Tuesday, December 27, 2011

Penutup Tahun 2011

1st. nak ucapkan terima kasih kpd kawan2 yg sampaikan ucapan hepi besday to me. Mekacih mekacih.. Ku sudah tua maaaa...

Tinggal beberapa hari lagi sebelum masuk tahun 2012. Dah tiba di penghujung tahun ni, malas sesangat nak update blog. Jarang aku terpacak lelama kat blog. Banyak habiskan masa main games jer kalau x der keja nak buat. Kengkawan yg add aku kat fesbuk, dapat ler hai hai kat sana. Status jer online tapi aku ntah ke mana..

Kering idea nak taip apa. Jadi aku tampalkan jer gambar2 masa aku pi seminar minggu lepas kat seremban. Last seminar utk tahun 2011. Nak story panjang lebar tak pandai lah pulak. Jadi biarkan gambar yg bercerita..

Wednesday, December 14, 2011

Fasa Baru Dalam Kehidupan

Today usia melangkah ke angka 30. Don't judge me by my past. I'm not in the past anymore. Accept me for who i am because this is me today. Walaupun aku tak dapat buang jauh2 sikap childish, realitinya itulah diri aku yg sebenar.

Today bertambah lagi usia dan tanggung jawab, menjadikan diri lebih matang menempuh ujian dugaan.

Today Allah telah memendekkan lagi jarak pertemuan denganNya. Semakin kurang tempoh beramal, semakin kubur mempersiapkan tempat untuk aku, semakin bersedia malaikat datang menjemput, semakin dekat masa amalan dihitung dan semakin hampir haruman syurga atau azab neraka.

Monday, December 05, 2011

Nak Letak Tajuk Apa Ekk?

Untuk entry ni, korang letaklah tajuk apa2 jer yg berkenan di hati kerana penulis kekeringan idea nak taipkan tajuk yg sesuai.

Dah masuk bulan 12, tahun 2011 dah mula tata titi tutu tanda goodbye. Tahun 2012 pulak dah melambai dari jauh utk menyambut kedatangan kita yg masih bernyawa ni. Mcm mana dgn korang semua? dah tercapai apa yg dihajatkan sepanjang tahun ni? Kalau ada yg belum tercapai, boleh foward ke tahun depan laksss.. 

Alhamdulillah.. 2 sasaran aku utk tahun ni dah tercapai. Paling best bila aku dah diserapkan ke jawatan tetap setelah 10 tahun lamanya setia dgn jawatan kontrak. Semoga di tahun baru islam ni akan dimurahkan lagi rezeki aku. Sebut pasal rezeki, teringat aku pada satu tazkirah sempenan maal hijrah 1433H. Kata ustaz, rezeki kita takkan berkurang kalau kita rajin menderma dan membayar zakat. Malahan akan semakin bertambah. Apalah gunanya ada wang berjuta, rumah bertingkat2 dan tanah seluas benua afrika sekalipun kalau kedekut utk menyalurkan duit ke jalan yg dituntut dlm agama. Terlupakah kita, bila pergi menyahut seruan Ilahi esok2, tiada satu pun harta yg akan dibawa bersama ke lubang kubur. Yang setia melekat ditubuh hanya kain kafan dan berumahkan keranda kayu. Jadi sebagai saudara seagama, aku mengajak kawan2 semua dan juga diri ini agar sentiasa bersyukur dgn apa yg ada. Ringan2 kan tangan utk menderma dan tunaikan kewajipan membayar zakat.

Last entry aku ada story pasal kes eksiden aku. Meh sini nak citer sikit detik2 berlakunya eksiden kecil tu. (Sila baca dgn nada bersyair). Tersebutlah kisah suatu petang, aku punyalah lapar sbb belum breakfast & lunch. Dgn perut kosong, aku pun start motor pergi ke kedai runcit tak jauh dari opis. Dah dekat2 sangat nak sampai kat kedai runcit tu tetiba sorang driver van bukak pintu secara tiba2. Konpem aku tak sempat nak elak lalu dgn gaya seorang pejuang takut mati, aku pun terus langgar pintu van tu. Kesudahannya, aku tergolek jatuh atas jalan. 2 batang jari rasa kebas, sekejap jer dah bengkak. Yg aku bengang driver van tu tak tolong pun angkat aku atau motor yg terlentang atas jln. Dah lah x nak tolong, boleh pulak dia tuduh aku bawak laju. Walpak betul ah!! Kalu aku betul2 bawak laju soheh dah tercabut pintu van tu dilanggar aku. Sepatutnya dia ler yg toleh ke belakang dulu sebelum bukak pintu. Nasib perut tgh lapar. So x der energy nak berdebat dgn driver tu. Yg dtg tolong aku cuma 4 org mat bangla yg bekerja kat kedai runcit tu. Balik dari ke dari runcit aku terus ke klinik. Doc ckp ada tulang yg retak tapi kena dtg semula utk x-ray. Lepas amik pil penahan sakit dan ubat sapu, aku pulang semula ke opis sbb kena OT sampai kol 12 mlm. Tamat cerita..

Apa lagi ekk nak story.. Aku amik kesempatan ni utk meminta korang yg biasa terjah ke blog kak Maya agar sudi2 kan diri berdoa agar dia disembuhkan dari penyakit kronik yg dihidapi.

Aku sedang menghitung hari, detik demi detik. Tinggal 11 hari jer lagi.. Boleh tak kalau nak stop perjalanan masa. Tak pun perlahankan jer agar 11 hari bersamaan 11 tahun lamanya... haii