Bertemu lagi di episod ke-3. Tak nak lah siarkan pada waktu malam sebab ramai yang takut nak baca...Hehehe.. Kali ni ceritanya tak lah seram cuma sekadar misteri yang tak terungkai. Sampai sekarang pun aku tak tahu macam mana perkara ini boleh terjadi dan bagaiman ia boleh terjadi.
Kisah ni berlaku sekitar tahun 2001. Aku bersama seorang rakan telah dihantar ke luar daerah untuk membuat kerja-kerja pemetaan. Tak jauh pun, cuma 120km dari pejabat. Kerja ni memakan masa selama empat hari. Setiap kali dihantar keluar daerah memang excited sangat masa tu sebab claim perjalanannya tinggi. Lebih tinggi dari gaji bulanan.
Pada hari ke empat iaitu hari terakhir, aku bersama rakan sedang menyiapkan fasa terakhir kerja. Untuk menyiapkan fasa terakhir ni, terpaksalah masuk ke dalam kebun getah dan kelapa sawit. Keluar masuk keluar masuk untuk pastikan hasil kerja seperti yang dikehendaki. Kalau tak sempurna, nanti teruklah kena bersoal jawab dengan pengarah. Siap kerja, kitaorang pun bertolak pulang. Adalah selepas lebih kurang 1 jam perjalanan pulang, berhenti sekejap kat masjid untuk solat asar. Kat sinilah bermulanya kejadian misteri.