hidup ini bagaikan buah catur. andai tersilap langkah, pasti akan tewas. kalau bijak mengatur langkah, pasti kemenangan menanti. aku selalu tertanya-tanya, kenapa acapkali aku mengalami kekalahan? walau sebaik mana pun telah aku mencuba, tapi disaat akhir pasti aku kalah. mungkinkah kemenangan dah tiada dlm kamus hidup aku. kalau dulu aku selalu dikatakan anak bertuah, tapi sekarang dah jadi sebaliknya. entah lah.. aku gagal untuk menjadi seorang anak yg baik, aku gagal menjadi seorang abang yg baik, aku gagal menjadi seorang kawan yg baik, aku gagal menjadi pekerja yg baik dan aku juga gagal membentuk kehidupan yg lebih baik.
sepanjang 4 tahun kebelakangan ni, aku dah kehilangan punca. aku kehilangan kunci untuk membuka pintu2 yg berada di hadapan. kunci itu sebenarnya pernah berada disisi aku tapi disebabkan keegoan sendiri, kunci itu dah hilang. kunci itu adalah my best fren. waktu dia masih menganggap aku sbg kawan, apa jua yg aku lakukan pasti dgn penuh bersemangat kerana dia akan memberikan kata2 semangat. tapi bila hubungan terputus, aku dah mcm layang2 terputus tali. melayang kesana ke sini tanpa arah tuju. tanpa someone dibelakang, aku tak tahu apa yg harus aku lakukan. sunyinya aku rasa bila dia pergi...

masa yg tinggal beberapa detik ini, aku cuba sekali lagi utk membawa dia kembali dlm hidup aku sebagai seorang kawan. aku mengharapkan tahun ini aku tidak lagi menemui kegagalan. aku harapkan, dengan dorongannya aku akan berjaya membina kembali jln ke arah kejayaan. my blogger fren, doakan lah agar persahabatan ini dapat aku simpulkan kembali... persahabatan ini terlalu bererti bagi aku.
No comments:
Post a Comment