Saturday, April 10, 2010

Pungguk Rindukan Bulan


kenapa pungguk rindukan bulan sedangkan ia tahu mustahil untuk bersama walaupun setiap malam ia merenung bulan. adakah kerana pungguk setia berpegang kpd janji sehingga ia sanggup menunggu bulan sepanjang hayatnya...


bulan oh bulan, turunlah ke bumi. sanggupkah kamu melihat pungguk mati dipanah petir kerana bertenggek atas pokok ketika hujan. kesian pungguk, dalam hujan pun tetap menanti kamu munculkan diri...

pungguk oh pungguk, adakah kamu terlupa. bulan hanya sesuai untuk bintang. seperti bulan yg menerangi bumi di waktu malam, bintang pula menyinari alam semesta sepanjang masa. bukankah nyata bulan dan bintang pasangan sepadan..

bagaimana dengan manusia? kenapa ada yg sanggup menunggu sebegitu lama kerana berpegang kpd janji sedangkan masih ramai diluar sana yg sudi utk mengisi ruang kosong yg ditinggalkan. mungkinkah ini salah satu penyebab yg mencetuskan fenomena semakin ramai yg membujang hingga ke akhir hayat. oh my my my.. kalau fenomena ini berterusan tak mustahil suatu masa nanti manusia pun akan pupus mcm dinasour...

No comments: