Friday, April 16, 2010

Pengutip Derma

"assalamualaikum abang, boleh derma sikit untuk rumah anak yatim..?"
"abang, beli lah cd mengaji ni. 10 ringgit jer.."
"beli lah surah yasin ni sambil menderma.." 


itu ayat yg biasa aku dengar kalau pi jln2 kat bandar. biasanya, yg meminta derma ni terdiri dari kalangan budak2 yg masih bersekolah. kebiasaannya budak pengutip derma ini datangnya dari sekolah2 pondok ataupun rumah anak yatim di selatan thailand, kelantan ataupun dari negeri di utara. jarang kelihatan pengutip derma kat mana2 tempat selain dari hadapan bank. kenapa ek? walaupun ada waktunya aku meragui status pengutip derma ni sbb jauh sgt diaorang dtg tapi tak lah pulak aku mudah2 melabelkan diaorang ni penipu. sbg umat islam, bukan ke kita mesti selalu bersangka baik. selalu lah jugak aku bertanya dulu dari mana diaorang dtg, tujuan derma ni utk buat apa? saja jer tak nak biarkan andain buruk bersarang dlm fikiran aku ni.

ada masanya aku hulurkan jugak sekeping dua. kesian tgk budak2 ni..berjemur tgh panas ada waktunya sampai malam, berjalan sana sini mohon derma dari org yg lalu lalang kat situ. berdasarkan pemerhatian aku, kalau 100 org yg berada kat situ tak sampai 10 pun yg sudi hulurkan derma. yg lain cuma pandang sepintas lalu jer. kadang2 salam pun tak dijawab. buat dunno jer bila budak2 ni beri salam. apalah salahnya berhenti sekejap utk jawab salam..penting sgt ke urusan tu sampai tak boleh nak jawab salam. tapi tak tahulah kalau diaorang jawab dlm hati. kalau tak nak derma, cakaplah baik dgn budak tu. ini tak, ada pulak yg aku dengar  bersunggut "tak habis2 mintak derma". peliklah dgn org zaman sekarang. seriyal pun kedekut.. kalau nak berhibur boleh pulak keluarkan sampai beratus2 beribu2 ringgit.

pernah sekali waktu nak pi bayar loan kereta kat bank, aku disapa oleh sorang budak pompuan. lembut jer suara memberi salam. bila berpaling, alahai comelnya budak ni. terserlah sgt keayuan kat muka budak ni. ntah kenapa rasa ringan tgn jer nak seluk poket seluar. alahai dik, dah malam ni. tak takut ke kalau apa2 terjadi. lagi pun bukan ramai sgt org kat kawasan bank tu. kedai2 pun banyak yg dah tutup. penjaga budak2 ni pun satu hal. dah malam, biarlah budak2 ni balik berehat. tak kesian kat diaorang ke, time siang dah tercegat kat situ, malam pun nak suruh mintak derma lagi. dah kira penganiayaan ni..

2 comments:

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

tak suka dgn sesetengah sindiket yg mengunakan kanak2 suruh kutip derma....kesian budak2 tu kan..

Mata Hati said...

mmg mcm tu lah. serba salah dibuatnya.. nak bagi pun dgn separuh hati sbb kesiankan kat budak2 tu jer