Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H


Assalamualaikum.. Selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua rakan blogger, silent readers, makcik pakcik, kakak abang dan adik2 semua. Semoga kehadiran aidilfitri kali ini dapat menyatukan kembali hubungan yang telah lama terpisah dan mengeratkan lagi silaiturahim sesama ahli keluarga dan saudara seagama. 

Next entry.. maybe seminggu selepas raya baru dapat update blog kembali. Oh ya.. nak umumkan jawapan kepada entry sebelum ni adalah Kek Coklat. Ni nama kawan2 dapat meneka dgn tepat.. Tahniah!!! Hadiahnya top-up tepon sebanyak RM10 seorang.. Kiranya ni duit raya utk pemenang.. :-) 

1- KuNanGKuNanG
2- deqlis

Kepada pemenang, sila emailkan no. tepon anda atau sebarang no. yang anda mahu di top-upkan.. Hantar ke fiverul81@hotmail.com 

p/s: Sorry deqlis, x leh kasi hadiah kuih penganang. Abang posmen semua dah bercuti..huhuhu

Wednesday, August 24, 2011

Teka Meneka Edisi Raya

Actually aku nak upload gambar bebanyak tapi lupa nak bawak kabel tepon. Next time jer lah kalau dtg mood rajin utk mengupload gambar. Bila takder gambar, tak tahu nak cerita pasal apa. Godek godek godek pc kat opis, terjumpa gambar ni. Tapi sengaja aku mengrayscale gambar tuh. Kuang kuang kuang..
 
Cube korang teka aku sedang masak apa atas dapur tuh? Kalau dpt jawab dgn betul nanti aku hantar rombongan meminang. Hachummmm!!! Tak ler, aku kasik jer present kecik. Maybe biskut raya, maybe kuih penganang, maybe duit raya... Huhuhu...
 
 
Oh ya, kasik pembayang sikit. 'Sejenis makanan yg semakin popular dihari raya'. Sebelum raya aku kasi jawapannya. Maybe hari sabtu, ahad atau isnin. Selamat menempuhi baki puasa yg masih ada dan jangan lupa bayar zakat..

Tuesday, August 16, 2011

Cerita Hari Raya

Dah sampai di pertengahan ramadhan. Sekejap jer rasa masa berlalu. Rukuk sujud rukuk sujud, malam ni masuk malam ke 17 solat terawih. Esok pulak Nuzul Quran. Cuti lagi.. Ehh..korang cuti gak ke esok?

Macam mana dengan ramadhan kali ni? Adakah korang memanfaatkannya sebaik mungkin dgn menjadikannya lebih baik dari tahun sebelumnya? Atau pengisian ramadhan kali ni semakin pudar berbanding tahun lepas? Mana yang masih ada lompang sana sini tu, masih sempat lagi utk menampalnya sbb ramadhan masih berbaki 13 hari lagi. Rugi kalau tak gunakan peluang yg ada. Tahun depan belum tentu lagi kita masih bernyawa..

Dengar2 semalam, lagu raya dah berkumandang kat radio. Kat mydin mall pun dah kedengaran lagu raya. Aura raya dah datang. Nafsu membeli persiapan raya dah memuncak. Tapi aku satu habuk pun tak beli apa2 lagi. Rasa sesajer jer hari raya ni. Klimaks raya cuma bila berada dimasjid utk solat sunat raya. Lepas tu aura raya pun surut. Setuju tak kalau aku cakap yg betul gembira dihari raya ni cuma beberapa golongan jer.  

Golongan pertama adalah budak2. Of coz lah kan sebab ni ler time utk kutip duit raya. Satu lagi dapat pakai baju baru sambil menunjuk eksyen kat kengkawan.. huhuhu.. Aku pun mcm tu gak dulu2. Tapi budak2 sekarang ni awal2 pagi raya lagi dah terpacak kat tv tgk kartun. Hari raya pun nak layan tv gak.. Dulu 1-2 hari raya langsung tak tgk tv. Tahu nak beraya kat rumah org jer.. Poket tak usah citer ah. penuh dgn duit raya. Syiling lah.. Zaman dulu boleh bilang dgn jari jer tuan rumah yg kasi duit kertas..

Golongan ke dua adalah pasangan yang baru berkahwin. Mesti best sbb kali ni dpt beraya dgn suami/isteri. Aura kahwin masih tebal lagi. 1st time bersalam dgn pasangan, 1st time hidangkan juadah raya utk pasangan, 1st time pergi jalan2 raya dgn pasangan dan 1st time jugak beraya dgn keluarga mertua. Paling best bile jenjalan kat umah sedara mara dan kengkawan sambil perkenalkan suami/isteri kat diaorang. Everything bagi yg berkahwin ni adalah 1st time..

Golongan ke tiga adalah yang baru menimang cahayamata. Kalau sebelum ni pergi raya berdua jer, kali ni dah bertiga pulak. Paling best bila org kasi duit raya kat baby. Paling x hensem pun mesti org kasi duit kertas warna merah. Lagi lah kembang semangkuk bila org puji baby "Alalala tomelnya. Anak saper lah ni?" huhuhu.. Tapi kalau isteri baru dalam pantang, pi ler beraya sengsorang.. Isteri raya kat umah jer lah.. Tunggu turn tahn depan.

Golongan terakhir, yang pertama kali beraya kat rumah baru. Ni ler peluang nak menjamu kawan2 sanak saudara kat rumah baru. Lagi best kalau buat open house. Tapi letih lah sikit nak melayan tetamu yg tak kunjung habis sampai ke malam. Yang mana belum kenal rumah sebelum ni, ni ler masanya nak kenal2. Kenkadang yg datang tu setahun sekali jer. Time hari raya baru nampak batang hidung..

Kay kay.. berkenaan dengan  "Kepala Pengat" dlm entry sebelumnya. Actually ia membawa maksud.... jeng jeng jeng.. aku sendiri dah lupa apa maknanya. Huhuhu.. Tapi konpem bukan membawa maksud orang yg degil. Sori deh.. lupa ah sbb dah lama sesangat tak guna perkataan ni.. :p 

 Gambar raya tahun lepas. Saja jer nak bangkitkan mood raya korang..huhuhu