Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Tuesday, November 23, 2010

Tag Dari Cik Siti - Cinta Pertama Saya


Oh my...tag kali ini begitu ekstrem sekali. Selalunya tag yang pernah dijawab sebelum ni berbentuk soalan. Tapi kali ni kena ceritakan pengalaman cinta pertama. Saper lah yang terkeluar idea buat tag ni.. Kay, aku jawab lah jugak sebagai membalas kesudian cik Siti sweety tweety pussy pussy cat menjawab tag dari aku tempoh hari. ahak!!! 

Kisah ni berlaku masa aku berusia berusia 9 tahun. Masa tu dalam darjah 3 lagi. Aku suka kat sorang budak sekelas. Comel budak ni, chinese look. Rambut acap kali diikat toncang 2. Nama dia.. errr, korang carilah sendiri lagu M Osman yang popular masa era pop yeh yeh dulu. Nama lagu tu sama dengan nama budak sekelas aku ni. :)

Monday, November 15, 2010

Kontrovesi Uncle Seekers Dan Cinta Syyhh

Korang kenal Uncle Seekers? Kalau korang pernah tengok satu rancangan kat tv mengernai operasi menjejaki hantu, korang pasti pernah melihat muka Uncle Seekers ni. Kalu diikutkan, sudah banyak kontrovesi yang dia cipta sendiri. Ingatkan dah menyepi, tup tup start awal bulan ni timbul satu lagi kontrovesi berkaitan Uncle Seekers ni. Kontrovesi kali ni lebih panas bila membabitkan bekas permaisuri agong. 

Antara kehormatan dan keaiban?  Sekadar mencari publisiti atau mendedahkan kebenaran? Mana satu tujuan utama Uncle Seekers ni. Dari komen-komen yang terpampang dalam entry bersiri yang dikatakan oleh Uncle Seekers sebagai 'cinta syyhh' ini, jelas ramai yang tak berpuas hati dengannya kerana dikatakan sengaja mendedahkan semua ini untuk mengaibkan bekas permaisuri agong dan mencari publisiti. Aku tak nak bagi komen apa, lebih suka bersikap tunggu dan lihat kesudahannya. Bekas permaisuri agong mana yang dimaksudkan, korang bacalah sendiri dan nilailah sendiri...

Monday, October 18, 2010

Kisah Sepasang Burung - Kasih Hingga Hujung Nyawa

gambar dibawah telah dirakamkan oleh seorang jurugambar dari Perancis. semoga kita dapat mengambil iktibar dari gambar2 dibawah yang memperlihatkan kasih sayang sepasang burung layang-layang hingga hujung nyawa. kalau seekor burung layang-layang begitu menyayangi pasangannya sebegitu rupa, kenapa tidak kita yang diberi akal, hati dan perasaan untuk menyayangi dan menghargai pasangan hidup kita hingga ke akhir hayat.

tersebutlah kisah disuatu tempat, seekor burung layang-layang betina cedera dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika mencari makanan

Friday, October 15, 2010

Cinta Seorang Lelaki

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul.
Sungguh!
Sampai saya takut nak pengang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…
Sungguh!
Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila… Takut nanti dibakar api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta!

Monday, October 11, 2010

Aku, Dia & dot dot dot: Recycle

C.I.N.T.A. K.I.T.A. satu rasa 
C.I.N.T.A. B.U.T.A. tak bermata lahirnya 
C.I.N.T.A. G.I.L.A. pada harta 
M.A.N.A. C.I.N.T.A.. yang sebenarnya 
C.I.N.T.A. K.I.T.A. sampai bila

itu sebahagian dari lirik lagu yg famous satu masa dulu. kalu dengar acap kali pun tak jemu. lirik lagu ni mempunyai aura tersendiri. kalau tak takkan sampai sekarang masih mampu membuai perasaan. stop! stop!.. aku bukan nak bercerita pasal lagu jiwang2 ni. aku cuma nak singkap kembali kenangan cinta silam. cinta kenangan silam..ohhh~ blueekkkk!! maybe ada yg pernah baca entry terdahulu. ok ok, just kali ni aku nak lengkapkan perjalanan kisah cinta dlm hidup aku. mana yg terkurang dlm entry sebelumnya aku tambah dlm entry ni.

perkataan cinta mula hadir dlm hidup aku sejak dibangku sekolah rendah lagi.sebenarnya cinta ni ada bermacam2 jenis. cintas sejati, cinta cyber, cinta dangdut, cinta monyet (tak sangka ekk monyet pun pandai gak bercinta), cinta antara benua dan macam2 lagi lah. tapi hakikatnya, cinta sejati hanya kepada Allah. betulkan? ok, siapa yg tak pernah dilamun sila angkat kedua2 kaki..hehehe