esok, aku akan kembali ke tempat kerja lama. after a few months angkat kaki, akhirnya sirih pulang ke gagang jugak. actually bukan nak sgt pun tapi pilihan yg ada sekarang amat terhad. bila jejakkan balik kaki kat situ, sikit pun tak rasa happy. maybe sbb dah tak ada yg menarik. nevermind..ada offer dari tempat lain pasti aku akan angkat kaki (saja nak sedapkan hati..huu). bila aku keluar dari situ tahun lepas, aku dah nekad tak nak balik lagi ke situ tapi aku terlupa masih ada 1 lagi tugas terakhir yg belum aku buat. tugas yg aku tak sempat buat 10 tahun lepas. after siapkan tugas yg satu ni, barulah sempurna satu pusingan. maybe ini sbb kenapa aku dipanggil masuk semula ke situ.
start esok, masa akan berubah. kalau beberapa bulan kebelakangan ni, aku ada free time yg agak banyak. kali ni, masa akan lebih tertumpu pada kerja. kerja seminggu 6 hari atau penuh. masuk pejabat pukul 8am, balik pukul 10pm. 14 jam masa kat pejabat, 10 jam masa kat rumah. kalau ditolak waktu tidur selama 5 jam, cuma tinggal 5 jam saja utk buat apa2 aktiviti. rasa singkat sgt masa tapi itulah yg akan berterusan sampai penghujung tahun. harap2 tak lah aku terperap sampai akhir tahun. semoga selepas aku sempurnakan tugas yg satu ni, akan ada offer dari tempat lain. bolehlah aku pergi dgn semangat baru, membina kehidupan baru. matrade, bila nak panggil ni.. hekkk!!
kalu korang semua masih ada kan best. tak lah aku rasa boring mcm sekarang ni. korang dah angkat kaki, bila lagi nak sampai giliran aku ni. sepanjang hampir 10 tahun kerja kat sini, inilah saat2 yg paling best sekali. everytime, everyday rasa happy. kalu korang ada terbaca blog ni esok2, aku nak ucapkan terima kasih atas semua kenangan manis masa kita bersama dlm 1 team dulu. sentimental lah pulak bila lihat gambar ni. kat mana kunci nak putarkan balik masa ni.. doraemon!! cepatlah datang. aku nak pinjam mesin merentas masa ko sekejap..
No comments:
Post a Comment