kalau ditanya, apa yg paling hebat kat internet sekarang ni? bermacam2 jawapan yg akan diperolehi.
macam mana pula kalau ditanya, apa yg 1st korang bukak bila surf internet? ada sesiapa nak jawab? hallo hallo, operator disini. ah!!..ok ok.. yup, betul sekali. jawapannya facebook. sebelum ni aku dah tulis entry pasal kebaikan dan keburukan facebook. boleh baca kat SINI
kali ni aku nak perkatakan tentang sindrom ketagihan facebook pulak. dalam sehari, pelayan internet seluruh dunia menghabiskan masa sekitar 2-3 jam kat facebook. aku sendiri habiskan masa hampir 14 jam sehari depan komputer. what, 14 jam sehari? opss!! tak payahlah terkejut. dalam sehari mmg sengaja aku biarkan komputer terbuka 7 jam sebelah siang, 7 jam sebelah malam dan bukan bermakna straight 14 jam aku terpacak depan pc layan facebook. tak der maknanya. hanya komputer jer yg terbuka utk jangkamasa tu, aku tak der pun depan komputer. mmg jadi tabiat aku biarkan saja facebook, friendster, tagged dan blog terbukak kat browser walaupun aku dah pergi dating entah ke mana. lagipun aku suka download citer anime, sbb tu aku biarkan komputer terbuka. senangkan, balik rumah jer..citer tu dah siap di download.
berbalik kepada ketagihan facebook ni, kat mana2 tempat kerja sekalipun.. pantang ada masa free, terus layan facebook. tak kiralah golongan profesional atau tidak, pegawai, cikgu dan pekerja bawahan semuanya dilanda ketagihan facebook. kalau aku pergi jalan2 kat mydin mall, mmg ramai yg melayan facebook kat laptop sambil sembang2 dgn kwn kat meja makan. sekitar akhir tahun lepas, aku memang dilanda ketagihan facebook. sampai nak keluar rumah pun malas sbb syok layan facebook. tapi sekarang aku dah berjaya buang sikit demi sedikit ketagihan ni. insyaallah sebelum akhir bulan ni, aku harap dah pulih sepenuhnya dari ketagihan ni. memang ketagihan facebook mendatangkan kesan buruk kpd permikiran dan sikap. nak tahu lebih lanjut, sila baca artikel pasal ketagihan facebook kat KOSMO! Online
2 comments:
hahahah.. memang! awal2 kenai FB tetiba ketagihan melanda! asyik layan dia aje, sampai leka!
tapi bila lelame.. ishk bosan plak, dan nasib baik jugak kompeni block fb ni kat opis.. cuma dibuka mase lunch hour dan lepas waktu kerja sahaja! hahaha..
so dapat la kekang sket ketagihan tu..
sesiapa saja yg guna fb akan jadi ketagih.. dahsyat jugak penangan fb ni..
Post a Comment