Wednesday, December 30, 2009

Pahit Manis Sepanjang 2009



esok hari terakhir tahun 2009. 365 hari semakin hampir berlalu. terasa sekejap betul masa berjalan. mungkinkah masa semakin pantas berlalu ataupun aku yg banyak membazirkan masa. sebelum tahun 2009 melabuhkan tirai, aku nak imbas kembali pahit manis yg berlaku sepanjang tahun ini.

 Manis Ler'ting 
  1. dapat kawan2 baru kat blog dan facebook mcm mummy eymann & riri, mummy aleesya & ayyunie, kak ilah dll
  2. bertemu balik dgn kawan2 dari sekolah rendah setelah 16 tahun terpisah
  3. cuti2 malaysia 3 hari 2 mlm kat pulau redang.. hilang tension sekejap
  4. rezeki tak putus2 sepanjang tahun.. alhamdulillah
  5. koleksi toys aku semakin bertambah.. still childish
  6. dapat upgrade komputer ke tahap maksimun
  7. dah semakin terror main bowling.. ngeekkk
  8. after 4 years, kaki aku dah sembuh sepenuhnya. boleh main bola semula.. yes
  9. travel seluruh terengganu dgn kawan2 sekerja
  10. berjaya atasi fobia mandi laut

 Pahit Ne'pang 
  1. after 7 years, baru aku tahu sorang kawan lama dah meninggal dunia
  2. sepupu aku dan anak kecil dia terkorban dlm kemalangan
  3. kerana kejadian bumbung stadium runtuh, aku kehilangan tempat utk main bowling
  4. kontrak kerja aku akan berakhir tahun ni
  5. beberapa kali aku tertipu. kanapalah aku ni lurus bendul sgt 
  6. hubungan dingin antara aku dan cek yah belum ada jln penyudah. walaupun aku dah cuba cari jln perdamaian tapi hati perempuan mmg susah nak diduga 
  7. tahun ke 4 aku tiup lilin besday sorang diri 
 

 Harapan Ditahun 2010 
  1. semoga rezeki melimpah ruah
  2. semoga dpt berbaik semula dgn cek yah. ini harapan aku yg paling besar
  3. semoga bertemu jodoh dgn someone.. ada ke makcik2 yg sudi menerima aku yg nano nano nih sbg menantu?

Thursday, December 24, 2009

Toys Story

time kita kecik dulu, kita sure pernah kata bestnya jadik org dewasa. bila dah besar, kita akan kata sebaliknya..bestnya kalu jadi budak2 kecik. whatever lah, walaupun dah besar tapi usia tak pernah jadi penghalang utk kita berperangai mcm budak2 kecik like me!! hehehe.. fizikal jer nampak mcm org dewasa tapi perangai still childish. whatever, aku cuma suka kumpul robot jer utk dibuat koleksi mcm gundam & transformers. before start beli robot2 ni, aku pernah plan utk buat koleksi motor2 berkuasa tinggi. motor yg real ekk, bukan toy punya. tapi memandangkan rega sesebuah motor pun dah cecah puluhan ribu ringgit, aku padamkan saja impian aku tuh. kalu pikir2, kalu ada byk motor pun buat apa kan kalu jarang2 sesekali bawak. baik simpan jek duit tu utk masa depan. ngeekkkk..

 
 gundam versi master grade (MG) dan non grade (NG}

 
MG strike gundam

 
yg nih paling aku suka, MG freedom gundam clear ver.. edisi terhad seluruh dunia

  
MG strike freedom. amik masa 2 minggu baru siap pasang..huhu 


 
 NG buster gundam

 
 gundam dari versi high grade (HG)

 
 HG hyperion gundam

 
gundam versi super deformed (SD). kecik jek tapi kena kalerkan sendiri

 
transformers ni nak menyelit gak..kay lah, bagi ruang sikit

p/s: mak arahkan aku pi kursus kawin awal bulan januari nanti. mula2 suruh pi kursus dulu, then suruh kawin lak. aiseyman.. salah 1 punca knp aku belum angkat kaki ke gerbang perkahwinan sbb takut dpt isteri yg tak sesuai, mcm kawan aku tuh. sbb aku ni bukannya jenis pandai nak marah2 org, tinggikan suara, jauh sekali bersikap tegas. kalau dpt isteri jenis queen control..teruklah. patah ler sayap aku yg suka terbang ke sana sini. permulaan thn baru yg menyeramkan...

Friday, December 18, 2009

Birthday Present

besday ke 2+ aku dah berlalu. secara rasminya kini aku berusia 2+ tahun. malam 14hb tuh mak aku dan adik2 ada datang. dibawak sekali apple pie, puding dan mee goreng 1 besen. alahai terharunya, sudi jugak mak dan adik2 buat mkn2 utk aku kali ni. dijemput sekali sedara2 yg tinggal berdekatan. ingatkan sekadar nak kasik present jek. mekacih yer mak, adik2. thn ni dpt ler baju selai kaler merah pemberian mak. susah2 jer mak aku ni. walaupun aku dah berusia 2+ tahun tapi mak tetap layan aku sepertimana dia layan aku masa kecik2 dulu. tak pernah berubah sedikit pun. terima kasih sekali lagi sbb bersusah payah membesarkan aku, mendidik aku hingga aku menjadi sepertimana diri aku sekarang. insyaallah, sampai masa nanti, aku akan bawak mak ayah pergi menunaikan haji sama2...

ada 1 lagi besday present yg aku dpt kali ni. nak tgk? tuh ada kat bawah tu..

transformers lah. buster optimus prime from movie transformers revenge of the fallen. suka, suka sangat. sapa yg kasik present ni ek? rahsia!!! pemberi present tak nak nama dia dipaparkan kat blog ni. tak nak cari publisiti murahan katanya. apa2 lah. mekaceh yer. next year kasik lagi..

mcm tahu2 jer kegemaran aku. haii..pada kalendar jer menandakan dah berusia 2+ tahun tapi perangai aku mcm budak lagi. still ada hobby mengumpul toys, suka mandi hujan, selalu buat aksi giler2 time bergambar, suka tiup api lilin, suka melompat bila turun tangga dsb. ermm..tak kisah lah kan janji bahagia. ahak ahak.. ibubapa kat luar sana tidak digalakkan membeli toy mcm ni utk anak2. mahal..membazirkan duit gaji jer. sekotak pun dah mencecah 300 ringgit.

 i'm optimus prime

 look, bernyala..

 
 mode lori..vroommm

Monday, December 14, 2009

Today, I'm 28 Years Old

today, tepat pukul 7:29 pm, usia aku akan mencecah 28 tahun. dah 28 tahun rupanya aku berpijak atas muka bumi ni, menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, merasai pahit getir suka dan duka perjalanan hidup ini. syukur kepada Tuhan kerana memberikan aku kesempatan utk bernafas selama 28 tahun. aku bersyukur diatas segala kenikmatan yg Engkau berikan kepada ku selama ini.

sebenarnya aku takut utk sambut birthday yg ke 28 ni. 1st sbb birthday kali ni menandakan aku semakin dipanjat usia, semakin tua. (ek eleh, padahal rambut aku pun dah semakin byk beruban). 2nd, sbb sampai sekarang aku belum dpt mengapai 3 impian aku. 3rd, sbb semakin ramai yg akan bertanya bila aku nak kahwin. 4th sbb aku jauh ketinggalan berbanding kawan2 sekolah yg lain. 5th, aku rasa kali ni pun aku akan tiup lilin seorang diri. tiada sebarang ucapan dari dia..

whatever, ditengah2 mlm yg sunyi ni aku nak nyanyi sorang diri, ucapkan happy birthday utk diri aku sendiri. sejak bertahun2 aku dah biasa sambut birthday sorang diri. lagi pun aku tak kisah kalau tiada org yg mengingati birthday aku. tak nak lah menyusahkan org buat persedian utk sambut birthday yg tak seberapa ni. aku lebih suka cara sederhana. beli kek kecik then duduk kat tepi pantai sorang diri. nyanyi lagu utk diri sendiri then tiup lilin...

happy birthday to me 2x
happy birthday to me...
happy birthday to me....

fuhhh!!! tiup lilin


kat bawah ni gambar 24 tahun yg lepas. masa tu umur 4 tahun. 1st time belah kek birthday tapi dgn linangan air mata sbb kena marah dek mak sedara. dah ler time tuh aku demam. nostalgia masa silam..

Sunday, December 13, 2009

1 Day


Saturday, December 12, 2009

2 Days



waiting someone.. almost 4 years but i'm still waiting. maybe penantian akan berakhir kali ini or this year pun once again aku tiup lilin seorang diri. right here waiting

Friday, December 11, 2009

3 Days


Thursday, December 10, 2009

4 Days


Tuesday, December 08, 2009

After 7 Years, Baru Sekarang Aku Tahu

kenangan masa zaman sekolah meninggalkan memori manis kpd sesiapa pun yg pernoh menjejakkan kaki ke alam persekolahan. kalau pejamkan mata, tentu masih boleh terbayangkan memori manis semasa zaman persekolahan dulu. saat2 manis bersama kawan2, cikgu2 dan jugak persekitaran sekolah. kenangan masa jadi student masih kuat dlm ingatan aku. sometimes aku boleh termimpi kembali ke alam persekolahan.

16 tahun dah berlalu sejak aku tinggalkan zaman sekolah rendah, skkmt. tapi baru sekarang aku tahu, baru hari ni aku tahu salah sorang kawan lama aku dah lama pergi menghadap Ilahi. 7 tahun selepas pemergian dia, baru hari ni aku tahu. Berita ni pun aku tahu selepas terjumpa balik sorang kawan lama masa zaman sekolah rendah dulu. sehinggakan kelmarin aku masih menyangkakan dia masih ada. Ya Allah, singkatnya hidup ini. aku terasa bagaikan baru semalam bertemu dia, bermain bersama, mkn bersama, belajar dlm kelas yg sama dan balik sekolah bersama. Dan sekarang dia dah tiada. Ya Tuhan, aku tak berkesempatan pun utk menziarahi arwah buat kali terakhir. kalau menangis pun, aku tetap takkan berpeluang utk putarkan balik masa.

walaupun dia dah pergi selamanya, hanya kenangan lama yg masih aku ada sekarang. kenangan bersama dia. setiap kali tersebut nama dia, aku pasti akan teringat kenangan waktu darjah 1 bila mana dia terbongkok2 mencari coklatnya yg terjatuh dlm air tepi pagar sekolah agama. sweet memory...

"Semoga Engkau Ditempatkan Dikalangan Orang2 Yang Beriman, Kawanku Shahrul Nizam"



Friday, December 04, 2009

System Rating Windows 7

sesaper yg dah pakai Windows 7 pasti perasan akan system rating yg diwujudkan dlm OS baru ni. Rating ni merujuk kpd computer performance. rating bermula dari 1.0 to 7.9. so lagi tinggi rating yg kita dpt semakin lancar perjalanan OS. pengagihan rating ni berpandukan kpd processor, memory (RAM), graphics, gaming graphics & primary hard disk. masa mula2 pasang Windows 7, rating my pc just 4.9. buat after i upgrade processor, rating dah meningkat kpd 5.3. ok lah tu..dpt 5.0 ke atas dah cukup lancar perjalanan OS. nak main games pun tak sangkut2.. kalau korang tak tahu lagi rating computer, try lah test. kalau ada yg dpt sekitar 7.0, mmg komputer korang mempunyai spefikasi yg cukup tinggi...ngeekkk


Thursday, November 26, 2009


Today

today, i'm feel too tired. tak sempat mkn pun siang tadi. kol 11pm tadi baru breakfast + lunch + dinner. tu pun lepas balik dari main badminton. letih + lapar = kurang tenaga. sejak akhir ni aku kurang minat dgn makanan. letak ler ayam golek ke, ayam percik ke, ayam togel ke, satay ke, laksa ke..semuanya tak membuka selera mkn aku. aku lebih byk minum air. berat badan semakin susut. ntah..tak tahu mcm mana tetiba boleh jadi mcm ni. yg pasti start bulan puasa ari tu lagi aku kurang bernafsu dgn makanan. whatever ok jugak. kalu makan jer semakin naik berat badan. huuuuu

dlm 2 hari ni, aku suka termenung. bukan berangan nak kaya ekk. aku tak heran dgn harta dan kekayaan. semua tu tak boleh beli kegembiraan. kalau ada yg fikir kekayaan boleh memberi kebahagiaan, u dah silap. kekayaan semakin menambahkan masalah. lebih baik hidup secara sederhana. tak terbeban dgn hutang, tak pening kepala fikirkan pasal harta, tak kerugian masa terkejar2 duit. sebenarnya aku terasa nak sharing something but...... sorry, tak boleh share lah. aku tak suka share perkara yg menyedihkan dgn org lain. biar aku tanggung seorang diri. i can share my happiness but not my sadness. truth, i need someone.. someone, someone yg seakan mustahil utk muncul kembali but apa saja boleh terjadi dgn keizinan-Nya

Monday, November 23, 2009

Disebalik Angka 4 & 5




kalau disebut angka 4 atau 5, mungkin tiada apa2 makna kpd kebanyakan orang. cuma sekadar angka atau nombor yg biasa digunapakai pada plat kenderaan ataupun nombor telefon. dan jugak no pin kad kredit or sebagainya. tapi angka ni cukup istimewa dan bermakna dlm hidup aku. antara 4 dan 5, angka 4 paling banyak mencipta kenangan. kat blog ni, aku ungkap sedikit rahsia disebalik 2 angka ni..

4
- aku ada 4 orang adik
- ketika usia 4 tahun, aku menangis ketika membelah kek besday yg berbentuk no.4
- aku pernah belajar di 4 buah sekolah
- aku mempunyai akaun simpanan di 4 buah bank
- 4 orang wanita pernah singgah dlm hidup aku
- 4 tahun usia persahabatan aku with someone before bertukar menjadi couple
- walaupun cuma sekadar 4 bulan bersama dia tapi sehingga sekarang aku masih terasa
- hampir 4 tahun berlalu semenjak perpisahan tapi hingga ke saat ini, cuma dia dlm hati
- dlm 4 tahun kebelakangan ni, aku bukan lagi budak lelaki yg murah dengan senyuman

5
- nama aku, fairul.. kalau ditukar kpd english word akan jadi 5 rule
- perlukan 5 perkataan utk sebut full name aku. wan fai rul fakh zan
- 5 adalah nama someone yg tak pernah aku lupakan
- 5 tahun jarak usia aku dengan dia
- aku berharap 5 akan jadi pasangan hidup aku

Thursday, November 19, 2009

Air Hujan

dah 5 hari berturut2 hujan turun menyuburkan bumi. nak pergi kemana2 kena berfikir 2x. nak pergi kedai beli makanan pun rasa malas. makan jer lah ubi rebus cicah gula + air kopi. tak pun buat jer lempeng nyior. perghh..best. sbb kesejukan, fikiran pun semakin beku. nak buat kerja pun malas. tak der idea nak tulis panjang2. tgk jer ler gambar kat bawah. tu ler kerja aku bila dah tak tahu nak buat xtvt apa time hujan ni..ngeekkk

 






Tuesday, November 17, 2009

Hujan Dan Penat



hujan yang turun bagaikan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau bumi terbentang
dan bayu berpuput lembut

indah kan lirik lagu tuh. karaoke acap kali pun tak kan rasa puas kalau tak nyanyi lagu tuh walaupun suara aku sumbang. lagi sempurna bila nyanyi time hujan, time musim tengkujuh dan jugak time menangis. cut cut cut!!! bukan nak cerita pasal lirik lagu tu lah. nak cerita pasal kisah aku pi oustation today. aku dihantar ke kemaman minggu ni. semua tahu kan sekarang ni musim hujan. memang leceh buat kerja waktu hujan. time nak bertolak pagi tadi, mendung jer. aku turun dari rumah dlm pukul 6.50 pagi. sebelum tu aku rasa dah tak sedap hati sebab tak nampak fajar dilangit. tak sampai 10 minit bergerak, titisan air hujan mula membasahi jalanraya. tapi ok lah lagi kalau sekadar rintik2. tapi bila hujan merintik pun dah cukup utk buatkan aku mengeluh. sure lambat siap kerja aku hari ni. tak baikkan aku mengeluh mcm tu. bukan ke hujan tu nikmat dari Tuhan kpd ciptaan-Nya. tapi betullah, mmg kerja aku semakin slow bila hujan ni. nak lindungi dokumen penting dari basah. dlm pukul 3 ptg, hujan semakin rancak menari menaburkan benih sejuk, awan hitam semakin tebal berkumpul. ah sudah!! dlm hati aku berdoa kpd Tuhan agar diberikan kesempatan utk aku siapkan kerja today. kaki ku mengatur langkah dgn perlahan2 sambil tgn berusaha melindungi dokumen dari terkena air hujan. alhamdulillah..dpt jugak siapkan kerja walaupun dah lewat ptg.

aku bertolak balik dlm pukul 6.45 ptg. sepanjang perjalanan hujan tak pernah penat utk membasahi bumi. sesekali jarak penglihatan terlalu teruk kerana hujan lebat. sejuk bukan main, sampai ke tulang aku rasakan. 140km, tu lah jarak perjalanan utk pulang. 2 jam aku bertarung dlm hujan utk sampai ke rumah. habis mengecut kulit2 dijari. tu lah, gatal2 sgt nak pi dgn motor, padan muka aku. 2x aku hampir terlanggar org yg nak melintas jalan. huh!! nasib baik. dgn suasana dlm hujan, kelajuan motor 150km/j..mmg bahaya kalau brek mengejut. terpaksalah aku berganjak ke laluan bertentangan utk mengelakkan terlanggar org yg sedang melintas jln. sampai kat rumah, aku jadi blurrr jer. agaknya fikiran dah beku sbb kesejukan. penat tak usah diceritakan. 13 jam aku kerahkan tenaga utk buat kerja dan jugok perjalanan pergi balik. sampai kat rumah mcm dah hilang segala tenaga. tgn kanan dah mengeletar. mata terlalu mengantuk.  rehat ah dulu..mandi utk segarkan tubuh. esok kena pi dgn kereta ah. senang..

p/s - entry aku pasal tepon baru tuh, yup aku dah beli. tapi 2 hari lepas aku dah jual tepon tu kat kwn sepejabat. leceh ah touch screen. manja  sgt. biarpun function nampak menarik tapi tak mampu buat hati aku terdetik tuk pakai lebih lama. tak kisah ah aku rugi 10 riyal asalkan aku dpt balik duit yg dilaburkan utk beli tepon baru. kay lah..mata dah tak leh tahan ni. penat, terlalu penat. kat luar hujan semakin lebat turun. sejuk..kalau ada bini kan best. boleh peluk bini time hujan lebat mcm ni. huhuhu ngeekkk

Friday, November 13, 2009

Nak Beli Yang Baru

malam kelmarin aku pergi jalan2 kat giant. saja nak pi mkn pizza. ntah mcm mana hampir 50 meter nak sampai ke pintu masuk pizza hut, tetiba kaki aku boleh stop kat 1 gerai telefon. huhh..abislah. tetiba hati aku tertarik pada sebutir tepon, nokia 5530. mcm menarik pulak tepon jenis touch screen ni. dlm hati terpikir, nak beli ke tak nak. kalu beli, boleh pakai 1 lagi no tepon. senang sikit, asingkan no. tepon utk utk urusan kerja dan peribadi. hmm.. bila dipikir 2x, tepon yg aku pakai sekarang ni pun masih elok. tak rosak apa2 walaupun dah beberapa kali terhempas ke tanah. kira tahan lasok jugoklah tepon yg aku pakai skrg ni. kalau aku beli yg baru means aku dah pakai 3 butir tepon jenis nokia. yang 1st 3310, 2nd 6288 and 3rd 5530 xpressmusic.

mcm mana ek.. tgk lah lepas solat jumaat baru aku decide nak beli ke tak. nafsu dlm diri aku ni dah acapkali kata beli. hati kecik aku pulak kata pikir dulu 2x sblm beli. so, nak ikutkan kata nafsu or kata hati? hamm...jap nak lambung syiling. kalau nilay syiling kat atas, aku beli.1 2 3..lambung.. ktingggg ktingggg!! so, aku dah decide, aku nak ......? ngeekkk.... tunggu jer ah my next entry.. kui kui kui




Wednesday, November 11, 2009

Masa Untuk Bercuti

ermm..aku dah buat keputusan nak amik cuti selepas raya haji nanti. maybe seminggu ajer kot. kalau amik 2 minggu, banyak tergendala kerja2 aku kat opis tuh. lagi pun malas sebenarnya nak bagitau ke mana destinasi aku kalau opismate tanya. sure nanti ada yg sok sek sok sek kat belakang ckp aku pi honeymoon with someone. ngeeekkkk

tgh berfikir2 nak pi ke mana. kalau nak travel ke luar malaysia rasanya tak padan seminggu. yg tu tunda ke next year. sekarang ni terfikir nak cuti2 malaysia jer. aku nak pergi bercuti sorang diri jer. boleh aku buat aktiviti bebas. snap gambar sana sini. ermmm,  nak ke pulau tak leh sbb semua chalet dan resort tutup kes musim tengkujuh. nak pi langkawi, nothing special kat sana. kalau nak pi borong coklat murah boleh lah. melaka dah acap kali aku pergi. cherating, lagi lah boring sbb tiap2 tahun pergi. kalau pergi jalan2 kat kl itu bukan bercuti namanya. bawak 3-4 ribu pun tak cukup sbb aku ni kaki komputer dan toys. sure tempat aku tuju kat plaza lowyat jer.

kat mana tempat menarik yg boleh aku pergi?

Tuesday, November 10, 2009

Aku Dah Terlalu Letih

dah hampir ke penghujung tahun. cepatnya masa berlalu. letih lah..terlalu letih. badan letih, fikiran lagi letih. nak fikirkan sesuatu yg bernas pun dah tak mampu. dah 5 bulan aku asyik bekerja, bekerja, bekerja. last sekali aku pergi bercuti bulan jun hari tu. itu pun cuma 3 hari sebelum sambung balik kerja. kalau terlalu asyik bekerja, badan lagi cepat terasa letih. balik rumah pun cuma ada beberapa jam saja sebelum masuk tido. awal pagi esok nak pergi kerja pulok. hari cuti pun masih terpikirkan pasal kerja kat opis. selagi belum siap kerja, selagi tu lah dlm kepala aku ni asyik terpikir pasal kerja kerja kerja.

sometimes aku rasa nak cari kerja lain. kerja yg tak bersangkut paut langsung dgn tugasan kerja aku sekarang ni. 9 tahun buat tugasan kerja yg sama, mesti boring. tak der ker department lain yg boleh aku masuk selain dari statistic department ni. boring lorr..boring sesangat. sometimes aku terpikir kenapa hampir belasan interview yg aku pergi sebelum ni, satu pun tak tersangkut. last2 tersadai kat department ni jugak. heeeee... aku terpikir nak masuk dunia perniagaan lah. dah hampir 2 tahun aku duk searching perniagaan yg kurang berisiko tapi mampu bertahan utk jangka masa panjang. forget it..tu hal esok hari. most important, after raya haji nanti aku nak amik cuti panjang. dlm 2 minggu ke. boleh pergi melancong...travel jauh2. kalau pi kat jepun or korea, boleh main salji. best tu..winter sonata.. kalau pi china, boleh kabat great wall china or pergi muzium terracotta. ngekkkkk


Wednesday, November 04, 2009

Angin Kencang Melanda Kampungku

sejak pagi sampai malam hujan turun. dah masuk musim tengkujuh kan, mcm tu lah keadaannya. tak kisah sangat bermandi hujan ni tapi yang tak sedap didengar bila dimaklumkan angin kencang melanda kampung aku petang tadi. paling haru bila dapat tahu atap rumah dah rosak. habis ler barang2 aku ni sbb kerosakan paling teruk betul2 area bilik aku. mintak2 ler orang kat rumah sempat salin semua atap yg rosak. kan kalau hujan lebat turun, habis basah bilik aku tuh, boleh bertukar jadi akuarium. dah mcm mana agaknya keadaan komputer aku tuh? tak sabar nak balik. lepas solat subuh esok terus nak balik lah. bimbang gak kalau barang2 dlm bilik tu rosak. lagipun byk barang elektirk dlm bilik aku tuh. tak dikira lagi my toys and cenderamata dlm almari tu. barang kesayangan ku tuh...

Jom Main PES 2010


hujan turun lebat pulak hari ni. aihh...tergendala kerja aku. cam mana nak kuar ni kalau hujan lom berenti. kesimpulannya terperap ler aku dlm bilik ni. apa pun ok gak kan boleh layan blog dulu. dah masuk musim tengkujuh, susah nak ramal cuaca sekarang. sekejap hujan, sekejap panas. kenkadang kuar dari rumah still panas lagi. jalan tak sampai 10 minit, hujan pulak kat tengah jalan. kalu bowok kereta ok lah, tapi kalu bowok motor kenalah standby selalu baju hujan dlm raga motor.

dlm 2-3 hari ni, aku tgh syok layan PES 2010. best main games bola ni. kenkadang sampai 2-3 jam aku terpacak dpn pc semata2 nak habiskan 2-3 match. grafik semakin cun, kawalan bola semakin nampak real dan keseluruhan permainan semakin lancar, tak der sangkut2 dah. kalau tgk kat pasaran, harga games yg original mencecah 160 riyal. mahal giler..last2 aku pi beli yg pirate jer kat mydin mall, tak sampai pun 15 riyal. look look, dah jimatkan 145 riyal. pesanan aku, jgn beli yg original kalau harga terlampau mahal. belilah yg pirate kalau kualitinya sama jer dgn yg original.  kpd peminat bola, jom ler layan games ni. sure tak menyesal kalau beli sekeping..

pssttt..kalau nak cari calon isteri, carilah yg original. tidak digalakkan mencari yg pirate


Tuesday, November 03, 2009

Sesajer Jer

nothing special utk ditulis kali ni. tak der benda menarik berlaku dlm beberapa hari ni. ala ala suam kuku jer. hari ahad aku tak pi kerja kes takder air. apakebenda lah syarikat air ni, nak buat kerja2 pembaikan paip air senyap2 jer. tahu2 bila buka paip air pagi tu, setitik air pun tak keluar. ah sudah..takkan nak pi kerja tanpa mandi. tak sanggup aku. kalau pakai kemeja tak bergosok pun aku dah rasa tak selesa, inikan pulak kalau tak mandi. kan nanti ada pulak bau kambing dlm opis. tunggu punya tunggu, kol 9 mlm baru ada air balik. cehh!!

masuk kerja keesokan harinya, jadi teramat bz pulak. dari pagi sampai balik kerja, aku tak sentuh makanan. just minum milo o-peng jer. dah jadi kelabu mata aku ktang ktung ktang ktung menyiapkan 4 peta. peta ke 5 aku tak sempat nak siapkan, kemalasan dah melanda masa tu. next week lah pulak aku siapkan peta tuh. bila jer aku siapkan kerja, langsung aku dimaklumkan today hingga thursday aku kena pi outstation. yahoooo..boleh keluar opis. serta merta mata aku jadi segar balik, berkelip-kelip mentol atas kepala aku.  kay lah, lapar ni. makanan kat resort ni tak best, tak best sangat. mujur receptionist comel. kena pi keluar makan kat kedai ler lepas solat isyak nanti...

Thursday, October 29, 2009

My New OS - Windows 7

 

finally, setelah 2 jam bersengkang mata utk menyiapkan operating system (OS) baru pc aku, inilah lah hasilnya. say good bye to windows xp, and welcome to perisian terbaru microsoft, windows 7. windows 7 better than windows vista. tak berat, ringan jer.. nak transfer file ke usb sekelip mata dah siap. kelajuan 1x ganda dari windows vista dan xp. nice graphic, but if using graphic card, lagilah cantik jadinya. nak install OS windows 7 ni tak perlukan high requirement seperti windows vista. if you want to run windows 7 on your pc, here's what it takes:
  • 1 GHz or faster 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor  
  • 1 GB RAM (32-bit) or 2 GB RAM (64-bit)
  • 16 GB available hard disk space (32-bit) or 20 GB (64-bit)
  •  DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver

look, requirement pun biasa2 jer. nak install kat laptop pun ok jer. but before plan nak install windows 7 ni, better u all download the "windows 7 upgrade advisor" for a more detailed understanding of whether ur pc can run windows 7. windows 7 ni didatangkan dlm 4 versi 32-bit dan 64-bit, home premium, professional and ultimate editions. kalau nak puas hati, amik ler yg ultimate editions. but before buy it, try lihat dulu berapa harga windows 7 ni. hehehe.. so, u all tahukan macam mana caranya nak dapatkan windows 7 ni dgn cara lebih mudah. actually, bukan tak nak sokong saranan membeli yang original but kalau harga dah terlalu mahal, rasa tak berbaloi pulak untuk keluarkan duit sampai 600 riyal semata2 kerana OS ni. baik berikan jer duit tu kat isteri2 ku. ok lah, selamat mencuba OS baru dari microsoft ni.




Sunday, October 25, 2009

Bila Dah Fanatik




today aku hilang sekejap suara pagi tadi. rasa perit jer dlm tekak. semuanya gara2 bersorak tak ingat dunia semalam. bersorak dlm stadium, bukan kat tepi jalanraya. semalam kan ada match piala malaysia antara terengganu dgn selangor. mujur menang, berbaloi lah aku kuarkan duit 10 riyal utk beli tiket, dan berbaloi jugak bila suara aku dah jadi serak2 basah sekarang ni. semalam mmg penuh rumbu stadium dlm bandar k.terengganu ni. dah masuk peringkat suk akhir, mmg ramai ler yg dtg tgk nak bagi sokongan.

aku bukan nak cakap bertapa ramainya rakyat jelata dtg memenuhi stadium semalam sbb u all sure dah tgk live dlm tn semalam. aku nak perkatakan pasal gelagat peminat yg terlampau fanatik sampai lupa asal usul. dlm kemeriahan menyambut gol pertama semalam, ada ler yg bodoh sombong lempar telor ayam. langsung sepupu aku yg tak bersalah menjadi mangsa. giler ke apa. dah ler telur ayam mentah. mujur tak ditemui manusia jahil yg lempar telur tuh, kalau tak ada ler berlaku aksi tinju dan gusti dlm stadium tuh. ada gak penyokong yg lebih ekstrem melempar mercun. kalau nak lontar pun. lontarlah atas trek dlm padang. ni pergi lempar kat tengah2 ribuan penyokong dlm stadium tu. manalah org tak marah. tak pasal2 ada yg terkena lempang mentah sorang  pakcik tua. kesian pancik tu, berlubang baju dia terkena api mercun. ada jugak budak2 nakal yg lontarkan mercun kat penyokong selangor. udah ler diaorang dtg dari jauh semata2 nak bagi sokongan, musibah pulak yg melanda. tak pasal nama terengganu yg jadi busuk. ni ler gelagat penonton yg sesekali dtg stadium. bukan nak tgk bola pun, saje jer nak menyusahkan org lain.

budaya bodoh sombong ni mmg takkan hilang. sentiasa ada penganti. mmg tak boleh buat apa2 dah. kalau nasihatkan pun, bukannya diaorang dengar. bodosssss..

Monday, October 19, 2009

Can You Help Me?

 

- Bila jauh terasa rindu, 
bila dekat terasa benci
- Bila jauh terasa nak berbual, 
bila dekat lidah kelu membisu
- Bila jauh terasa dekat sangat jaraknya, 
bila dekat rasa terlalu jauh jaraknya
- Bila jauh nak saja bertanya kabar, 
bila dekat nak bagi salam pun tak terpikir
- Bila jauh selalu nama disebut dalam hati, 
bila dekat nak panggil nama terasa berat jer mulut 
- Bila jauh selalu teringat kisah lama, 
bila dekat terasa kisah lama dah tak bermakna
- Bila jauh nak sangat berada dekat,
bila dekat selalu menjauhkan diri
- Bila jauh terasa best jer tengok orang kahwin,
bila dekat rasa takut nak kahwin
- Bila jauh selalu jer lihat gambar,
bila dekat nak pandang pun teragak-agak
- Bila jauh selalu jer menaruh harapan,
bila dekat rasa macam dah tiada harapan
- Bila jauh banyak jer idea untuk tulis something,
bila dekat rasa kosong dlm kepala utk menulis
- Bila jauh selalu termimpi-mimpi,
bila dekat selalu jadi gabra
- Bila jauh rasa aman jer dunia,
bila dekat ada jer penyebab untuk bermasam muka
- Bila jauh senang jer nak lihat senyuman,
bila dekat no smile for you
- Bila jauh terasa 5 tahun bagaikan semalam,
bila dekat rasa semuanya dah lama berlalu
 - Bila jauh terasa nak mengundur diri,
bila dekat rasa berat hati untuk melangkah pergi

well, yang kat atas tu saja jer aku merapu. maybe sometimes i'm too childish but aku bukan mat jiwang. pada usia mcm ni, tak sesuai nak madah berhelah or nak berbunga bunga cinta.

ermmm... may i ask u all something tak? maybe kalau sudi, boleh ler tolong berikan jawapan untuk soalan2 dibawah ni.

1- jodoh, adakah ia akan datang sendiri atau kita perlu berusaha untuk mencarinya?

2- zaman sekarang, masihkan perbezaan usia menjadi halangan (wanita lebih berusia dari lelaki),

3- masihkah harta dan pangkat menjadi ukuran (tak banyak duit, tak berjawatan tinggi)?

4- susah ke kalau pasangan bekerja dibawah satu bumbung?

5- after married, adakah kena bataskan semua aktiviti diluar?

6- yang mana paling tepat, bercinta dulu pastu kahwin or berkahwin dulu pastu bercinta?

7- adakah dikatakan terlalu lewat kalau berkahwin pada usia melebihi 30 thn?

Sunday, October 18, 2009

2012 - Who Will Survive



tak sabar nak tunggu movie ni masuk panggung 13 november. tgk trailer pun dah leh agak best atau tak movie ni. mmg dahsyat wess. walaupun sekadar movie tapi dah dpt sikit gambaran bertapa dahsyatnya hari kiamat kelak. jauh lebih dahsyat dari apa yg dipaparkan dlm movie ni...

Monday, October 12, 2009

Terima Kasih Cikgu - Final

zaman sekolah menengah - tingkatan 4 - 5



dah sampai bahagian akhir. rasa mcm nak ceritakan lebih banyak lagi kenangan dgn cikgu2 ni tapi jari jemari dah terlalu letih utk menaik banyak2. awal tahun 1997 aku bertukar ke sekolah baru. what to do, kat sekolah agama menekankan penguasaan bahasa arab tapi pelajar yg malas dan nakal mcm aku ni mcm mana lah nak score bahasa arab kalu time cikgu mengajar ke depan, aku tido kat belakang. sambung cerita pasal cikgu2 yg pernah mengajar aku..

cikgu rohaya.. mengajar bahasa malaysia masa aku tingkatan 4. ok lah..aku pun suka cara dia mengajar. nak kata serius tak jugak. yg sedang2 ajer.. cikgu rozita, modern teacher. dia pandai bergaya. suka sgt ikat selendang dia kat tengkuk. fesyen org bandar.. i'm still remember perkataan yg selalu dia ucapkan setiap kali mengajar, 'just tak balance'. aku kerap gak ponteng kelas dia. rasa malas jer nak belajar perinsip akaun. sir lim meng ooi, guru kelas aku masa tingkatan 4. satu2 nya cikgu cina yg pernah mengajar aku. dia selalu tersenyum. nak tgk dia marah, hanya dlm mimpi. dia pernah cakap, 'kalau nak bergambar, kita mesti senyum. kalau tak, gambar nampak tak cantik'. betul betul betul.. cikgu sakinah, ajar english masa aku tingkatan 5. kerana jasa dia penguasaan english aku semakin baik, dan juga semakin aku berminat dgn m/p english ni.

cikgu ariffin ajar subjek sains teras. cermin mata yg dia pakai mcm dari zaman 60an jer. cikgu noraini pun ajar subjek yg sama. comel apa dia ni. sweet jer.. aku pun tak tahu mcm mana time kelas dia jer, sure aku akan jadi budak baik. duduk kat depan sekali. tekun jer tgk dia mengajar.. huhu cikgu nurul jannah, cikgu normalaiwati dan cikgu ghani mengajar subjek sains tambahan. cikgu normalaiwati tu guru sambilan jer. mengantikan cikgu nurul jannah yg cuti bersalin. tapi time dia mengajar, budak2 dlm kelas mmg tak reti nak tumpukan perhatian. dah nak terkeluar anak tekak dia marah2 pun budak2 buat tak reti jer.. biasalah, pelajar melayu mmg mcm tu kan. cikgu jain, kalau dia masuk kelas jer, mesti semua pelajar jadi baik. dia org no.2 dlm sekolah selepas pengetua. paham2 sendirilah apa jawatan dia. dan tugas merotan dah menjadi tanggungjawab dia. ustaz hanafi mmg cool giler. nampak tenang selalu. dlm kelas, ada jer lawak sengal dari aku setiap kali dia mengajar. ustaz tak kisah kan kan kan.. ustazah samihah sama lah, ajar pendidikan islam jugak. cikgu suzaidah, cikgu raihan, cikgu raihana dan cikgu uzbahlina mengajar matematik. aku mmg sengal sikit dlm matematik ni. rasa boring jer. acap kali ler kena marah sbb tak tumpukan perhatian dlm kelas. cikgu nor azmi, pelajar2 kat sekolah panggil dia cikgu mat burger. mentang2 ler dia gemuk dan pendek, terus dipanggil mcm tu. huhuhu..

cikgu zulkiflie, cikgu roshayati dan cikgu naim sempoi jer time mengajar. kalau korang nak belajar duduk diam2. kalau tak nak, buat lah apa yg korang suka asalkan jgn buat bising sudah. hehe. cikgu mat gawi pun sama jugak mcm tu. tapi perangai sama mcm budak2. suka mengutuk. jgn sesekali mencabar kesabaran dia. kan tak pasal2 ada yg masuk hospital. whatever, cikgu mmg rock. cikgu fauzi.. walaupun ramai pelajar rasa takut bila berdepan dgn dia (maklumlah cikgu disiplin), tapi aku dgn dia ok jer, kamcing giler. waktu sekolah jer nampak kejam sikit tapi sebenarnya dia mmg perihatin dgn kebajikan pelajar2. lebih2 lagi bila aku pernah berada dibawah jagaan dia waktu terlibat dgn tarian kebudayaan dulu.

cikgu rohani, aku dah anggap dia mcm ibu. dia ambil berat sangat hal ehwal pelajar dia. tak penat2 dia buat nota utk pelajar2 dia. setiap hari, ada jer nota baru yg dia beri. pelajar2 just perlu baca jer nota yg dia berikan. tak perlu nak salin dari buku teks. apa yg aku kagum dgn dia, dia boleh target soalan apa yg akan keluar dlm exam dan tak pernah sekali pun target dia tu tersasar. kerana nasihat dia, aku berjaya mencapai keputusan yg baik dlm exam. sampai mati pun aku akan ingat nasihat dia. sebelum exam spm, dia ada bagi kad. 'langkah pertama adalah kunci ke arah kejayaan'. itulah yg dia tulis dlm kad tu..aku simpan kad tu dgn baik supaya  ia sentiasa menjadi pendorong utk aku mencapai kejayaan. rasanya aku dah sebut nama semua cikgu2 yg pernah mengajar aku. kalau ada yg tertingal tu nak buat mcm mana. manusia, mmg tak leh lari dari sifat pelupa. kan kan kan..betul kan.

apa pun, aku hargai segala jasa dan pengorbanan cikgu2 dlm usaha membentuk aku menjadi org berguna. segala kenangan bersama cikgu2 sentiasa segar dlm ingatan aku. 10 tahun sejak meninggalkan alam persekolahan, dah bermacam2 perkara terjadi dlm hidup aku. tapi berkat asuhan dan petunjuk yg diberikan oleh cikgu, aku masih lagi gagah bediri disini, dijalan yg betul, dijalan yg lurus. seandainya ada cikgu yg membaca blog aku ni, sorry yer kalau pernah buat cikgu2 pening kepala dgn kenakalan aku dulu. biasalah kan, anak muda, jiwanya sentiasa memberontak.

aku doakan semoga cikgu2 sentiasa bahagia disisi keluarga dan dikurniakan kesihatan yg baik agar dpt terus berbakti mencurahkan ilmu. kepada cikgu2 yg telah pergi mengadap Tuhan, aku menadah tangan memohon kepada Tuhan agar roh kalian ditempatkan dikalangan org yg beriman.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang Ulama yang mulia

Jika hari ini seorang Peguam menang bicara

Jika hari ini seorang Penulis terkemuka

Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa

SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA

Sunday, October 11, 2009

Terima Kasih Cikgu - Part 2

zaman sekolah menengah - tingkatan 1 - 3

aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah pada tahun 1994. lebih ramai cikgu yg aku temui, lebih banyak kenangan manis terpahat. well, aku mulakan dgn cikgu marican. dia mengajar aku kemahiran hidup. walaupun nampak serius diluar kelas, maybe sbb dia jugak cikgu disiplin tapi time mengajar dia mmg kelakar habis. setiap kali masuk mengajar, ada jer lawak antarabangsa yg dia buat. tak pernah kering gusi aku dan kengkawan. maybe sbb tu lah pelajar2 kamcing dgn dia. tak malu nak tanya itu ini, mintak itu ini. tak pernah sekali pun dia marah sepanjang mengajar. semua student respect kat dia. sekarang dia dah tak mengajar. dah tukar profesion jadi tukang urut refleksi. apa pun yg dia buat pasti akan berjaya sbb tak kan dia putus asa utk dapatkan apa yg dia nak. cikgu sabudin baru ditukarkan dari sabah waktu dia masuk mengajar kelas aku. aku masih ingat cerita dia waktu mengajar kat sabah. kisah pelajar dia yg cuma makan beras dan minum air paip utk alas perut sepanjang berada disekolah. menangis dia bila ceritakan kisah bekas pelajar dia kat pendalaman sabah tu. apa pun dia mmg best..best sangat. dah kemana dia sekarang ni.. cikgu favourite aku namanya cikgu tazan. nama dia mcm tarzan kan..huhu aku selalu kenakan dia sbb nama dia yg unik tu. dia pun satu, pernah sekali dia nak ceritakan kisah seorang budak yg tinggal dlm hutan. dgn secara sepontan laju jer mulut aku  sebut tarzan. kan dah kena..tak pasal2 satu kelas gelakkan dia. dia pernah cakap nama dia mmg unik sbb dlm malaysia ni cuma ada 2 orang jer yg bernama tazan. selain dia, seorang lagi adalah pakcik tua yg bawak teksi. betullah tu.. cikgu zulkiflee mengajar kelas aku 2 subjek, geografi dan bahasa malaysia. dia satu2 nya cikgu yg pernah gunting rambut aku. ntah lah mcm mana time spotcheck ari tu, aku lupa nak menyorok. tak pasal2 rambut aku jadi mcm rambut askar. pendek ketot,  kata org teganu.  cikgu zul ni bila t/hari jer mesti acap kali mata dia berkedip2. cikgu mat sedik mcm cikgu zul jugak. ada waktunya garang, ada waktunya kelakar habis.

teacher nooraini, teacher maheran dan teacher samihah antara yg pernah ajar aku subjek english. diaorang sumenya lawa2. that why aku tak pernah ponteng time kelas diaorang. cikgu norulfah dan sir nasir pulak mmg tegas. kalau dia kata buat, jgn sesekali tak buat. nanti tak pasal2 rotan membelai tapak tangan. tapi aku tak pernah dirotan sbb aku akan bertukar jadi alim2 kucing time dia mengajar. cikgu rozaina ni, aku suka tgk her face. bukan sbb lawa tapi sbb wajah keibuan yg ada pada mukanya. pernah sekali aku ketuk belakang dia dgn pen sbb tak puas hati kena denda. tak pasal2 lepas tu kena hukuman denda 2x ganda dari yg sebelumnya. jahatkan aku ni..huhu ustaz harun, ustazah norazizah dan ustazah rahimah mengajar bahasa arab. so far so good lah. diaorang tak pernah tinggikan suara biar pun budak2 dlm kelas aku tu nakal2. honest aku cakap, aku tak suka sgt bahasa arab ni. ustaz musa pun mengajar bahasa arab jugak. dia selalu bagi nasihat kat pelajar2 dia. aku suka style dia. sederhana jer. pergi sekolah pun pakai kereta buruk. tapi ustaz mmg best.. guru praktikal masa tu, ustazah zuraida mmg comel giler. kecik jer orangnya tapi wajah sentiasa berseri2. sebelum habis praktikal, dia pernah bagi aku penanda buku. sekali dgn alamat rumah dia. sampai sekarang pun ada lagi dlm simpanan aku.

cikgu azizah antara cikgu favourite aku. aku masih ingat lagi mcm mana rupa dia. dia mmg garang tapi bertempat. tapi aku suka cara dia mengajar, bersungguh2 nak bagi pelajar dia faham apa yg diajar. dia selalu ingatkan, jgn jadikan kemiskinan sbg halangan utk berjaya. dlm ramai2 pelajar dia, tulisan aku yg paling susah dia nak baca sbb terlalu kecil. dia pernah cakap, kalau nak baca tulisan aku kena baca dibawah kanta pembesar. mmg tulisan aku masa tu kecil sgt, mcm tulisan budak pompuan. ekekeke. cikgu khatijah mmg sempoi. selalu sgt aku cakap dia pilih kasih sbb salah sorang anak sedara dia satu kelas dia aku. wess duan boh, mung ingat lagikan mcm mana aku kenakan mak sedara mung nih.. ;p cikgu zainal, walaupun muka dia nampak garang tapi time dia buat lawak, mmg nak pecah perut aku dan kengkawan ketawa. mmg tak padan dgn tubuh dia yg besar, misai mcm genghis khan tapi pandai melawak. cikgu basir mmg sempoi. sekali tgk memang tak macam seorang cikgu pun. selamba giler time ngajar geografi. cikgu syafie pun mcm tu jugak. selamba orangnya.

cikgu wan ali..orang perak. aku suka sgt time dia mengajar. tegas tapi diselang seli dgn lawak antarabangsa. sbb subjek sejarah mmg aku paling minat, of course result exam aku tak pernah kecewakan dia. korang ingat tak kerja kursus yg kena buat time sekolah menengah dulu. kalu tak silap org panggil folia ek..ntah lah, aku lupa. hasil kerja aku mmg cemerlang. tapi kalau lah cikgu ada terbaca entry ni, sebenarnya 100% hasil kerja tu dicopy dari member punya. sorry dehh..malas sebenarnya nak pi muzium buat research sikit2. hehehe cikgu wan mariam dan cikgu hasnizan pun ngajar sejarah jugak. ok lah..biasa2 jer.. cuma cikgu mariam suka sgt cubit aku sbb aku jenis tak dengar kata. cikgu rahida sulong sekali tgk mcm pelajar jer. muka pun mcm budak2 lagi. dia baru keluar dari maktab masa mengajar aku. aku selau permainkan dia time dia mengajar. tiap2 hari ader jer benda yg aku buatkan dia pening kepala. dlm ramai2 pelajar dlm kelas, aku ler yg paling susah nak dikawal. tapi time aku jadi budak baik dlm kelas, dia cakap tak best pulak sbb takder yg mengacau dia. antara cikgu2, dia lah yg paling ramai pelajar cuba nak tackle. maybe sbb wajah dia yg manis sokmo dan sikap peramah dia. asal jer pelajar tingkatan 5 lalu tepi kelas, mesti ada yg cuba main2 mata dgn cikgu ni. gatal ek... huhu

ustaz jusoh mengajar pendidikan islam. biasa2 jer.. kalau tak silap, ustaz ni org sabah. kalau tetiba jer dia diam, itu maknanya dia  tgh marah. bila dah cold, baru sambung mengajar balik. ustazah fatimah pun mengajar pendidikan islam jugak. tapi setiap masa dia selalu pakai sweater sbb penyakit dia. kalau org lain rasa panas, dia pulak mengigil rasa sejuk. cikgu aria sukaria mengajar kemahiran hidup. dia sentiasa senyum. time kelas dia, mmg takkan rasa boring sbb tak pernah kering idea dia utk buat pelajar ketawa. sekarang dia dah berhenti mengajar. kerja kat jabatan hal ehwal islam pulak. cikgu azman mengajar subjek yg sama, orangnya pendek jer dan kurus, tapi tegas. tiap kali buat silap, sure kena marah, sure kena pumping. tapi dia selalu bagi peringatan kat pelajar2 dia supaya memikirkan masa depan dlm apa jua yg nak dibuat.

cikgu zainun, cikgu fuziah dan cikgu rosnida mengajar matematik. cikgu rosnida mmg tegas sikit antara 3 org cikgu ni. time mengajar, dia suka duduk kat depan papan hitam sambil menyilangkan kaki. ada gaya seorang model lah cikgu. cikgu ismail mmg tegas. kalau tgk muka dia pun dah rasa kecut perut. pelajar mana yg berani buat sambil lewa time dia mengajar. kalu nak rasa penampar, try lah buat. dia nak sangat ada antara pelajar dia yg masuk maktab tentera. rasa2 nya takder sorang pun kengkawan aku yg penuhi impian dia tuh. dia pernah cakap nak terbitkan sebuah buku tentang budaya bodoh sombong. tak tahu lah samada dia dah siapkan atau belum buku tu. aku teringin nak baca.. nama cikgu terakhir yg aku nak tulis kat sini, cikgu nordin. cikgu sukan yg best sangat. dia anggap pelajar2 adalah kawan dia. that why pelajar rapat sgt dgn dia. walaupun nampak selamber, kelakar tapi semua pelajar hormat kat dia. dia pandai guna psikologi utk handle pelajar2 dia. dia lah cikgu yg berjaya mengesan bakat aku dlm bola sepak dan bola tampar. walaupun aku tak lah hebat sgt tapi dia tetap suruh aku cuba sampai habis kudrat. pernah satu ketika dia tak hadir ke sekolah kerana pergi kursus, dgn selambe jer aku dan kengkawan main bola dalam hujan. cikgu2 lain cuma tengok sambil mengelengkan kepala. yer lah, nak tegur pun serba salah. dah mmg diketahui seluruh warga sekolah, kelas aku kelas yg paling teruk, kelas yg paling byk masalah disiplin masa tu. bila dilaporkan hal tu kat cikgu nordin, tak der pun dia marah2. just bagi nasihat jer. kat manalah dia mengajar dia sekarang ni ek.. ada lagi ke skil pelik2 dia dlm sepak takraw..

dah panjang lebar aku menaip ni..bersambung di siri yg ke tiga dan terakhir pulak. walau dah lama aku tinggalkan alam persekolahan tapi aku tak pernah lupa cikgu2 yg pernah mengajar aku. aku masih boleh ingat nama mereka, aku masih ingat subjek apa yg mereka ajar dan aku masih ingat kenangan bersama mereka..

Terima Kasih Cikgu - Part 1

pagi ni tgh ralek (asyik) aku belek album, aku terjumpa 2 keping gambar. 1 masa sekolah rendah dulu, 1 lagi mase sekolah menengah. sedor dok sedor doh 11 tahun aku tinggalkan sekolah. cepatnya masa berjalan kan. masa ambil spm dulu, aku baru 17 tahun. sekarang dah 28 tahun. err..belum lagi lah. tak cukup bulan lagi. baru 27 tahun lah.. tak ngaku dah tua bangka..hehe. aku pun dah lama tak jumpa kengkawan zaman sekolah dulu. dah ke mana diaorang ni. ramai yg dah kawin kot. maybe cuma aku jer yg masih lagi mengekalkan keterunaan aku.  ada yg masih study kat luar negara, ada yg jadi doctor, lecturer, cikgu, pegawai kerajaan, businessman, ahli koporat, ahli politik, engineer, technician dan apa2 lah. tapi ada jugak yg tertunduk ke bumi kerana dadah. what to do.. cikgu dah berikan cukup ilmu, apa pun terpulang kpd kita mcm mana nak mencorakkan hidup dikemudian hari.

entry kali ni aku nak flashback balik kenangan dgn cikgu2 masa zaman sekolah dulu. rindu kat cikgu2 ni. tak terbalas jasa diorang kat aku. kerana diaorang aku jadi seperti sekarang, kerana diaorang aku pandai membaca, menulis, mengira, melukis... pandai membezakan antara baik dan buruk, benar dan salah, halal dan haram..

zaman sekolah rendah 



masa sekolah rendah ni, aku paling dok suka m/p english. bukan sbb susah nak faham tapi sbb cikgunya garang giler. masa darjah 1-4 ok lah lagi. tapi start naik darjah 5-6, sorang cikgu india mengajar kelas aku. teacher vanitha a/p thanabalan. sampai sekarang aku masih ingat nama dia sbb dia satu2 nya cikgu india yg pernah mangajar aku. garang woo..time dia masuk kelas, mesti tak der yg berani buat bising. kalau ada yg lembab, tak masuk dlm otak apa yg dia ajar, siaplah. sure ada pemadam papan hitam yg akan melayang hinggap di muka. komang2 pun kena penampar or kena rotan dgn kayu pembaris kuning. korang sure ingat lagikan kayu pembaris kuning yg besar tuh, yg selalu cikgu guna utk buat garisan kat papan hitam. hah!! kayu tu lah.. err, aku rasa duan pondan ingat lagi time dia kena penampar teacher vanitha sampai pecah bibir  sbb tak leh sebut dgn betul perkataan 'employer'. hehe.. aku ingat ayat dia yg paling famous, selalu sangat dia ulang setiap kali nak exam.  

"lebih baik dpt C dari B. yg dpt B mmg bodoh, malas nak usaha sikit lagi utk dapat A"

teacher suraini  mmg best. tapi selalu dia marah2 sbb aku tak pernah pergi beraya kat rumah dia. padahal dia duduk kat kuarters sekolah jer.. ustaz mat nor mmg pandai buat lawak. tak pernah aku rasa boring time dia mengajar. ustaz talib mmg serius. dia pernah tulis huruf jawi atas kepala kawan aku (nizam) sbb susah sgt kawan aku yg sorang ni nak ingat alif ba ta.. padan muka ko..huhuhu. ustaz wan yusuf mmg sempoi. slow jer orang nya tapi anak dia mmg lawa giler. anak dia mengajar aku fardu ain sebelah petang. rasa nya aku masih ingat lagi muka anak ustaz ni. cikgu siti zaleha suke bercerita kisah dia zaman budak2 dulu. tak boring time kelas dia. dia ni ada masalah dgn suara. rasanya sekarang dia bergantung kpd 1 alat utk bantu dia bercakap. cikgu hanafi mmg best. dia ni mmg tinggi mcm galah. aku masa tu cume separas pingang dia jer. dia ajar pendidikan jasmani. sapa lagi ek.. teacher rozilawati pun slow gak. lembut jer suara dia time mengajar.  

cikgu mek maryana garang giler. sekali tgk, dia ni tak ubah mcm watak cikgu bedah dlm filem adik manja. mcm tu lah orangnya. cikgu azizah pun garang jugak. dia mengajar muzik. silap main rekoder sikit, sure berapi mulut dia marah2. cikgu zaki pun tinggi gak orangnya. ngajar matematik. kalau berdiri kat pintu, rasanya sama tinggi jer dia dgn pintu tuh. teacher hajah zaimah sempat ngajar aku english masa darjah 4. dah tua dah dia masa tu, tunggu masa nak pencen. cikgu harun mengajar alam dan manusia. sekali tgk mcm jins samsudin. last sekali aku jumpa dia 4 tahun lepas. dah beruban habis rambut dia. tapi aku tak sempat nak hai hai kat dia. cikgu zuki pun ngajar matematik. cikgu razib pulak suka bercakap bahasa baku time ngajar. sesekali terasa mcm belajar bahasa klasik pulak. kasut pun dia panggil sepatu. adess. cikgu noraini dan  cikgu faridah sekali tgk mcm org arab. selalu berjubah, muka pun dah iras2 mcm org arab. cikgu engku khairul sebijik muka dia mcm sorang pelakon drama kat tv. apa ntah namanya aku dah lupa.. dia ni tak penah tinggikan suara kalau anak murid buat bising. tersenyum jer. sama jugak mcm cikgu zaidi.  

dulu ada sorang cikgu pelatih pompuan yg mengajar aku masa darjah 4. apa ntah nama dia, aku pun dah lupa. dia suka bagi hadiah kat pelajar yg tumpukan perhatian masa dia ngajar. best.. aku pernah dpt sekali hadiah dari dia. sekali jer lah sbb aku mmg nakal masa sekolah dulu. selalu buat bising. dia suka panggil aku abang as. jauh benar panggilan nama tu dari full name aku. hehe.. tapi apa pun dlm ramai2 cikgu, masih tak leh lawan dgn apa yg pernah  cikgu hajah zainora buat. pernah ke korang lihat cikgu kencing dlm kelas disebalik almari. tak tahulah samada itu lakonan atau betul2. tapi tu lah yg pernah dia buat sbb geram sgt dgn pelajar dia yg suka gaduh time dia tak der. biasalah masa sekolah dulu kan nak tunjuk hero dpn pelajar pompuan. aku pun tak terkecuali. tak tahulah dah brp kali pembaris kuning mengetuk tapak tangan aku ni. ekekeke

kay lah, aku sambung di entry lain pulak. lapar lah, belum breakfast lagi ler.. 

Saturday, October 10, 2009

Kahwin, Aku Kahwin


 

dont make andaian terlalu cepat bila baca tajuk entry ni. tajuk tu tak seperti yg disangkakan. aku bukan nak kawin. belum sampai seru lagi, belum bertemu jodoh lagi. just nak ceritakan pasal mimpi semalam.

yer.. semalam aku bermimpi aku kawin. diulang sekali lagi, aku kahwin. ntah tak pernah2 aku mimpi kahwin sebelum ni. this is 1st time mimpi mcm ni, 1st time in my life. dlm mimpi tu aku lihat sendiri mcm mana sibuknya sedara mara buat persiapan kenduri kawin aku. sampai saat aku angkat nikah depan tok kadi pun ada sekali. tapi tak sempat nak bersanding sbb bila sampai saat aku nak lihat saper pengantin pompuan tu, terus aku terkejut dari tido. kan best kalu aku dpt lihat saper pengantin pompuan tu. manalah tahu kot2 someone yg aku kenal, tak gitu?  huhuhu

mainan tido jer tuh..kan kan kan... apalah mimpi pasal kawin pulak, kan best kalau mimpi jadi jutawan ker, jadi raja ke yg dikelilingi oleh dayang2 dan gundik2.. tak pun mimpi bawak ferrari ke, mimpi pi mekah pun best. ni mesti semalam kes lupa nak baca doa tido, terus dpt mimpi mcm tu.. tapi kan, agak2 nya saper lah pengantin pompuan yg malang tuh? dpt pulak pengantin lelaki yg perangai mcm budak2 ni.. keh keh keh

Thursday, October 08, 2009

Bila Hari Minggu

bagi aku, weekend mmg hari yg memboringkan. dlm kepala aku ni selalunya kosong, tak tahu nak buat apa. selalunya aku surfing internet or main games jer. kalu ada xtvt menarik kat luar, baru aku keluar rumah. beberapa tahun sebelum ni, aku selalu habiskan masa dgn jalan sana sini, beli itu ini kat pasaraya. sejak 2 minggu lepas, aku habiskan masa dgn tgk movie kat rumah jer. tak beli pun, just download. malas sebenarnya nak kuar kan pitih nak beli movie ni. lagi pun nak tgk sekali jer. kalau movie tu best, baru aku tgk 2-3 kali.


well, ni ler movie yg aku tgk sepanjang minggu lepas. aku pelik lah, mcm mana aku boleh tertengok citer hindustan pulak ni. selalunya aku mmg rasa boring tahap cipan nak tgk aksi dlm citer hindustan ni, asyik2 menyanyi, menari sampai habis 7 gunung, 7 lautan.. kalau hero gaduh dgn penjahat, polis mesti sampai bila penjahat sumer dah mati.. boring. apa pun citer hidustan yg 4 ni rasa best pulak. maybe sbb jalan citer menarik kot. dlm keempat2 citer ni, shah rukh khan yg jadi hero..aku tak minat pun mamat ni. mujur lakonan dia best, jln citer manarik. lagu pun so far so good lah..



  
 

kalau tak tgk cite tranformers ni mmg rugi. my childhood heroes ni.  yg no.1 kurang sgt aksi gaduh, yg no.2 ni better than no.1. robot pun semakin banyak. tapi 1 jer yg hampeh, kenapa ler pi buat pertarungan kat padang pasir. kalau kat bandar kan best. boleh tgk kedahsyatan kemusnahan akibat pertempuran between autobot dgn decepticon. whatever, i hope ler filem susulan nanti akan lebih dahsyat. fight ler dlm bandar.

dlm banyak2 box office movie, g.i joe paling tak best. kecangihan teknologi melampaui zaman. kalau ada 5 bintang, aku kasik 2 bintang jer. citer g-force mmg best. aku dah tgk 2x.. masyuk tgk aksi tikus2 belanda ni. apa pun aku tabik kat citer animasi made in malaysia, geng @ upin & ipin. tahun 2011 akan kuar movie pasal upin & ipin plak. harap2 lagi best..