahu pasal tuan blog dan yg bersangkut paut dengannya. Insyaallah, semua persoalan akan dijawab dan bebas dari sebarang tapisan. Tarikh tutup bila tuan blog dah pengsan mengarang jawapan korang.. huu

Kaunter Pertanyaan Ditutup Pada 
19 April 2011, Jam 12:00 T/Hari

Friday, April 15, 2011

Mereka Juga Punyai Hati Dan Perasaan

Senyumku tak seghairah, Gerak gaya tidak selincah
Mataku tak seayu, Kicau burung pun tak semerdu

Namun ku punya hati, Juga gayaku perasaan
Hidupku yang begini, Kadar waktu diizin Tuhan

Tidak ku minta lahir ke dunia
Tidak ku duga cacat begini
Bukan ku minta kasih dan sayang
Bukan ku rayu bantu simpati

Maafkan wahai teman
Ku menumpang di sudut dunia mencari ketenangan
Sampai masa ku pergi jua...

Tadi entah kenapa rasa sayu jer bila dengar lagu ni. Teringat kat pakcik peminta sedekah depan pintu masuk CIMB bank semalam. Itu bukan pertama kali aku melihat dia, sudah bertahun-tahun lamanya. Berbaju lusuh, berkain pelikat usang dan berkopiah. Walaupun dah acap kali terserempak tapi baru pertama kali tergerak hati untuk hulur sumbangan.

Semalam aku perhati gerak geri perilaku dia. Walaupun ramai yang keluar masuk bank tapi hanya beberapa kerat jer yang menghulurkan derma. Bila ada duit singgah ditapak tangan dia, setiap kali itu dia menadahkan tangan berdoa. Apa yang dia doakan aku tak tahu. Maybe memanjatkan kesyukuran. Ramai peminta sedekah tak merelakan diri mereka mengharapkan sumbangan orang semata-mata. Ada yang terpaksa meminta sedekah kerana kecacatan diri dan jugak kedaifan hidup.

Tetiba rasa insaf sebab kita yang sempurna dan diberi kesenangan hidup ini jarang sangat bersyukur dengan apa yang dimiliki. Yang kaya mahu lebih kaya tanpa pedulikan nasib golongan yang kurang berkemampuan. Yang berkuasa mahu lebih berkuasa walaupun terpaksa menindas golongan bawahan. Aku sendiri ada waktunya tidak bersyukur dengan rezeki kurniaan Tuhan.

Friday, April 08, 2011

Telur Asli vs Telur Tiruan


1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.

2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.

3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.

4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.

5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.

6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.

7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.

8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Semoga takder sesaper yang termakan telur made in china. Kalu terjumpa kat mana-mana kedai atau pasaraya, sila maklumkan kepada pihak berkuasa. Ok ok ok... Nak sambung buat kerja memeningkan kepala....

Wednesday, March 30, 2011

Awas!! Penggemar Tauhu

Korang semua kenal tauhu kan. Korang semua pernah makan tauhu, at least sekali seumur hidup. Tapi tahukah korang macam mana tauhu itu dibuat? 

S
A
Y
A

S
U
K
A

M
A
K
A
N

T
A
U
H
U

Selepas melihat gambar bukti ini, terus aku hilang selera nak beli tauhu kat mana2 tempat sekali pun. Buat sendiri jer lah lepas ni... Adakah korang masih berselera untuk menjamah tauhu? huhuhu...

Friday, March 25, 2011

Bunuh Diri Itu Berdosa


Ni kes yang berlaku petang kelmarin kat KB Mall, Kota Bahru. Nak upload semalam tapi petir dan kilat berdentam-dentum atas langit.

Dah tak der kerja ker orang zaman sekarang selain dari cuba bunuh diri bila berdepan masalah dan tekanan. Dah ke mana hilangnya pegangan agama? Setakat nak terjun dari tingkat 3, boleh patah riuk tulang jer. Better terjun dari tingkat 5 ke atas, baru betul2 mati kalau dah nekad nak bunuh diri sangat. Dunia dunia..

Harap2 tak der lah kalangan ex-gf yang buat kerja bodoh ni selepas meninggalkan aku..huhuhu. Realitinya, bagaimana kamu membunuh diri di atas dunia, begitulah juga yang akan kamu ulangi bila di neraka kelak. Setiap perbuatan ada pembalasannya

Wednesday, March 23, 2011

Petua Mendapat Pasangan - Juzuk Akhir

Ok, dah sampai bab terakhir tips mendapat pasangan ni. Maybe ada yang dah meluat sebab asyik-asyik entry pasal ni. Ok lah tu dari buat entry merapu merabang. At least ada jugak ilmu pengetahun yang boleh dicedok. Kan kan kan... Apa saja yang elok dipraktikkan, do it. 

Apa pun sebelum kita menagih cinta makhluk bernama manusia, adalah lebih baik terlebih dulu kita mencintai Allah swt. Dari-Nya kita akan mengenali erti cinta yang sebenar. Cinta kepada Allah takkan mengecewakan kita berbanding cinta kepada manusia yang belum tentu berakhir dengan kebahagiaan.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenal pasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Tuesday, March 22, 2011

Petua Mendapat Pasangan - Juzuk 2

Sambungan dari artikel/tips sebelumnya. Bahagian terakhir aku publish esok ler. Tak larat nak taip banyak2. Mana yang elok tu jadikanlah sebagai panduan untuk mengeratkan kasih sayang, terutama kepada mereka yang telah berumahtangga.

Oh ya...semalam, sepupu kecil sebelah rumah disyaki pihak hospital dijangkiti H1N1. Confirm nanti orang dari pejabat kesihatan datang buat check-up kat rumah. Ada masa nanti aku ceritakan pasal ni. Mata pun dah ngantuk sangat ni. Dah sampai masa untuk bermimpi jadi mat romeo never die... zzzzz

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

Monday, March 21, 2011

Petua Mendapat Pasangan - Juzuk 1

Kepada yang masih mencari pasangan atau sudah berpasangan tapi belum kahwin, hayati apa yang terkandung dalam artikel Dr. Fadzilah Kamsah ni. Sebab terlalu banyak, terpaksa aku bahagikan kepada 3 juzuk. Apa yang baik jadikan lah panduan..

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.