maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu...
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu...
pasti ramai yg pernah dengar lagu kat atas tu. best lagu tu..tak boring kalau dengar acap kali.. ni bukan nak bercerita pasal falsafah cinta atau kisah cinta tragis aku. tak der semua tu. kali ni just nak singkap balik sejarah cinta cintun aku yg bermula sejak zaman sekolah rendah lagi. sebenarnya cinta ni ada bermacam2 jenis. cinta sejati, cinta monyet (monyet pun pandai gak bercinta), cinta antara benua dan mcm2 lagi lah. apapun, cinta yg sebenarnya adalah cinta kepada Allah. waktu subuh tadi ntah mcm mana boleh termimpi tulis entry pasal cinta. terjaga jer dari tidur, terus terasa nak singkap balik kisah cinta aku dulu kala.. siapa yg tidak pernah jatuh cinta, sila angkat tangan? hehe..
pantun ini pembuka bicara,
tentang aku dan kisah cinta,
dalam hati ada cinta dia,
dalam mata ada dirinya...
cinta budak hingusan...
sejarah cinta aku bermula sejak zaman sekolah rendah lagi.. masa darjah 3, aku suka kat sorang kwn sekelas. masa tu aku cuma tahu aku suka tgk dia, tak tahu lagi pun pasal cinta2 ni. apalah maksud cinta pun aku tak tahu lagi masa tu. aku suka tgk dia sbb muka dia comel jer (budak2 lagi mestilah nampak comel..hehe). tapi sekadar curi2 pandang jer lah, nak bersembang jauh sekali. kalau waktu pendidikan jasmani, aku suka sgt intai2 dia.. auu cak!! auu cak!! semuanya berakhir bila dia bertukar sekolah. sampai sekarang aku masih ingat nama dia dan mcm mana rupa dia waktu tu. adakah ini cinta dlm diam? hehe.. aku sendiri tak tahu..
cinta baru baligh...
dah masuk sekolah menengah, aku tahulah serba sedikit pasal cinta2 ni. masa tu suka sgt baca cerpen pasal cinta sampai boleh mengelamun sorang2, membayangkan akulah yg pegang watak lelaki dlm cerpen tu. hehe.. masa tingkatan 1, aku suka kat sorang akak senior. alahai kalau pejam mata pun still boleh nampak muka dia. serius, dia mmg comel. boleh dikatakan ratu kat sekolah masa tu. samalah, mcm kisah kat sekolah rendah..cuma boleh pandang2 dari jauh. kadang2 time rehat saja2 jer lalu kat tepi kelas dia, pandang2 jeling2. nampak dia jer, berbunga2 hati aku ni..huhu. tapi mcm tu lah, sapalah diri aku masa tu. pelajar yg tak pernah lari dari melanggar disiplin. adalah sekali 2 dia tangkap aku sbb langgar disiplin. dia tu pengawas, aku student tak berdisiplin. dah mcm air dgn minyak lak. after dia tamat tingkatan 5, aku dah tak jumpa dia lagi. sekarang dah terjumpa balik dia kat facebook. tapi berkawan biasa jer..dah tak der perasaan suka2 tu dlm diri aku. hehe
cinta remaja
tamat tingkatan 3, aku bertukar ke sekolah lain. sepanjang tingkatan menengah atas, aku semakin tercari2 cinta pertama. nampak member 2 bercouple, aku pun terasa nak jugak. asal tgk student yg comel, terus terasa nak tackle walaupun hakikatnya aku tak berani sbb student pompuan yg comel dan popular kat sekolah sure dah ada couple. well, aku pun berkedip2 mata jer lah tgk. tapi dlm diam, ada sorang rakan sekelas suka kat aku. bagaimana aku boleh tahu pasal ni? of coz lah member baik dia yg bagitau. tapi masa tu aku blurrr.. tak tahu mcm mana nak buat aku suka jugak kat dia. tapi kalau dia ada dekat dgn aku, aku akan jadi gelabah tak menentu. pernah sekali masa naik bas bersama, aku dah jadi bengong sgt sampai lupa nak picit loceng. tak pasal2 terlajak jauh dari sekolah. ni semua pasal dia ada kat sebelah..huhu. whatever tak pernah sekali aku ckp aku suka kat dia. bila habis sekolah, lost contact mcm tu jer.. sebenarnya sepanjang zaman sekolah ni, aku berkenalan dgn ramai student. sampai dlm album kecik aku penuh dgn gambar2 diaorang ni. tapi tak 1 pun melekat.. just mcm sekali angin bertiup jer.
cinta telefon
selepas habis bersekolah, aku berkenalan dgn sorang awek. usia dia muda 2 thn dari aku. kisah ni bermula dgn tak sengaja. satu hari dia call tepon rumah aku, nak bercakap dgn sepupu. tapi ntah mcm mana 1st time jawab panggilan tu terus melekat. dlm sehari adalah 1-2 kali bergayut. aku tak pernah pun call dia. dia yg gatal2 nak call aku. sepanjang tempoh beberapa bulan bergayut kat telefon ni, belum pernah sekali aku keluar jumpa dia. kenal dia pun melalui gambar yg dia pos. after dia bertukar ke KL, langsung dah tak terima panggilan dari dia.
cinta surat menyurat
sebelum internet berkembang maju, surat dan telefon lah yg menjadi penghubung. alah, masa tu manalah reti lagi nak guna email. handphone pun belum termampu beli lagi. masa tu sesaper yg pakai handphone, mmg dikira byk duit lah. kadang2 aku terfikir, boleh ke budak2 zaman sekarang survive kalau tak der handphone dan internet? tahun pertama aku kerja, ada sorang pompuan minat kat aku. nak berkenalan dgn aku, dia suruh sorang kawan jadi posmen secara tak rasmi. 1st time terima surat dari dia, aku tertanya2 siapa gerangan pompuan ni. siap lukis gambar kartun lagi kat surat tu. bau bedak usah dikiralah. bukak jer surat, berterabur bedak jatuh atas meja. klasik betul.. bila dirisik diselidik, rupanya dia duk kat tingkat atas jer. lama lah jugak berutus surat ni sampailah di hari lahir aku. dia nak jumpa sbb nak bagi present katanya. well, kitaorang jumpalah kat tangga. tu lah kali pertama sepanjang berminggu2 lamanya aku dpt jumpa dia. mmg malu2 nak ckp. kering idea terus.. tapi yg best bila dpt present. sapu tangan berserta gambar dia. boleh lah tahan. mcm tu lah seterusnya sampai hari terakhir dia kerja kat situ. aku dipaksa amik gambar bersama dia. huh!! apa kes main paksa2 ni. rupanya dia suka kat aku. geram sgt bila aku acap kali mengelak bila dia ajak bergambar. hahaha... sepanjang tempoh berkenalan dgn dia, cuma sekali 2 jer kitaorang bergayut kat telefon, selebihnya main hantar2 surat jer. kesian kat kwn dia yg jadik posmen tu, tak dapat gaji pun. selepas dia tamat kontrak, aku masih lagi terima surat dari dia. surat terakhir yg aku terima waktu tahun terakhir pengajian dia kat utara. lepas tu..tut tut tut tuttttttttttttt~~~~~ mesin hayat pun berhenti. aku pasti dia dah kahwin...
cinta kad raya
aku paling suka terima kad raya. setiap tahun sampai sekarang aku masih terima kad raya. cara tradisional lagi best berbanding cara moden. kebanyakan org skrg ni lebih senang hantar sms/mms jer. save cost katanya. dlm simpanan aku ada berpuluh2 keping kad raya. kebanyakan dari kwn lama. tapi still ada jugak kad raya dari someone yg buat aku tertanya2 sampai sekarang, siapakah gadis misteri ni? bayangkan, setahun sekali terima kad raya dari dia. ayat kat dlm bukan main puitis lagi. boleh cair hati aku bila baca. aku hanya tahu nama dia tapi sekali pun tak pernah lihat mcm mana tuan punya badan. sempatlah 2 kali terima kad raya dari dia. lepas tu senyap mcm tu jer.. agak2 nya lah, kalaulah awal2 lagi dia hantar gambar dia. apalagi kalau org dlm gambar tu tua mcm nenek wook, tergamak tak aku balas kad raya dia masa tu? hahaha
cinta mirc
sebelum wujudnya facebook, friendster dan popularnya YM, korang semua tentu pernah berchatting melalui mirc kan. ekk, tak ingat? hmm..referesh balik memory korang bila lihat gambar kat bawah tu.
waktu tu mirc lah yg paling best sekali bila nak chatting dgn kengkawan. mcm2 nickname yg tersenarai bila login ke dlm mirc. melalui mirc lah aku berkenalan dgn ramai org. kebanyakannya pompuan, of coz lah kan. lelaki, mcm tu lah..hehe. waktu mirc tgh popular, aku suka layan kat pejabat. mentang2 lah line clear, tu lah kerja aku bila punch in. dlm mirc, aku berkenalan dgn sorang student politeknik. aku pun dah lupa nickname yg dia pakai tapi nama bunga lah. adalah dlm 2-3 minggu bermesra kat mirc sebelum aku dicabar oleh kawan2 utk dating dgn budak ni. dah namanya hero, mmg pantang dicabar. setelah sesi pujuk memujuk, akhirnya budak ni bagi green light utk jumpa tapi dgn syarat tak jauh dari flat dia. dgn bangganya aku curi2 keluar dari pejabat utk berjumpa dgn budak ni. hmm..comel jugak. muka iras2 haleeda. tapi pelik bila dia suka tutup mulut masa bercakap. sebelum aku blah, dia dah tak tutup mulut bila tersenyum. Ya Tuhan, aku jadi batu sekejap bila lihat dia senyum. u all know why? of coz lah bukan manis sgt senyuman dia tu tapi gigi dia. gigi ronggak ke? bukan bukan, gigi dia terlampau kuning (org teganu panggil kuning sior). ni dah berapa lama dia tak gosok gigi ni. patutlah selalu tutup mulut bila bercakap. ohh tidakk... hancur cinta mirc aku lepas tgk gigi budak ni. lepas tu aku dah tak chatting lagi dgn dia kat mirc. teruk aku kena gelak sakan bila cerita hal ni kat member2 pejabat.
sebenarnya ada lagi kisah cinta dlm hidup aku, cinta persahabatan. yg ni tak leh kongsi kat sini. terlalu tragis. biar aku sorang jer yg tahu. kan kalau tulis jugak kat sini, ada pulak yg rasa sebak bila baca. huhuhu.. well, seperti kata org..bukan semuanya kita boleh berkongsi dgn kawan2. kay lah, nak pi solat lah pulak. dah dekat kol 3 ni waktu entry ni ditulis. tata titu tutu toto.. ngeekkk~
6 comments:
uishh...banyak nya istilah cinta...macam2 ader...yg penting pengalaman telah mematang kan kita..
betul betul tu. pengalaman tu sangat berharga.. tak boleh dibeli kat mana2..
Kisah cinta yg complete..betul tuh!! Pengalaman itu sgt berharga....Akak doakan fairul akan mendapat cinta dunia & akhirat..so bile nk kahwin nih???
baco sekerat jah..nati nok keno baco balik la kisah cinta awok..best!
~Pn.Ilah~ ntah ler..tak tahu bila akan tamatkan zaman bujang. tgh mencari dan terus mencari..huu
E.L.I.Z.A - kalaulah mummy R/E kena buat assignment pasal kisah cinta, mcm mana ekk..huuu
err..u all ni semuanya asal kelantan kan? huhu
Post a Comment