Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, November 02, 2010

Sakit perut + Demam + Kek Cokelat

hari yg cukup menyeksakan. dah ler sakit perut sejak semalam, hari ni demam lah pulak. nasib badan. aku ni kalu demam, mmg akan terasa sengal2 kat tulang jari. aku pun tgh refresh memory, apa yg aku makan kelmarin ekk sampai sakit perut. pagi makan nasik goreng dan keropok, petang makan hotdog, anggur dan minum air yogurt limau. maybe air yogurt limau tu kot tak serasi dgn perut aku ni.

alhamdulillah siang kelmarin hujan sekejap sebelah pagi jer.. malam tadi barulah turun lebat balik. memandangkan cuaca ok siang tadi, aku balik ler rumah family. kalau ikutkan mmg dah rasa panas satu badan dan perut tak ok tapi tak leh dilayan sgt sakit ni. kena gagahkan diri..kalau dilayan sakit alamaknya terdampar atas katil jer lah... kay, sampai rumah tetiba dtg mood nak try masak kek coklat tuh. buka kabinet dapur tgk semua bahan2 ada kecuali coklat masakan jer tak dok. buat jer lah..lagi pun terasa lapar ler pulok.

Friday, October 29, 2010

Mengidam Kek Coklat aka Chocolate Cake

semalam termimpi makan kek coklat..hohoho.. kes dah lama memendam rasa nak makan kek coklat, sampai terbawak2 dlm mimpi. terjaga jer, terus jilat tepi bibir tapi tak der rasa coklat pun..sah lah hanya dlm mimpi jer aku mkn kek coklat tuh. lepas solat jumaat tadi, aku terfikir dlm kepala.why not aku buat sendiri. lagi pun dah lama tak buat kek. yang aku ingat, resepi kek terakhir yg pernah aku buat dlm 3-4 tahun lepas. itu pun dgn pertolongan mak sedara. aku try buat Kek Gula Hangus..tapi kes tersilap langkah, langsung kek tu jadi lembek. tapi habis jugak ditelan oleh sepupu yg kecik2 tuh. minat masak2 ni kes like father like son. ayahnya berjuang dlm dapur kat pelantar minyak, anaknya pula berjuang dlm dapur rumah jer..hohoho

hah!! baru sekejap tadi aku terjumpa resepi kek coklat kat enjin pakcik google. simple dan mudah. alaa...aku mmg suka masak yg simple2 jer.. org bujang lah katakan. hmmm...ramai kawan2 kat facebook cakap untung isteri ko nanti dpt laki yg pandai masak. hahaha!! aku nak tergelak sambil guling2 atas tanah mcm dlm citer hindustan. serius aku tak pandai pun, just follow apa yg disuruh dlm buku resepi. everybody can do it lah. meh2 kita paka try buat kek coklat.. resepi ni aku dapat dari http://sudipkayu.blogspot.com/

Bahan-bahannya ialah: tadaaa!!!!
2 cawan tepung blue key
secawan gula halus
secawan susu pekat manis
secawan milo
secawan serbuk koko
4 biji telur ayam
secawan minyak masak
secawan air panas


Cara-cara nak buat:
satukan semua bahan satu persatu. guna cara manual jer, pakai wisk.
jangan pakai mixer sbb tuan punya resepi ni cakap takut terlebih naik. 
bancuh rata then kukus dalam masa 40 minit

note: ada yg tak tahu apa itu wisk? tgk gambar kat bawah tu...