gambar ehsan dari Google
Kenapa aku taip jatuh hati dan bukan jatuh cinta? Rasanya kalau jatuh cinta dah terlalu ekstrem sangat untuk seorang lelaki yg belum cakap "sya suka awak" or "sya sayang awak" or "i love u". Lelaki seperti aku memang ego untuk mengucapkan kata2 seperti tu sbb aku sendiri tak sure samada aku betul2 suka seseorang itu setulus hati atau tak. Suka ke tak suka..
Dalam usia hampir mencecah 3 series sepatutnya aku dah ada calon isteri tapi sampai sekarang aku masih solo. Nak nyanyi sikit... Dulu aku sendiri, kini masih sendiri, tempuhi hidup ini~ lalalala.. Aku bukanlah terlalu cerewet tapi kebanyakan yg aku jumpa, belum apa2 lagi dah tanya itu ini, mintak itu ini. Pening kepala aku kalau baru kenal-kenal dah mula meminta dibelikan itu ini. Ada yg tanya.."awak pakai kereta apa?". Bila aku jawab kereta buatan malaysia, terus dia buat muka tak berkenan. Apa daa..gila kebesian betul. Yang paling aku reject awal2 pompuan jenis gedik2. Time bergambar bukan main over lagi. Time ajak jalan2, gatal betul nak berpimpin tangan, nak bersandar kat bahu padahal baru jer kenal pun. Meremang bulu roma aku dibuatnya. Shohhh shoohh!! Bukan jenis aku nak melayan kegedikan terlampau ni. Aku tak heran secomel mana pun pompuan2 ni tapi kalau perangainya aku tak berkenan, terus aku cakap..reject.
Berbalik kepada tajuk entry kali ni, aku suka berkawan dengan seorang pompuan ni. Just berkawan kay, not bercinta. Sikap dia pun dah buat hati mana2 lelaki cair. Kalau nak dijadikan pasangan hidup, memang lulus pemeriksaan kastam tanpa sebarang sekatan. Sejuk mata memandang kalau pompuan itu suka merendah diri, sopan santun, patuh kpd halal haram yg ditetapkan dlm agama dan ada rupa sikit2. Siapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati~ lalala...nyanyi lagi. Bila pandang terus dup dap dup dap. Sangat suka aku melihat dia tapi...
Tapi aku ni jenis yg sukakan kebebasan. Bila pikirkan pasal berpasangan, langsung rasa macam akan terantai jer kaki nanti. Walawehhh...kawan2 lain dah beranak pinak, aku masih nak terbang bebas mcm burung. After married, dapat ke aku jalan2 sana sini lagi seperti kelazimannya. Masih ada kah kebebasan selepas kahwin? Bukan ke nak pi kemana-mana mesti bawak pasangan sekali..? Adoooiya..semakin aku pikirkan, semakin banyak persoalan bermain dlm kepala. Agaknya aura kahwin belum datang lagi, sebab tu ler asyik pikir yg negatif jer..
Jadi sekarang ni aku berteka teki dengan perasaan sendiri. Adakah aku betul2 sukakan dia atau perasaan yg datang cuma sekadar persinggahan saja. Kalau lempar buah dadu pun belum tentu akan dapat jawapan. Buat solat sunat istikharah tapi belum mendapat petunjuk. Atau petunjuk itu dah ada tapi aku yg masih belum nampak. Or maybe aku still tak leh lupakan old flame? That's why aku tak leh terima kehadiran org baru. Macam mana kalau aku sunting bunga ditaman itu tapi sekerat jalan, dah rasa tawar dgn perhubungan yg terjalin. Too much question without answers.
Psst.. nurse yg pernah aku ceritakan dulu tu dah berpunya. Mana mungkin utk aku merampas milik orang... never
Dah terlewat ni tapi belum terlambat kan utk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu2 sejati diluar sana. Bagi ku, setiap hari adalah hari ibu. Pengorbanan dan kasih sayang ibu tetap diingati hingga akhir hayat.
Dah terlewat ni tapi belum terlambat kan utk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu2 sejati diluar sana. Bagi ku, setiap hari adalah hari ibu. Pengorbanan dan kasih sayang ibu tetap diingati hingga akhir hayat.
