Entry ini aku tujukan khusus kpd my best friend.. I hope, today or someday dia akan membaca apa yg aku tuliskan ini. Seandainya waktu itu aku telah tiada, ketahuilah..kamu tetap my best friend. Seribu kemaafan dipinta diatas kesilapan yg telah aku lakukan. Aku telah cuba untuk jernihkan kembali keadaan tapi apa jua yg aku cuba lakukan tak menjadi seperti yg diharapkan. Maafkan ku kerana mengabaikan kamu dahulu..
Semalam adalah kenangan yg teramat manis. Bila dipejamkan mata, aku nampak setiap saat yg cukup mengembirakan. Ada waktunya aku tersenyum sendiri bila dibuai kenangan lalu. Hari ini, tiada lagi tercipta kenangan manis. Hari2 yg berlalu terasa terlalu cepat. Masa yg semakin pantas atau aku kah yg mengabaikan masa...
Semalam adalah kenangan yg teramat manis. Bila dipejamkan mata, aku nampak setiap saat yg cukup mengembirakan. Ada waktunya aku tersenyum sendiri bila dibuai kenangan lalu. Hari ini, tiada lagi tercipta kenangan manis. Hari2 yg berlalu terasa terlalu cepat. Masa yg semakin pantas atau aku kah yg mengabaikan masa...
Kalau diberikan peluang, akan aku cuba menebus kembali kesilapan lalu
Kalau diberikan peluang, akan ku hargai erti persahabatan
Kalau diberikan peluang, akan ku berusaha untuk mencantumkan kembali persahabatan ini..
Kerana persahabatan ini tak ternilai harganya dlm hidup aku..
Hargailah sahabat yg berada didepan mata. Kerana sekali kita kehilangannya, belum pasti kita akan mendapat pengganti yg layak dipanggil sahabat. Kawan sentiasa dtg silih berganti, tapi sahabat hanya datang sekali saja dlm hidup kita. Seratus org kawan belum mampu mengantikan seorang sahabat..
Dulu aku mempunyai seorang sahabat tapi aku abaikan dia, membiarkan dia seorang diri dlm kedukaan. Bila dia menangis aku tiada utk menghulurkan saputangan. Bila dia dlm tekanan, aku tiada utk memberi kata semangat agar dapat mengurangkan tekanan. Bila dia keseorangan, aku tiada untuk menjadi teman bicara. Kerana aku bukanlah kawan yg baik..
Seringkali aku bermimpi persahabatan ini terjalin kembali. Tapi mimpi hanya mimpi, sekadar peneman tidur. Hakikatnya ia tak semudah yg disangkakan. Aku tak tahu kenapa aku terlalu beremosi bila teringatkan dia. Kerana setiap kali aku teringatkan dia, setiap kali itu aku teringat balik kenangan lama, kenangan waktu kemesraan terjalin dulu. Waktu itu aku terlalu nakal. Sanggup memungkiri janji dan menbiarkan dia kelaparan menunggu aku. Teruk aku dimarahi oleh kwn2 yg lain kerana perlakukan dia sebegitu. Selepas meminta maaf, hubungan ini semakin erat terjalin.
Kini aku sedar erti kehadirannya dlm hidup. Kerana bila dia tiada, aku terasa sunyi, teramat sunyi.. Apa yg harus aku lakukan? Meminta maaf, sudah aku lakukan tapi kemaafan yg aku pinta bagaikan sudah tak bermakna sekarang. Hatinya dah terluka kerana perbuatan aku. Aku tak sanggup kehilangannya.. Bila dia tiada, aku hilang arah..tak tahu apa yg harus dilakukan, ke mana harus aku tuju. Dia umpama kunci untuk aku membuka pintu2 di hadapan..
Kembalilah my best friend. Orang lain takkan sesekali mengerti perhubungan ini. Bagiku, u are my best friend forever. Sambutlah tangan ku ini.. Kita cantumkan kembali puzzle yg bertaburan itu. Aku tak mampu sempurnakan puzzle itu seorang diri kerana kepingan puzzle terakhir ada dlm tangan kamu..
Along, 15-April-2010