Kelmarin dalam lipatan sejarah. Setelah 3 tahun lebih mencuba akhirnya berjaya jugak memenangi hadiah utama. Siapa sangka usaha tanpa mengenal penat lelah sudah membuahkan hasil. Kuiz ni betul-betul memerlukan daya ingatan yang tajam dan luas. Err...siyes ni, tak tipu. Aku betul-betul dah menang sejuta dollar. Meh aku tampal bukti supaya korang percaya..
S
E
J
U
T
A
D
O
L
L
A
R
Look..kan dah cakap aku berjaya mendapat sejuta dolar. Tapi dalam games jer lah. Bukan realiti pun..hehehe. Aku dah lama berangan nak masuk contest ni tapi tak kesampaian. Jadi untuk merubat rasa kecewa, aku layan jer games who wants to be millionaire ni. Boleh lah kan. Walau pun cuma dalam games komputer tapi nak dapatkan sejuta dollar ni, dah lebih dari seratus kali aku mencuba sejak 3 tahun lalu.
Ini lah detik-detik kemenangan aku. Aku main hentam jer jawapan tu selepas habis gunakan 3 talian hayat. Kalau korang nak releks kan minda, elok jer layan games ni sekejap. Lama-lama jadi syok pulak melayannya. Saiz pun kecik jer, tak sampai 2MB sebab ianya cuma flash games. Kalau belum ada lagi dalam komputer atau lappy atau netbook, download ler. Kat bawah tu aku dah kasi link utk mendownload..




