Monday, July 18, 2011

Menjelang Ramadhan - Kenangan Lama

Lama kan aku tak taip entry baru. Siyes mood menulis dah ke laut sekarang. Tiap2 hari aku buka blog tapi tak tahu nak tulis pasal apa. Blog korang selalu aku lawat but as a silent reader jer. Kecuali kalau entry tu aku rasa menarik sangat, baru aku taipkan sepatah 2 komen.. Sepanjang 2 hari ni aku banyak habiskan masa dgn menonton movie baru. Tak der lah sampai pergi ke panggung wayang. Al-maklumlah panggung wayang terdekat terletak kira2 120km dari tempat kediaman aku. Konpem malas aku nak drive jauh2 semata2 nak tengok movie. Better aku tengok jer kat astro 1st atau download kat tenet. Jimat jimat..

Dalam 2 minggu lagi kita semua akan menyambut bulan ramadhan al-mubarak. Bulan yang menjanjikan seribu satu kenikmatan. Didalamnya terkandung pahala berlipat ganda, ketenangan beribadat, ketenangan hati dan kunci utk mengawal nafsu. Bulan ramadhan selalu aku nantikan kehadirannya setiap tahun. Alangkah baiknya kalau setiap bulan adalah bulan ramadhan. Sure korang pernah mendengar lagu nyanyian manbai bersama raihan satu ketika dulu. Lebih kurang mcm ni lah lagu tu.. "ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat ku lalui dgn sempurna." Siyes lagu ni paling aku suka dengar sepanjang bulan ramadhan. Secara tak langsung lirik lagu ni mengingatkan aku utk merebut peluang yg terhidang dlm bulan ramadhan. Mengenangkan diri ini yg terlalu cetek amalan, sayang kalau biarkan ramadhan berlalu begitu saja.

Dah 29 tahun berlalu, dah 29 kali aku berada dlm bulan ramadhan. Sementara mood rajin datang, aku share lah sikit kenangan pahit manis yg aku kutip dibulan ramadhan.

Kenangan 1- Berlaku dlm tahun 2005. Adalah sekali selepas azan isyak, sorang pak syeikh yg entah dtg dari mana mengangkat tgn mengofferkan diri utk mengimamkan solat isyak. Memandangkan gaya dia berpakaian ala-ala imam dari Mekah, pihak masjid dengan berbesar hati memberi laluan utk pak syeikh ini menjadi imam pada malam tu. Solat isyak ada 4 rakaat. Rakaat pertama everything fine. Bacaan pak syeikh ni pun sedap didengar. Sampai rakaat ke dua selepas tahiyat awal, pak syeikh ni tak terus bangun untuk menyambung rakaat ke-3 tapi terus memberi salam. Tercenganglah makmum sekalian.. Tak pernah2 solat isyak 2 rakaat. Ntah betul ke tak pak syeikh ni. Muka pak syeikh ni pun dah nampak blurr semacam. Selepas ditegur oleh imam masjid, bangunlah semula sekalian makmum utk mulakan solat isyak sekali lagi. Mujur kali ni betul2 4 rakaat... Utk solat terawih, iman masjid dah tak kasi chance kat pak syeikh. Undur ke belakang, jadi makmum jer lah..

Kenangan 2 - Sepanjang berpacaran dulu, cuma pernah sekali jer aku berbuka puasa dgn ex. Itulah kali pertama sepanjang bertahun2 perkenalan dan jugak tahun terakhir bersama. Tak nak citer panjang2.. kan nanti jadi jiwang karat pulak..huhu

Kenangan 3 - Pernah sekali waktu aku berbuka puasa dgn kawan2 kat kota bharu, harga yang terpaksa dibayar utk hidangan berbuka teramatlah mahal. Macam makan utk 20 orang sedangkan kitaorang cuma berlima jer. Dah ler tomyam tak best langsung. Dalam tu cuma diletak 2-3 ekor udang kecik jer, yang byknya cuma kuah tomyam. Nasi pulak 3-4 suap dah habis. Mujur ayam golek beli kat tempat lain. Kalau tak konpem lagi mengcekik darah.. Tobat tak nak dah datang kat situ..

Kenangan 4 - Masa usia 14 tahun, aku pernah tak bercakap dgn bonda hampir 3 hari. Semuanya gara2 salah faham. Actually, sebelum tu adalah bonda berleter sikit. Terus aku masuk bilik dan tutup pintu. Tapi tak tersengaja tertolak kuat pintu tu. Berdegum!!! bunyi pintu bilik seperti dihempas. Terkecik ati bonda dgn kelakuan anaknya ni. Ampun!! tak sengaja. Tak der pun niat nak memberontak. Nanti masuk neraka..

Kenangan 5 - Selalunya kalau dah boring berbuka kat rumah, aku akan pergi berbuka kat luar. Acap kali lah jugak berbuka sorang diri kalau takder kwn2 nak join. Selalunya aku lepak2 kat dataran syahbandar. Beli lah nasik ke, kuih ke, pizza mini ke, burger ke. Air pulak konpem air soya. Duduk kat tepi jeti sambil tunggu azan maghrib. Best sesangat sbb boleh layan tiupan angin laut china selatan. Tak der sesape nak kacau... Sesekali bila terlihat kelibat anak2 kecik meminta sedekah, rasa sayu jer. Konpem rasa hangat dlm mata. Alangkah beruntungnya kita masih dikurniakan nikmat makan minum sedangkan masih ramai diluar sana yg kelaparan.

Kenangan 6 - Zaman budak2 adalah paling best sekali. Beberapa minit sebelum berbuka, duduk ramai2 kat tangga rumah tunggu bunyi bedilan meriam dari puncak bukit yg menandakan tibanya wakatu berbuka. Bila dengar jer bunyi degumm!!!!, terus bertaburan lari masuk masuk dalam rumah menjamah makanan. Waktu bersahur pulak sama jugak. Lepas bersahur, duduk tepi tingkap tunggu bedilan meriam yang menandakan tamatnya waktu utk bersahur. Selalunya time mcm ni boleh nampak cahaya merah kesan tembakan meriam. Best best.. Nostalgia betul. Sekarang masih ada lagi bedilan meriam ni tapi dah tak berapa kuat seperti dulu..

Kenangan 7 - Masa atuk masih ada dulu, selalunya dia akan beli banyak kuih utk berbuka. Atuk suka makan manis2. Sekali pergi pasar banyak ler kuih2 yg dibawa balik. Tak kiralah jauh atau dekat, dia cuma kayuh basikal tua jer pergi beli kuih. Tapi selepas sebelah kakinya dipotong akibat kencing manis, berkuranglah kuih2 utk hidangan berbuka. Ish!! teringat pulak kat atuk...

Kenangan 8 - Bebudak zaman dulu bila tibanya bulan ramadhan, macam2 xtvt yg dibuatnya. Zaman aku kecik2 dulu, 1st day ramadhan dah boleh kedengaram bedilan meriam buluh. Sekejap bunyi dari kampung sebelah kiri, sekejap dari kampung sebelah kanan. Depan rumah toksah kiralah. Berderet pelita buluh. Semua tu buat sendiri jer. Selepas jer berbuka, terus turun ke tanah nyalakan pelita2 tu. Comel sesangat kerlipan api2 tu.. Sekarang ada lagi ke macam ni?

Kenangan 9 - Excited sesangat time tibanya bulan puasa ni. Selalunya time berbuka, bermacam2 jenis lauk pauk ada depan mata. Sebut jer apa yg terbayang dlm kepala semuany pasti ada. Ayam percik, ikan percik, ikan bakar, ikan masak 3 rasa, sotong sumbat pulut dsb. Yang sebelum ni jarang sekali dapat makan tapi asal bulan puasa jer, hari2 dapat makan. Tak pun selang 2-3 hari sekali pasti ada lauk tu. Apalagi bila berbuka ramai2 dgn mak pak sedara dan sepupu sepapat. Hari biasa konpem x leh nak berbuka ramai2 mcm ni. Itulah kenikmatan bulan puasa yg tidak ada dlm bulan biasa. Tapi sekarang ni bila masing2 dah kawin, harap hari raya jer lah baru dapat berkumpul mcm ni.

Kenangan 10 - Sejak 6 tahun lepas, time nak membayar zakat, aku suka bayar kat surau tepi opis lama. Sebab kat situ tak sibuk dan mudah nak parking. Satu lagi pakcik yg menjaga kaunter kutipan zakat tu selalu jer tersenyum. Lihat muka dia yg bersih rasa tenang jer. Walaupun kadang2 pembayar zakat bikin kecoh tapi dia tetap senyum melayan kerenah diorang. Tapi sejak 2 tahun lepas dah tak kelihatan pakcik ni. Ntah ke mana dia pergi..

26 comments:

CIKGU NAMAN said...

wow..dasyatnya boleh imbau mcm2 kenangan mcm tu..ingtkn pak sheikh td rebah terus..hehe..

NM02 said...

kalu nak citer hal ramadhan.. mmg tak habis kan. tapi byk2 bulan yang ada, mmg ramadhan yang paling best. mcm2 kenangan ada..

tak sabar nak sambut ramadhan.. moga diberi peluang dan ruang utk ramadhan kali ini. insyaAllah

Lydia Miza said...

salam....


banyak kenangan indah menyambut ramdhan selama 29 kali ye?sis pun dah 29 kali sambut ramdhan,manis dan indah semuanya...syukurlah.ramdhan kali ni pasti lbh meriah krn dah 3 tahun sis tak sambut 1 ramadhan berssama suami..thn ni berpeluang menyambut bersama

Ayuni said...

ala....thn nie puasa kt kl, bestnye klau dpt berbuka ngan dier...kt syahbandar...

azwa amani said...

banyakanyer kenangan.... seronokkan dalam bulan puasa... tapi amani tak pernah merasa berpuasa dnegan arwah mak... dan tak akan dapat sampai bila2.. tggu ngn mak mertua laaa nampaknyer..

Unknown said...

NM02 - byk perkara best terdapat dlm bulan ramadhan. apa yg jarang kita temui di bulan biasa dpt kita temui di bulan ramadhan..

semoga ramadhan kali ni lebih bermakna

Unknown said...

Lydia Miza - w'salam..

alhamdulillah...syukur kerana diberi kesempatan hingga hari ini utk merasia nikmat ramadhan..

pasti lebih bermakna ramadhan kali ni buat sis sekeluarga

Unknown said...

Ayuni - mai ler berbuka kat kt sekali.. berbuka dgn kengkawan2 dan si dia kat dataran syahbandar.. konpem best

Unknown said...

azwa amani -walau hilang satu kenikmatan tapi pasti akan digantikan dgn kenikmatan yg lain dikemudia hari..

yg pergi kita tadahkan doa semoga dia ditempatkan dikalangan org2 yg beriman

Cik TeN10 said...

emm.. tahun ni buat pertama kalinya berpuasa dan beraya tanpa family.. sedih.. tp apakan daya.. nasib seorang perantau..

wlpn masih awal.. nk siwh siap2.. selamat menyambut Ramadhan.. =)

Unknown said...

samalah..sya pun nak ucapkan selamat menyambut ramadhan.. manfaatkan kedatangan bln ramadhan sebaiknya.. jgn ponteng2 pose.. :P

Unknown said...

tak lama jer lagi nak poser

gadisBunga™ said...

panjang. tapi saya baca habis. :)

awak ni sentimental lah!

*saya pernah buka puasa dgn ex bf cuma sekali. tu pun yg no 2. yg 1st, never. sadis kan?

Unknown said...

pejam celik pejam celik Ramadhan dah dtg balik kan, seronok tingat kenangan bpuasa, thn ni km puasa jauh dr mak, dulu rmh sblh je dgn rmh mak blh tumpang berbuka skli, thn ni pandai2 sndiri la...huhu

Slmt mnyambut Ramadhan Al-mubarak!!!

Cik Specky said...

tiap kali ramadhan, tiap kali tu lah ada kenangan ye tak? :)

tmasuk thn ni dh 3 kali ramadhan & syawal tak balik kpg halaman sobsobbsss.. :(

Izwa Kamaruddin said...

syahdu pulak entry nie....

maya amir said...

wahh cool gile, buleh gi berbuka puasa sorang2.. and part bunyi meriam masa nak berbuka tu best gak..
and paling suke part syiekh tu.. aramak, seb baik derang tak biarkan die imamkan solat tarawikh..hehehe

KakD said...

ramadan....bermacam2 kenangan hehehe

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip hilangkan bauan durian dalam kereta

yupppp Ramadan kali ini lebih bermakna... mengharapkan begitu.... teringat waktu menyambut ramadan semasa kecil... penuh dugaan beb

terpatrisinarabadi said...

lagi lama hidup di muka bumi ALLAH ni, lagi byk kenangan ramadhan yg lalu kita tempuh..apapun, seronok bila dapat berkumpul ramai2 utk berbuka puasa, dpt eratkan silratulrahim....

Unknown said...

n@m@n - muka pak syeikh dah pucat masa tu..huhuhu

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~

Uihhhh tak lama lagi dah nak puasa ni....

Aku dah jawab pertanyaan ko tentang Nissan sentra tu.... silalah datang ke blog aku yerr...

generasi nissan sentra

Unknown said...

POSH76 - beberapa hari jer lagi

gadisBunga - sadis sungguh sadis.. nanti jumpa yg ke-3, hingga akhir hayat dpt berbuke pose bersama :)

Siti Hajar - selamat menyambut ramadahan jugak buat akak sekeluarga

Unknown said...

NaDia CoMaNeCi - ku memahami..huhu..
happy fasting

nurHeart - thn depan kena plan balik kg.. dah sarat dgn kerinduan tu

Mrs.Eady - sob sob :p

Unknown said...

maya amir - cool ekk..ekekeke
terasa lagi best puasa time zaman kanak2. kan kan kan..huhuh

MAPPIAU - setiap tahun akan ada kenangan baru

Afzainizam - dugaan menunggu waktu berbuka mmg berat. terasa nak bukak jer peti ais..huhu

Unknown said...

ikatankasihku - setuju :)

Afzainizam - thanks bro.. nice entry...