Di malam yang hening ,
merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan
pertarungan hak dan batil…malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang
baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.
Alam bagaikan mengerti , hujan
rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan
kehangatan suami isteri malam ini.
Satu yang mengesankan ialah
inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih
dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam
pertama bagi mereka.
Sebelum ini , mereka tidak
pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing ,
jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan…tidak pernah mereka berjalan
beriringan…tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa
yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin…Alam pernikahan yang begitu
asing bagi mereka.
Malam semakin larut….Si suami
membasahkan tubuhnya…menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini
yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya
masuk ke bilik belakang yang kosong…agak lama…sehingga memaksa isterinya
mengintip di celahan pintu bilik itu…Alangkah terkejutnya , suaminya seakin
mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil…umpama merintih.
Dia tahu!, apa yang dilakukan
oleh suaminya..dan dia akur…itulah Cinta suaminya yang sejati…dia tidak perlu
cemburu dengan cinta itu…ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya
pada suaminya…tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..
Dia menunggu….berteleku di atas
taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.
Isteri
: Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab
(memakai purdah)
Isteri : Ramai kan yang
berniqab
Suami : Kerana Awak ada Agama
Isteri : Ramai kan yang ada
Agama
Suami : Kerana Awak adalah
Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T
Isteri kehabisan soalan…dia
tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang
saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya
terus tidak melihat wajah awak…tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan
ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak…dan
ketika awak membuka niqab…saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana
itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak Cantik….
Suami : Baiklah beristerikan
perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal…tetapi mempunyai Agama dalam
dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang
berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada
agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar
..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya
mereka adalah bahan bakar di neraka kelak…Wana’uzubillah..
Isteri : Saya juga ingin
cantik…
Suami : Sayang..kecantikan awak
takkan kekal…awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik
selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan…
Suami : Mahukah awak menjadi
secantik bidadari…malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini
sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?
Suami : Ada Caranya…malah tidak
perlu berhabis ribuan ringgit!
Isteri: Yakah..?, tunjukkan
caranya!
Suami : Rasulullah pernah
berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir
lebih baik daripada yang batin.”
Isteri : Saya Kurang faham…
dimana alat-alat mekapnya?
Suami : Rasulullah pernah
berkata ” Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :
“Jika perempuan solat lima
waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada
suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).
Isteri : Bagaimana cantiknya
saya di dalam syurga nanti?
Suami : Tolong ambilkan
Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu …Awak
ada wudukkah?
Isteri : Ada…nanti sekejap..
Suami : Lihat Surah Al-Waqiah ,
“Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung “. (ayat 35 ) , Ibn
Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua
atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan
mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya ”
dan kami jadikan mereka itu gadis perawan ” (ayat 36)
Isteri : Saya belum dapat
bayangkan macam mana cantiknya saya nanti…
Suami : Dalam ayat yang
seterusnya Allah berfirman lagi ” (–tentang wanita-) penuh cinta (–kepada suami
mereka- ) lagi sebaya umur ” (ayat 37) . Dalam Ayat ini , Allah menerangkan
mereka ini-wanita- terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja
manakala suami mereka juga asyik kepada mereka . Cinta mereka hanya kepada
suami mereka sahaja. ( Tafsiran Ibn Abbas)
Isteri : Soheh tu bang…tapi
saya nak bayangkan macamana cantiknya saya dalam syurga nanti..
Suami: Baiklah…tunggu sekejap
saya ambil kitab hadis , lihat , ini ada Riwayat dari Hadis Tabrani , sambungan
dari yang zahir lebih baik dari yang batin…yang saya ceritakan tadi…ingatkah?
Isteri : Oh..ada2 ingat….
Suami : Maka bertanya lagi Ummu
Salamah : Dengan apa ?–yang menyebabkan mereka lebih baik – Baginda pun
bersabda : dengan solat mereka,puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah .
Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit
mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan
dengan perhiasan berwarna kuning –yakni emas- rantai mereka daripada permata
,sikat mereka daripada emas . Lalu mereka berkata : kami kekal –didalam syurga-
dan kami tidak akan mati lagi , kami memperolehi nikmat dan kami tak akan
bersedih lagi, kami akan kekal –didalam syurga dan kami tidak akan berpindah ,
kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah , beruntunglah sesiapa
yang kami (dijadikan )untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami.
Lalu Ummu Salamah bertanya lagi
: Wahai Rasullallah , ada dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang
lelaki , atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan
sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian , cerai atau
lainnya) , kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu
juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga , maka siapa yang akan menjadi
suaminya (didalam Syurga) , Baginda menjawab : dia akan memilih yang terbaik
dikalangan mereka dari segi akhlak . Nah ! Hadis ini dengan jelas menampakkan
kelebihan orang wanita daripada bidadari .
Isteri : Alhamdulillah ..baru
saya faham…maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri2 dari
firman Allah dan Hadis ..maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik
dari bidadari!
Suami : Wanita yang merupakan
ahli syuga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya . Dan nikmat yang
diperolehi oleh wanita atau lelaki didalam syurga adalah sesuai dengan fitrah
kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya , apakah
yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita
akan mendapatkannya ? Pada pandangan saya , orang lelaki lebih berhajat kepada
wanita manakala wanita pula disamping berhajat kepada suami -akan tetapi
kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka . Bukankah semua
ini terdapat di dalam syurga ?
Isteri : Saya tahu sedikit dari
ilmu yang saya kutip..tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri
dari suami saya!
Suami : Ya ..saya juga
muzakarah dengan Awak , lagi satu…bidadari Syurga yang bukan dari kalangan
isteri saya akan memarahi awak juga!
Isteri : hah!..bidadari marah
saya?..kenapa..macamana awak tahu?
Suami : Buka kitab hadis
tadi..baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika
tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya :
Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar
lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi
dari Mu’adz bin Jabal ra).
Isteri : Wah….saya amat takut
jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat
berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta yang utama
adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan
isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (HR.
Ibnu Majah dan Tirmidzi).
Isteri : Alhamdulillah…baru
saya faham sejelasnya…terima kasih abang…
Selepas itu mereka pun
menunaikan tanggungjawab masing-masing…. Sekian
8 comments:
lama menyepi?
tumbs up :)
tajuk menarik, isi pun menarik...
hm, ok tp zaman skang nie nk ke laki kt ponpuan yg x lawa....gelap contohnye...
=) suka~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip servis tayar kereta
uihhh terkesan di jiwa..... susah jugak mencari jodoh bahagia hingga kesyurga ni yerrr
~MH
nice entry!
Apa yg baik sama2 kita kongsikan.. sharing is caring
Post a Comment