Showing posts with label Batik. Show all posts
Showing posts with label Batik. Show all posts

Friday, November 05, 2010

Batik : Kenali Warisan Kita - Bab 1

Batik, dari anak kecil sampai dewasa semua orang mengenalinya. Batik sinonim sangat dengan kehidupan kita seharian sebagai orang melayu. Setiap hari kaum wanita terutama suri rumah sepenuh masa memakai kain sarung batik sepanjang berada dirumah. Selain kain sarung, masyarakat dulu juga menggunakan batik sebagai tudung kepala sepertimana yang boleh kita lihat dalam filem-filem melayu lama. Pekerja sektor awam memakai batik setiap hari khamis. Pakaian seragam pramugari MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis formal dan keramaian. Itu belum lagi dikira perhiasan yang diperbuat daripada batik seperti sarung kusyen, alas meja dan berbagai-bagai lagi. 

Perkataan batik berasal dari perkataan Jawa, 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. 'Ambatik' pula bermaksud melukis, menulis, mewarna dan menitik. Tepat lah kan kerana itulah cara-cara penghasilan batik. Batik merujuk kepada hiasan kain yang memggunakan pelbagai warna dan corak. Teknik batik ini telah diketahui lebih sedekad yang lalu. Kemungkinan batik berasal dari Mesir Kuno atau Sumeria. Batik terdapat dibeberapa negara Afrika Barat seperti Cameroon, Nigeria dan Mali. Manakala di Asia pula, batik terdapat dia India, Sri Lanka, Bangladesh, Iran, Indonesia, Thailand dan di Malaysia sendiri.