Showing posts with label Relationship. Show all posts
Showing posts with label Relationship. Show all posts

Wednesday, October 19, 2016

Ayah Pergi Untuk Selamanya

Ahad, 16 Oktober 2016...
Dalam pukul 7.35 pagi dalam perjalanan untuk menghantar isteri ke tempat kerja di hospital, aku menerima panggilan dari mak yang meminta aku segera ke hospital kerana adik bongsu memaklumkan yang ayah tidak sedarkan diri. Hari ni adalah hari ke tiga ayah berada di hospital kerana masalah kesihatan pada paru-paru. Dan ini bukanlah kali pertama ayah dimasukkan ke hospital kerana pada tahun lepas, ayah pernah dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman pada paru-paru.

Selepas parking kereta, aku terus menuju ke tingkat 7 kerana kali ini hati aku merasa sangat berdebar-debar. Sebaik saja kaki melangkah masuk ke wad 7EF, dari jauh aku dapat melihat beberapa orang doktor sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan ayah. Adik bongsu terpaku di tepi tingkat dengan muka yang pucat melihat situasi yang sedang berlaku depan mata.

Aku tak mahu menganggu tugas doktor, jadi aku berdiri di katil sebelah sambil berdoa agar ayah akan sedar kembali. Beberapa minit selepas itu, seorang doktor muda keluar dari sebalik tirai yang menutup katil dan bertanya adakah aku ahli keluarganya. Aku mengangguk dan terus dia menerangkan kedaan sebenar dengan tutur kata yang cukup tersusun rapi.

Kata doktor muda itu, jantung ayah telah terhenti berdengup dan mereka sedang berusaha untuk memulihkan kembali dengupan jantungnya. Mereka akan terus mencuba selama 40 minit dengan apa jua cara untuk menyelamatkan ayah. Dia juga meminta agar semua ahli keluarga aku naik ke atas dengan seberapa segera. Aku hanya mengangguk lemah sambil memohon dalam hati agar ayah dapat diselamatkan.

Jari aku cepat2 mendail no. telefon isteri, meminta dia naik ke atas dengan segera. Melihat adik bongsu terus terpaku membisu, aku mengajaknya keluar dan memintanya menunggu kehadiran mak dan adik2 yang lain di luar wad.

Aku masuk kembali ke dalam wad. Seorang lagi doktor lelaki keluar dari tirai dan mendapatkan aku. Dia menerangkan jantung ayah masih lagi terhenti dan tidak memberikan sebarang respon. Katanya, pergilah masuk dan ajar ayah mengucap. Masa itu, terasa seperti seketul batu berat terhempas atas kepala aku bila mendengar kata-kata doktor itu.

Kaki terasa sangat lemah tapi aku gagahkan juga menghampiri katil ayah. Doktor-doktor dan jururawat yang ada disitu memberikan laluan kepada aku. Seorang doktor perempuan memperkenalkan dirinya sebagai doktor pakar dan memberitahu bahawa mereka sudah melakukan sebaik mungkin tapi tak berjaya. Aku hanya mengangguk dan terus membisikkan kalimah syahadah sebanyak 3 kali. Air mata bergenang...

Aku tak sanggup berada lama disitu dan tersu keluar kembali ke tempat dimana aku berdiri sejak tadi. Lebih kurang seminit selepas itu, doktor muda tadi datang mendapatkan aku. Katanya, ayahku sudah meninggal kerana jantung telah berhenti berdengup. Waktu kematian pada jam 8.08 pagi. Aku terdiam seribu bahasa, berada didalam situasi percaya ata tidak dengan apa yang telah aku dengar. Doktor muda bertanya kalau ada apa-apa soalan tapi aku hanya menjawab lemah "Tidak".

Entah masa mana isteri aku sudah berada di hadapan dan bertanya keadaan ayah. Aku tak tahu nak cakap apa, hanya mengelengkan kepala dan serentak dengan itu, air mata aku tumpah jua. Beberapa kali isteri aku bertanya tapi realiti tetap realiti. Ayah telah pergi buat selamanya... Takkan kembali.

Aku mengajak isteri aku keluar pergi mendapatkan adik bongsu yang setia menunggu saja tadi. Inilah perkataan yang paling susah nak aku beritahu kat dia tapi tetap aku kena beritahu. Inilah kali pertama aku melihat dia menangis sejak beberapa tahun lamanya bila mengetahui ayah dan tiada. Aku redha kehilangannya kerana tiada yang kekal di atas muka bumi ini. Lambat laun pasti akan pergi menyahut seruan Ilahi.

Mak yang tiba tidak lama selepas itu terus memeluk aku sambil menangis teresak-esak. Adik-adik yang lain juga sama. Isteri aku masih lagi menangis sejak tadi. Aku dah kering air mata, selepas menenangkan semua yang ada, aku dan isteri pergi menguruskan urusan untuk mengebumikan ayah. Mujur ada bapa saudara sebelah ayah yang membantu dalam hal ini kerana aku pun masih blurr dengan apa yang dah terjadi.

Masih terbayang di depan mata ketika kali terakhir aku bercakap dengannya sehari sebelum itu. Masih teringat suaranya yang lemah tapi masih cuba untuk bercakap dengan aku. Itulah juga kali terakhir aku bersalam dengannya. Terima kasih ayah kerana menjaga kami dengan penuh kasih sayang sepanjang hayatmu...

Urusan pengebumiannya berjalan dengan lancar dan cepat. Alhamdulillah, kami adik beradik lelaki memandikan sendiri ayah dan mengapankannya. Syukur kerana jenazahnya disolatkan lebih dari 40 orang.

Ingin aku merakamkan ucapan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang telah menjaga ayah sepanjang dia berada di hospital dan berusaha-sedaya upaya untuk menyelamatkannya.

Tiada lagi insan yang sentiasa mengambil berat pasal aku walaupun setelah aku berkahwin,
Tiada lagi insan yang sentiasa menghulurkan kain pelikat bila aku hendak solat,
Tiada lagi insan yang sentiasa menganggap aku sebagai kawannya,
Tiada lagi insan yang dipanggil tokki untuk melayan kerenah cucu kecilnya,
Tiada lagi insan yang sentiasa mendahulukan aku berbanding dirinya,
Perginya tiada ganti, yang tinggal hanyalah kenangan...

Akan aku ingati selalu tangan yang pernah memimpin aku sewaktu aku kecil dulu,
Akan aku ingati selalu tangan yang mendukungku sewaktu aku kecil dulu,
Akan aku ingati selalu tangan yang pernah mengusap air mata bila aku menangis,
Aku redha dengan pemergiannya...

Thursday, April 15, 2010

Semalam Dan Hari Ini - Best Friend

Entry ini aku tujukan khusus kpd my best friend.. I hope, today or someday dia akan membaca apa yg aku tuliskan ini. Seandainya waktu itu aku telah tiada, ketahuilah..kamu tetap my best friend. Seribu kemaafan dipinta diatas kesilapan yg telah aku lakukan. Aku telah cuba untuk jernihkan kembali keadaan tapi apa jua yg aku cuba lakukan tak menjadi seperti yg diharapkan. Maafkan ku kerana mengabaikan kamu dahulu.. 

Sunday, July 26, 2009

Friendship

friendship..suatu ketika dulu aku tak hargai erti persahabatan. biarkan dia keseorangan tanpa sahabat utk mengadu. biarkan dia menangis seorang diri kat airport kerana tekanan kerja dan org sekeliling. biarkan dia rasa terasing. dimana aku ketika itu? aku hanyut dlm hiburan dunia.....

entahlah..kenapa baru sekarang baru aku tahu pasal ni. kenapa baru sekarang aku tahu apa yg terjadi pada dia setelah aku abaikan dia, jadikan dia tunggul kayu kat pejabat. berikanlah kesempatan sekali lagi utk aku tunaikan janji yg aku lafazkan dulu. agar dpt aku perbetulkan kesilapan, mengembirakan kembali hatinya yg semakin dingin terhadap aku.

kpd yang sudi, doakanlah agar aku dapat menyatukan kembali ikatan persahabatan kami. aku berharap agar terbuka kembali pintu hatinya untuk menerima aku sebagai seorang kawan. best friend..

p/s: lately, i'm too emotional. semuanya krn seorang best friend yg aku abaikan sejak 3 tahun lepas. kalau ada yg meluat dgn entry aku ni, jgn ler baca ek..

Sunday, December 14, 2008

27 Tahun Sudoh Berlalu

14-Disember-1981 tepat jam 7.29 ptg, sorang bayi dilahirkan di hospital besor kole teganung (ler ni dikenali sbg hospital sultanah nur zahirah). bayi lelaki tu diberi name "wan fairul fakhzan"...aku ler tuh..dlm dunia ni, cume ada sorang jer hok nama gitu...dok tahu ah maybe esok2 ade mok ayoh berkenan nok bui name mcm aku ni..

27 tahun sudoh berlalu, 14-Disember datang balik..kadang2 aku rase mcm baru mareng aku tgk dunia ni..terase baru mareng aku tgk cahaya warna warni for the 1st time dgn mate aku ni.

banyok bende doh aku lalui sepanjang 27 tahung ni...zamang budok2 yg penuh dgn keriangan, zamang sekoloh yg penuh dgn nostalgia, zamang remaje tempat aku belajor jadi seorang lelaki dan jugok zamang dewasa yg cukup mencabor...semua tu jadi kenangan dlm idup aku..

tepat jam 7.29 ptg, cukup ler umor aku 27 tahung..sekejap jer rase mase berlalu..aku rindu sesangat kenangan dulu...kalu diberi peluang utk balik ke zamang dulu, aku rela dipendekkan umor asalkan aku boleh uboh kesilapang yg pernoh aku wat dulu..

dlm banyok2 kesilapang, ade 1 kesilapang yg buat aku terase sapa ler ning..kesilapang tu membuatkan aku kehilangan seseorang yg aku rase cukup bermakne kehadirannye disisi aku.

tapi amende yg berlaku dok leh diuboh doh..yg pergi tetap pergi. tapi jauh disudut hati aku tetap percaye 1 mase nanti dia akan sambut semule tangan aku ni utk capai impian bine ikatan perkawinan..that's why sehingge saat ni aku still lagi single..

bukang tak dok org puan lain yg mari dgn perasaan tapi aku tak mboh permainkan perasaan diaorang..apa gunenya bui harapan kat diaorang kalu hati dan kasih sayang aku hanye kat si dia... 

bile doh semaking dipanjat umor ni, soalan yg sering ditanye dan doh lali sangat aku dengor.."bile nok nikoh?"..huhuhu..nanti ler, ade jodoh aku nikoh ah..sebut pasal nikoh ni boleh kate tiap2 hari ade jer nok tanyer aku..owoss..stop2 ah tanye, kekgi aku bui ah kad jemputan kawin

actually sapa ke saat jari aku menulih blog ni, aku still tertunggu2 ucapan dari si dia..tapi aku tahu sama seperti 2 tahung yg lepah, tak dok ucapan akan aku terime..biar ah, maybe dilain tahung akan ade ucapan tu..

di usia 27 tahung ni harap2 akang jadi titik permulaang kpd kehidupan baru aku...aku berdoa semoge pintu rezeki akang terbuke luah..semoge 1 per 1 aku dpt ape yg aku nok

minggu lepah pihok univeristi ade tepon bagitau aku, yayasan canselor taworkan aku pinjaman utk aku teruskan pengajian sapa abih..hmm, alhamdulillah taworan tu datang disaat ini..aku anggap tu hadioh hari lahir aku...

ok..panjang pulok aku nulih kali ni..maybe sbb mood besday kot..huhuhu

well, esok kene gi outstation..so, aku berblog jauh dari rumoh ah pulok..

sebelum aku letok titik namat utk coretan kali ni, kelih kiri kelih kanan, sorang diri jer kat umoh hari ni..so, aku nyanyi ler sorang diri and makang kek ni sorang diri..saloh pulok beli kek besor. dak per ah, aku bui ah separuh ke jiran sebeloh umoh kekgi...huhuhu

happy besday to me, happy besday to me,
happy besday to me, happy besday toooo meeee...

fuhhh!!! tiup metol lapu. dok ingat setarang beli lilin nok pacok atah kek..huhuhu..kire ok ah tiup metol lapu pun..ya-ha!!!!

Wednesday, December 10, 2008

Hari Yg Memboringkan

today, terperap kat opis..boringnya. doh biasa buat keje luar opis, bile sesekali terperap kat opis..mak aihh tension giler.

.

hari ni aku tgk jer sayangku pakai baju kaler hijau sedondon, cute sangat...dia masih lagi pakai selendang hijau tu, tak sure samada itu selendang yg sama seperti yg pernoh aku bagi sbg present kat dia dulu. tapi tu lah, cume memuji dlm hati jer..nak pi dekat mcm ada china great wall antare kitaorang. ntah ler, sapa biler nok jadi gini..

.

sometimes aku rase doh give up...kalu lah satu2 nya option yg ada utk padamkan kebencian dia kat aku, adalah dgn melangkoh pergi dari situ..aku akan buat asalkan hilang segale rase benci dia tuh...tapi tu lah, dia dok pernoh lagi bersuara sejok kejadian tuh. 

.

sometimes rase nok pakse jer dia luahkan apa yg terpendam, tapi aku kesiankan pulak tgk dia terbeban dgn keje yg bertimbun. aku tak mboh peningkan lagi paler dia tuh..biar ler..

.

sometimes aku nok luahkan jer, aku masih sayangkan dia sampai sekarang...semakin aku cube lupekan dia semakin kuat ingatan aku kat dia..arghh!!!! bencinya

.

apa yg pasti, sikit masa lagi aku akan pergi jugok..samada ke tempat keje lain or menyambut seruan Ilahi..

.

sementara masih ade mase ni, aku nok buat apa yg terpikir dlm hati. biar ler aku bersedih sorang diri tapi aku dok sanggup tgk org depan mata aku bersedih...

.

well...life must goes on.. ya-ha!!!!!!!