Thursday, December 02, 2010

Rupa Bentuk Proton Saga 2010

Proton telah melancarkan wajah baru Proton Saga 2010 bagi pasaran Thailand di Thai Motor Expo 2010. Wajah baru Proton Saga nampak lebih kemas dan bergaya berbanding edisi terdahulu. Kalau nak lihat lebih dekat Proton Saga berwajah baru ni, boleh kunjungi Kuala Lumpur International Motor Show 2010 di PWTC yang akan bermula pada 3-12 Disember 2010, esok lah tu. Sementara menanti hari esok, cuci dulu mata dengan gambar2 dibawah.

Klik pada gambar untuk pembesaran. Sumber : Paul Tan

Aku Yang Tak Terurus

Sejak dua menjak ni rasa sedikit malas nak menguruskan diri. Maybe sebab musim tengkujuh, cuaca sejuk membekukan kerajinan aku. Beberapa perkara yang aku malas nak buat sejak akhir2 ni..
  1. Lalang dah semakin berserabut kat muka ni, rasa malas pulak nak tebas. Padahal bukan susah sangat pun sebab guna pencukur elektrik. Ni kalau anak dara tgk confirm takkan terjatuh hati
  2. Rambut dah panjang tapi malas nak gunting lagi sebab aku tak suka berambut pendek. Tapi tak lah panjang mcm hero citer Asmara tu
  3. Tidur pun cuma 2-3 jam sehari. Malas nak tidur lama2, nanti terkejar2 nak bangun mandi awal pagi
  4. 3 pasang kasut sukan kat luar tu dah lama tak basuh. Ntah dah macam mana baunya
  5. Pakaian dah rasa leceh nak lipat, semua sangkut kat hanger. Yang ini rasa elok sangat sebab kalau lipat, mesti ada kesan lipatan time nak pakai
  6. Nak gosok seluar baju tiap2 hari lagilah malas. Biasanya hari minggu aku akan gosok sebanyak yang mungkin. Kalau boleh satu almari aku nak gosok hari tu jugak
  7. Lantai dalam bilik tidur dah 2 minggu tak vacuum. Mujur tak berapa nampak berdebu
  8. Makan sekali sehari. Ntah kenapa mulut ni rasa malas nak mengunyah sekarang
  9. Memasak pun cuma sekali sehari. Kalau malas goreng daging, kalau malas malas sangat masak maggi jer
  10. Kereta kuda kat luar sana dah berapa lama tak basuh. Yang ni biarkan jer bermandi hujan
Rasa-rasanya macam kena upah maid tak? Boleh tolong kemaskan rumah, boleh tolong masak dan uruskan pakaian. Boleh jugak suruh maid buat assignment. Hohoho... Tapi maid sekarang nak gaji tinggi lah. Dan satu lagi, aku tak mampu nak bayar..huhuhu

Wednesday, December 01, 2010

Tiada Entry Hari Ini

Ini entry merentasi masa. 

Kerana suhu badan tuan blog berada ditahap maksima letusan gunung berapi, maka tiada entry baru utk hari ni. Tuan blog telah dipaksa oleh bondanya pergi mendapatkan rawatan doktor. Ni yang tak sedap hati ni. Kalau suruh pergi beli obat kat farmasi boleh tahan jugak. Janganlah ada sebarang jarum suntikan tertanam ke bahu atau ke bontotku. Tak pun kena tahan kat wad. Selamatkanlah insan yang kerdil ini..

Sekian, tocey tocey