Saturday, April 17, 2010

Interview Dan Kabel


esok, interview pertama yg aku hadiri utk tahun ni. baru sekejap tadi dpt panggilan. nak tahu apa perasaan aku bila dipanggil utk hadiri interview? bosan..tak rasa excited langsung. dah bertahun tahun aku naik tangga turun tangga, ketuk pintu sana sini hadiri interview..satu pun tak tersangkut. kalau layak sekalipun, tetap takkan dpt jawatan yg dipohon sbb tak der kabel. sekarang zaman kabel mengkabel. ada kebal cerahlah peluang utk dpt kerja. tak der kabel, jgn harap. sekadar nak buang masa boleh lah. 

pernah aku hadiri interview kat satu jabatan. punyalah lama menunggu, bila sampai giliran aku tak sampai 5 minit dah siap. aik kejapnya..aku tak sempat nak cerita dgn panjang lebar dah disuruh keluar. pompuan sebelum aku punyalah lama di interview. yg satu kes lagi siap ditanya ada tak aku kenal sesiapa kat dlm jabatan? bila aku jawab tak der, terus terang diaorang cakap susah sikit kalau tak der kabel. lain2 tempat pulak ada yg suruh aku sambung study lah.. woit!! aku datang nak mintak kerja, bukan nak apply further study. aku bukan lagi berusia awal 20an, dah dekat 30 dah ni. hampeh... bila lah aku dpt cuba kerjaya lain pulak. dah boring asyik buat benda yg sama...

4 comments:

~Pn.Ilah~ said...

Fairul biasalah adat dunia skrg sape yg ada kabel dialah dpt..akak pon mcm tuh lg lah langsung tak panggil interview sbb nye tak kuasa kabel...so what to do??kita berserah jerk pd Allah..tp tak salah kita berusaha..cayok2..

Mata Hati said...

iyer iyer..tetap berusaha walaupun peluang cuma 1%. bilalah akan ada keadilan dlm sistem pengambilan pekerja..

Adlina Husaini said...

salam tuan umah..dapat panggil interview post apa? gudluck nah..mana tau kali ni ada rezeki..

bab kabel mengkabel ni mungkin ada benar ada salahnya..tapi dah awak sendiri alaminya, tak tau nak kata pa..tapi pengalaman sendiri, guna kabel tak dapat pun tapi bila depends usaha dan doa, alhamdulillah..dapat juga kerja apa yang diidamkan..

Mata Hati said...

interview kat tmpt kerja lama juga cuma berbeza tugasan. penat, masuk pukul 7 pg balik pukul 10 mlm..weekend pun keja. what to do, for this time ni jer peluang yg ada. sambil2 tu plan juga nak angkat kaki kalu dpt offer lain.

tak kisah sgt pasal kabel tu sbb rezeki ditentukan oleh Tuhan. ada rezeki, adalah peluang