Showing posts with label Friendship. Show all posts
Showing posts with label Friendship. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Panduan Bersahabat

Sahabat adalah satu dalam seribu. Kehadiran seribu orang kawan belum mampu mengantikan seorang sahabat yang hilang. Hargailah erti persahabatan. Semoga apa yang ditulis dibawah ini menjadi panduan kita bersama…
  1. Ketahanan dalam bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku
  2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul
  3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya
  4. Perkara sensitif seperta gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.
  5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperta rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat
  6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik
  7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan bercakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat
  8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupannya tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita
  9. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Berilah peluang sahabat untuk bersendirian. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain
  10. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Tunggu hingga kemarahannya reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa.  Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut
  11. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan bercerita tentang kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Thursday, November 25, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA!


Salam mesra..  Korang semua kenal encik Ben Ashaari kan. Dia dah buat hal lagi lah. Kali ni Encik Ben dah buka satu segmen baru yang dinamakan SAYA SUKA BLOG AWAK LA!. Mari lah sama-sama menyertai segmen ini. Di samping memperkenalkan blog kawan-kawan kepada blogger lain, dalam yang masa dapat menambahkan lagi ramai kenalan baru dalam dunia blog.

1- Azwa Amani - Teacher to be ini pun rajin mengupdate blog. Walaupun masih baru tapi aku suka terjah blog dia. Kebanyakan entry yang di publishkan di blog dia menjurus kepada nasihat dan renungan. Walaupun baru kenal tapi macam dah kenal lama. Pendek kata teman tapi mesra

2- Lydia Miza - Blogger baru yang tengah hot sekarang. Aku suka layan blog sis LM sebab blog dia simple dan tak berat. Gaya penulisan dia santai dan best untuk dibaca. Dan lagi sis LM rajin mengupdate blog, mesra rakyat, rajin membalas kunjungan dan tak lokek mempromosikan blog kawan-kawan.

3- Lynn Hamzah - Aku selalu berkunjung ke blog kak Lynn sebab suka baca entry yang dipublishkan dalam blog dia. Blog dia tak lah berat dan gaya penulisan pun bersahaja. Kak Lynn ni friendly, rajin membalas kunjungan dan meninggalkan komen. Baru lagi kenal tapi dah rasa mesra dalam dunia blog ini.

4- Eliza Dianna - Blogger yang dah lama aku kenal, sejak sama-sama terjebak dengan friendster. Blog dia lebih menjurus kepada personal/family blog. Gaya penulisan santai dan seronok untuk dibaca. Gambar-gambar dalam blog ini pun cantik-cantik. Tuan blog ini jugak friendly dan comel lote (ayat membodek..huhuhu)

5- Ibu Damia - Blog yang sangat menarik. Kandungan blog ini banyak menceritakan perihal 2 orang puterinya yang comel. Banyak juga gambar-gambar menarik dalam blog ini. Al maklumlah, tuan blog minat bidang fotografi. Waktu blog aku masih bertatih, Ibu Damia lah yang sudi meninggalkan komen kat blog ini

SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG INI dari sis Lydia Miza. Walaupun cuma boleh senaraikan 5 saja tapi tak bermakna blog-blog yang lain tak menarik. Semuanya best. Sebab tu aku tak kisah untuk menziarahi blog korang setiap masa.

Tuesday, November 23, 2010

Khas Untuk Blogger Sis Lydia Miza


Entry ini ditujukan khusus buat sis Lydia Miza. Sempena birthday sis Lydia Miza yang ke-29 hari ini, adik mu  di alam maya ini mendoakan agar sis Lydia Miza dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan tercapai segala impian. Selamat bergembira di hari kelahiran ini, cuma sekali jer dalam setahun. This is last time menyambut di angka 2, same day next year dah bertukar ke angka 3 pulak.

Sunday, November 21, 2010

Award Penghargaan Buat Blogger


Dengan penuh rasa rendah diri, buat julung kalinya tuan blog ingin memberikan sedikit penghargaan kepada blogger yang sudi singgah di blog ini dan mencoretkan sepatah dua komen. Kehadiran anda adalah faktor utama blog ini masih bernyawa dan komen-komen anda menaikkan lagi semangat tuan blog untuk terus mencoretkan entry. Walaupun kita tak pernah bersua muka, sekadar membaca coretan dan menatap gambar di blog tapi itu bukanlah tembok penghalang untuk kita membina ikatan persahabatan di alam maya ini.

Award penghargaan ini ditujukan kepada semua blogger lama dan baru yang sudi memeriahkan blog ini. Semoga  anda semua terus aktif berblogging dan sudi-sudikan lah menziarahi blog kawan-kawan yang lain. Dalam dunia blog ini, ada penulisan yang sentiasa bergerak lurus dan ada penulisan yang tergelincir ke tepi. Mana yang baik itu sama-samalah kita jadikan panduan dan mana yang kurang elok sudi-sudikanlah memberi teguran. 

Terima kasih diatas sokongan anda selama ini!! Sudi-sudikanlah menerima award ini...

Saturday, November 20, 2010

Berkawan Untuk Seketika Atau Selamanya?

Aku suka berkawan dengan sesiapa saja yang sudi. Tak kira lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin, tua ataupun muda. Sesiapa saja boleh menjadi kawan. Tiada had dan batasan dalam berkawan selagi saling menghormati. Kawan boleh didapati dimana-mana sahaja. Di sekolah, di tempat kerja, di kampung, jiran sebelah rumah ataupun di alam maya. 

Tapi kawan yang sebenarnya dinamakan kawan takkan kita temui dengan mudah. Berapa ramai kawan kita sudi berkongsi susah senang, tawa tangis? Berapa ramai kawan kita yang tak lokek menghulurkan bantuan saat kita memerlukan? Berapa kawan yang setia bersama kita dari dulu hingga kini? Berhati-hatilah memilih kawan. Biarlah kita tak ramai kawan asalkan kita tak tersilap memilih kawan.

Most important, dalam berkawan jangan sesekali biarkan kawan tahu apa saja tentang diri anda ataupun keluarga. Ada yang boleh diberitahu, ada yang patut disimpan rapi. Bimbang nanti kalau-kalau terputus kawan, habis semua perkara diungkitkan hingga mengaibkan kita.

Suatu masa dulu, aku mempunyai seorang kawan. Kitaorang banyak habiskan masa bersama. Main bersama, belajar bersama, bergelak ketawa, sama-sama menerima hukuman bila membuat salah. Ada yang mengatakan kitaorang bagaikan adik beradik. Masa-masa yang berlalu cukup menyeronokkan. Sehinggalah sampai waktu kitaorang dah tak berjumpa bila masing-masing membawa hala tuju sambung belajar.

Sunday, November 07, 2010

Semalam Bersama Best Friends

semalam aku habiskan masa bersama kawan2 sekerja dulu. 5 orang semuanya. dalam 5-6 tahun ni, memang kitaorang rapat sangat. banyak habiskan aktiviti bersama baik kerja ataupun riadah. diaorang mmg kawan yang best. sometimes aku mmg emotional tapi diaorang sudi melayan perangai aku yang tak menentu ni. dalam 6 orang ni, aku yang ke-2 paling tua tapi paling kebudak-budakkan. yang 4 orang lagi walaupun lebih muda tapi jauh lebih matang dari aku. sesekali dapat berkumpul seperti ni, macam2 cerita yang keluar. kalau diikutkan mmg 4 jam tak cukup utk habiskan cerita masing2. banyak sangat yang nak dibualkan dalam masa yang suntuk ni.

teringat masa sama2 dalam 1 department, dalam 1 seksyen..ke mana2 mmg selalu bersama. makan bersama, main bersama, jalan2 bersama, ponteng bersama dan outstation bersama. hampir semuanya dilakukan bersama. kata orang mcm belangkas. time outstation paling best. pergi balik bersama, menginap dihotel yang sama. sikap saling membantu menjadi pegangan. ringan sama dipikul, berat sama dijinjing. adatlah dalam opis, bukan semua orang berhati baik. ada peluang sikit terus dihentam sepuas2 hati seksyen kita orang. dan paling menyakitkan hati bila orang dalam seksyen sendiri cuba jadikan kitaorang sebagai kambing hitam untuk melepaskan diri dari tanggungjawab. apa pun kitaorang akan sama pertahankan kawan. dah lah, tak baik kan ungkit keburukan orang. yang dah berlalu biarkan berlalu. lagi pun aku dah tak kerja kat situ, so dah tak der kena mengena dgn hal kat situ.

Thursday, November 04, 2010

Blog SeramSunyi - Persahabatan Hingga Akhir Nyawa

sebenarnya jarang aku review blog kawan2. tapi kali ni aku nak korang baca satu blog. kalau lihat nama blog tu mmg nampak macam ada perkara mengerikan yg dipaparkan dlm blog tu. betul, memang blog tu selalu memaparkan cerita seram dan gambar2 ngeri. tapi kali ni bukan nak suruh korang baca cerita seram tu, tapi rekemenkan sangat korang baca entry terakhir yg dipostkan oleh pemilik blog tu. aku baca pun rasa nak menitik air mata jer...betul!! tak tipu. ini bukannya nak buat April Fool atau November Fool. pergilah baca. baru korang tahu.. entry ni berdasarkan kisah benar yg baru saja menimpa pemilik blog ni. klik kat bawah tu utk pergi terus ke entry yg aku maksudkan...

Wednesday, April 28, 2010

Kegagalan

hidup ini bagaikan buah catur. andai tersilap langkah, pasti akan tewas. kalau bijak mengatur langkah, pasti kemenangan menanti. aku selalu tertanya-tanya, kenapa acapkali aku mengalami kekalahan? walau sebaik mana pun telah aku mencuba, tapi disaat akhir pasti aku kalah. mungkinkah kemenangan dah tiada dlm kamus hidup aku. kalau dulu aku selalu dikatakan anak bertuah, tapi sekarang dah jadi sebaliknya. entah lah.. aku gagal untuk menjadi seorang anak yg baik, aku gagal menjadi seorang abang yg baik, aku gagal menjadi seorang kawan yg baik, aku gagal menjadi pekerja yg baik dan aku juga gagal membentuk kehidupan yg lebih baik.

Thursday, April 15, 2010

Semalam Dan Hari Ini - Best Friend

Entry ini aku tujukan khusus kpd my best friend.. I hope, today or someday dia akan membaca apa yg aku tuliskan ini. Seandainya waktu itu aku telah tiada, ketahuilah..kamu tetap my best friend. Seribu kemaafan dipinta diatas kesilapan yg telah aku lakukan. Aku telah cuba untuk jernihkan kembali keadaan tapi apa jua yg aku cuba lakukan tak menjadi seperti yg diharapkan. Maafkan ku kerana mengabaikan kamu dahulu.. 

Wednesday, March 31, 2010

Pertemuan Untuk Seketika

today, aku mendapat kabar berita.. sorang lagi my old fren dari skkmt, (sampulizam@mamat jepun) kembali ke rahmatullah. after 4 months bertemu balik. sepanjang tempoh ni hanya dapat bersembang kat facebook, belum pun ada peluang untuk bertemu muka. now dia dah pergi untuk selamanya. singkatnya pertemuan ni, singkatnya hidup ini.

untuk kisah 18 tahun yg lepas, aku berterima kasih kat dia sbb selamatkan aku dari kemalangan. kalaulah dia tak buat tindakan drastik terjun dari basikal tu, pasti aku dan dia dah melayang nyawa dilanggar kereta waktu melintas jalan. 3 bulan lepas lepas dia ada buka 1 thread kat group skkmt untuk menyenaraikan kawan2 yang dah meninggal dunia. dan hari ni secara langsung dia dah termasuk ke dalam senarai tu.. al-fatihah

Thursday, February 04, 2010

Aku, Hujan & Durian

tajuk entry mcm boleh buat tajuk novel jek. hikss.. malam ni hujan dah turun balik membasahi tanah. dah hampir 2 minggu panas terik. syukur alhamdulillah..mlm ni boleh tido lena. ekk, ntah bila pulak aku tido mlm. dah dekat 2 minggu waktu tido aku selepas pukul 4 lebih. tu pun cuma sekejap jek. kol 6 lebih dah bangun mandi.. tapi walaupun tido tak cukup takderlah pulak bawah mata aku lebam, takder lak rasa pening kepala. cuma dlm 2 minggu ni bibir aku asyik kering dan pecah berdarah. nak kata kurang minum air, tak jugak. paling kurang 3-4 gelas sehari aku minum. tapi kalau nak sabibkan dgn makan maybe kot. skrg ni aku selera makan aku menjunam. sekali or 2 kali jer aku mkn dlm sehari. tu pun makanan yg ringan2 mcm sandwich or kuih. kelmarin pun aku cuma jamah sandwich 3-4 keping. mcm mana nak membesar bagai juara kalu mkn pun tak seberapa..

sekarang ni musim durian ke? kalau pi jalan2 kat pasar mmg banyak buah durian. aku pun tak reti setahun berapa kali musim durian. nak citer pasal durian, aku tak tahu lah pulak omputih pun suka gak makan durian. sebelah tangan tutup hidung, sebelah tangan lagi suapkan isi durian ke dalam mulut. maybe omputih2 ni cuma alahan dgn bau durian, bukan isinya.

 
 mamat sebelah aku tu suka benar makan durian. agak2 nya kat brazil ada tak pokok durian?

 bila pulak si fabio ni nak mai teganu..

oh ya.. aku nak ucapkan tahniah lah kat sorang kawan lama yg secara rasminya dah dpt pangkat ayah semalam. Nasron, semoga rezeki ko bertambah-tambah dgn kehadiran cahaya mata. lupa nak tanya nama baby dia tadi. esok2 lah baru aku tanya.. ngeekk 

Tuesday, December 08, 2009

After 7 Years, Baru Sekarang Aku Tahu

kenangan masa zaman sekolah meninggalkan memori manis kpd sesiapa pun yg pernoh menjejakkan kaki ke alam persekolahan. kalau pejamkan mata, tentu masih boleh terbayangkan memori manis semasa zaman persekolahan dulu. saat2 manis bersama kawan2, cikgu2 dan jugak persekitaran sekolah. kenangan masa jadi student masih kuat dlm ingatan aku. sometimes aku boleh termimpi kembali ke alam persekolahan.

16 tahun dah berlalu sejak aku tinggalkan zaman sekolah rendah, skkmt. tapi baru sekarang aku tahu, baru hari ni aku tahu salah sorang kawan lama aku dah lama pergi menghadap Ilahi. 7 tahun selepas pemergian dia, baru hari ni aku tahu. Berita ni pun aku tahu selepas terjumpa balik sorang kawan lama masa zaman sekolah rendah dulu. sehinggakan kelmarin aku masih menyangkakan dia masih ada. Ya Allah, singkatnya hidup ini. aku terasa bagaikan baru semalam bertemu dia, bermain bersama, mkn bersama, belajar dlm kelas yg sama dan balik sekolah bersama. Dan sekarang dia dah tiada. Ya Tuhan, aku tak berkesempatan pun utk menziarahi arwah buat kali terakhir. kalau menangis pun, aku tetap takkan berpeluang utk putarkan balik masa.

walaupun dia dah pergi selamanya, hanya kenangan lama yg masih aku ada sekarang. kenangan bersama dia. setiap kali tersebut nama dia, aku pasti akan teringat kenangan waktu darjah 1 bila mana dia terbongkok2 mencari coklatnya yg terjatuh dlm air tepi pagar sekolah agama. sweet memory...

"Semoga Engkau Ditempatkan Dikalangan Orang2 Yang Beriman, Kawanku Shahrul Nizam"



Sunday, July 26, 2009

Friendship

friendship..suatu ketika dulu aku tak hargai erti persahabatan. biarkan dia keseorangan tanpa sahabat utk mengadu. biarkan dia menangis seorang diri kat airport kerana tekanan kerja dan org sekeliling. biarkan dia rasa terasing. dimana aku ketika itu? aku hanyut dlm hiburan dunia.....

entahlah..kenapa baru sekarang baru aku tahu pasal ni. kenapa baru sekarang aku tahu apa yg terjadi pada dia setelah aku abaikan dia, jadikan dia tunggul kayu kat pejabat. berikanlah kesempatan sekali lagi utk aku tunaikan janji yg aku lafazkan dulu. agar dpt aku perbetulkan kesilapan, mengembirakan kembali hatinya yg semakin dingin terhadap aku.

kpd yang sudi, doakanlah agar aku dapat menyatukan kembali ikatan persahabatan kami. aku berharap agar terbuka kembali pintu hatinya untuk menerima aku sebagai seorang kawan. best friend..

p/s: lately, i'm too emotional. semuanya krn seorang best friend yg aku abaikan sejak 3 tahun lepas. kalau ada yg meluat dgn entry aku ni, jgn ler baca ek..

Tuesday, July 21, 2009

Ego Seorang Lelaki



sometimes aku rasakan aku terlalu ego..keras kepala..tak dengar kata..
sometimes aku rasakan aku terlalu berfikiran negatif..
and sometimes aku rasakan aku terlalu mengikut kata hati..
kesan daripada sikap aku ini, hancurnya sebuah persahabatan

dlm beberapa tahun ni, aku acap kali termimpikan kenangan indah aku dgn dia..
aku rindukan saat2 manis dlm persahabatan ini..
aku rindukan nasihat dari seorang bernama sahabat..
seorang sahabat yg menjadi tunjang kekuatan utk aku tempuh dugaan dlm hidup..
seorang sahabat yg dtg menghulurkan senyuman saat aku bersedih..
seorang sahabat yg dtg menyejukkan hati aku yg panas..

keputusan yg penah dia buat dulu utk memberikan aku peluang utk perbaiki diri..
tapi aku telah jadikan keputusan itu sebagai penamat kpd persahabatan kami..
waktu itu, kejamnya sikap aku hingga mematikan sifat manja dia terhadap aku
waktu itu, kejamnya sikap aku hingga buat dia putus harapan.
waktu itu, kejamnya sikap aku hinggakan acap kali menyakitkan hati dia

sehingga kelmarin, aku masih dgn sikap ego aku..
aku merindui kisah persahabatan kami tapi dari hari ke hari sikap aku semakin membuatkan dia meluat dgn aku..
aku biarkan dia keseorangan didalam tekanan kerja..
aku biarkan dia menangis seorang diri..
aku biarkan dia sendirian walaupun aku tahu saat itu dia kesunyiaan
aku tak meminta maaf walaupun aku tahu aku yg bersalah

walaupun setiap hari aku berdoa kpd Tuhan agar diberikan peluang merasai kembali nikmat persahabatan antara kami tapi aku tak pernah berusaha ke arah itu..
aku hanya berdoa dan berdoa tanpa usaha..
selama ni aku menganggap dia keras kepala, terlalu ego..tapi yang sebenarnya aku yg terlalu ego dan keras kepala..
aku masih ingat saat sebelum dia pergi menunaikan umrah, dia masih lagi dtg kepada aku memohon maaf..

oh my God, manusia jenis apakah aku ini..
dikurniakan seorang sahabat tapi aku tak menghargainya..
sudah 3 tahun setengah berlalu..aku masih dgn ego aku sehinggalah hari ini bila seorang kawan memberitahu aku suatu kebenaran..

Ya Allah, lunturkanlah keegoaan aku ini, berilah aku peluang utk menyatukan kembali ikatan persahabatan ini sebelum aku menutup mata.. berikanlah aku petunjuk, sesungguhnya aku buntu utk memulakan langkah ini. aku ingin bersamanya kembali. aku inginkan kembali kekuatan yg pernah membimbing aku menjadi seorang lelaki dewasa..aku merasa sunyi bila kehilangan dia..

aku rindukan ikatan persahabatan kita, aku rindukan balasan senyuman antara kita.. my best friend, cek yah

i’ve heard it said
that people come into our lives for a reason
bringing something we must learn
and we are led
to those who help us most to grow
if we let them
and we help them in return
well, i don’t know if i believe that’s true
but i know i’m who i am today
because i knew you…

like a comet pulled from orbitas it passes a sun
like a stream that meets a boulder
halfway through the wood
who can say if i’ve been changed for the better?
but because i knew you
i have been changed for good …

it well may be
that we will never meet again
in this lifetime
so let me say before we part
so much of me
is made of what i learned from you
you’ll be with me
like a handprint on my heart
and now whatever way our stories end
i know you have re-written mine
by being my friend…

like a ship blown from its mooring
by a wind off the sea
like a seed dropped by a skybird
in a distant wood
who can say if i’ve been changed for the better?
but because i knew you…

i have been changed for good…

and just to clear the air
i ask forgiveness
for the things i’ve done you blame me for

but then, i guess we know
there’s blame to share

and none of it seems to matter anymore

like a comet pulled from orbit/as it passes a sun
like a stream that meets a boulder/ half-way through the wood

like a ship blown off its mooring/by a wind off the sea
like a seed dropped by a bird in the wood

who can say if i’ve been changed for the better?
i do believe i have been changed for the better

and because i knew you…
i have been changed for good

--> to all blogger & mereka yg diluar sana.. tolonglah hargai ikatan persahabatan yg terjalin. jgn dituruti kesilapan yg telah aku lakukan..

Friday, February 06, 2009

Persahabatan

adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

mereka berkedip bersama

bergerak bersama

menangis bersama

melihat bersama dan

tidur bersama...

meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain

PERSAHABATAN seharusnya seperti itu

kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN...