today is thursday.. hari khamis paling best sbb dpt balik awal. kalau hari biasa waktu balik pukul 5 ptg, hari khamis pukul 3.30 ptg dah boleh balik. esok lusa cuti minggu, tulat cuti hari pekerja. boleh rest puas2. yippi yuppi.. today kerja tak banyak mana. banyak masa dihabiskan dgn jln sana sini, dari meja ke satu meja, sembang sampai balik.
Thursday, April 29, 2010
Kawan
kita yang sudah dewasa ni pasti pernah mendengar lagu "Kawan" yg dinyanyikan oleh Ruhil Amani pad awal 90an. lagu ni mmg feberet aku dulu. bila dengar balik lagu ni, terus teringat kenangan masa sekolah dulu. how sweet.. tetiba jer rasa nak pakai balik seragam sekolah, back to school jumpa balik kawan2 dan cikgu2.
Wednesday, April 28, 2010
Kegagalan
hidup ini bagaikan buah catur. andai tersilap langkah, pasti akan tewas. kalau bijak mengatur langkah, pasti kemenangan menanti. aku selalu tertanya-tanya, kenapa acapkali aku mengalami kekalahan? walau sebaik mana pun telah aku mencuba, tapi disaat akhir pasti aku kalah. mungkinkah kemenangan dah tiada dlm kamus hidup aku. kalau dulu aku selalu dikatakan anak bertuah, tapi sekarang dah jadi sebaliknya. entah lah.. aku gagal untuk menjadi seorang anak yg baik, aku gagal menjadi seorang abang yg baik, aku gagal menjadi seorang kawan yg baik, aku gagal menjadi pekerja yg baik dan aku juga gagal membentuk kehidupan yg lebih baik.
Saturday, April 24, 2010
Hati Tak Tenteram
sejak 2 hari lepas, hati aku tak tenteram. dup dap dup dap jer.. something will happen ke? fikiran aku dah meracau ntah ke mana. sekejap terbayangkan ada lagi kwn yg akan pergi selamanya, sekejap teringatkan kat dia, sekejap terbayangkan balik mimpi buruk kelmarin. ntah lah, tangan pun tak pasal2 menggigil ni. maybe ada sesuatu yg menakutkan tapi aku tak tahu apa itu. betul2 benci bila berada dlm situasi mcm ni. nak pi mengajilah utk tenteramkan balik hati ni...
Friday, April 23, 2010
Handphone Dah Rosak!!
after 3 years, nokia 6288 aku dah rosak. ni semua gara2 terjatuh atas jalan raya. terpelanting terus housing dgn bateri tepon. nasib aku sempat tahan sebuah kereta dari mengilis tepon aku. kalu tak, rest in peace. sayang betul aku kat tepon ni. sehari tanpa tepon, rasa mcm ada yg tak lengkap. sekarang ni, bila slide jer, terus skrin terpadam. tak boleh tutup slide langsung, terbogel mcm tu jer keypad. alahai..dah kes berat ni. kena amik tindakan secepat mungkin sebelum skrin terpadam terus utk selamanya. kalau ikutkan sejarah sepanjang 2 thn ni, dah acapkali tepon ni terhentak atas lantai dan jalan tapi masih ok. 1st tepon yg aku pakai, nokia 3310 pun tahan lasak gak. tenggelam dlm air, jatuh dari tingkat 1 bangunan..tapi bila pasang balik bateri still ok, berfungsi dgn baik. just sekali tu jer bila jatuh dlm lubang taik, terus k.o.. maybe sbb tak tahan dgn bau najis kot. .nak buat apa ek? kena cari yg baru ni. today aku pi survey tepon, rambang mata pulak nak pilih yg mana. nak cari yg biasa ke or yg boleh access internet? mana satu, mana 1 ek..?
1st tepon..3310. k.o lepas terjatuh dlm lubang taik
2nd tepon, 6288 dah rosak
3rd tepon, 5530. sempat pakai 3 hari jer sebelum jual balik. tak best langsung. not my style guna touch screen ni.. well, dlm kepala dah ada beberapa jenis model utk dibeli. ntah, tak tau lagi nak beli yg mana 1. last minute baru aku buat pilihan..
6700 slide..berkenan gak yg ni tapi tak der WLAN
N97 Mini. everything ada dlm tepon ni tapi byk sgt rungutan pasal model ni
C6.. yg ni kena tunggu dlm 2-3 bulan lagi.
Tuesday, April 20, 2010
Ibu Yang Disayangi
Ibu yg disayangi.. mengalirkan air mata menjagaku tika ku sakit waktu kecil dulu. Siang malam ibu menjagaku kerana mahukan ku sembuh. Tidur nya tak lena kerana bimbang pernafasanku terhenti tika dia lena diulit mimpi.
Ibu yg tabah.. rela menerima cemuhan mereka yg tidak memahami. Terduduk dia mengutip sebutir demi sebutir beras yg bertaburan atas jalan. Biar pun ada insan yg baik hati menawarkan beras lain namun dgn lembut ibu menolaknya krn beras itu terlalu besar nilainya pada ibu. Beras itu.. dibeli dengan hasil titik peluh ayah bekerja siang dan malam untuk menyara keluarganya.
Ibu yg tegas.. mengajarku halal haram dlm agama. Dlm ketegasan itu terselit kelembutannya. Pesan ibu.. tanpa agama tenggelamlah umat Nabi Muhammad s.a.w.
Ibu yg penyayang.. demi tanggungjawab sebagai seorang kakak, susah dan sakit mcm mana pun tetap dia gagahkan diri untuk membantu adik2 nya. Linangan air mata mengalir tika adik2 nya ditimpa kesusahan. Keresahan terpancar diwajah andai ibu tak terdaya untuk membantu mereka.
Ibu yg perihatin.. kini aku sudah dewasa. namun setiap kali mengetahui aku sakit, dari jauh dia datang untuk menjengguk ku. Andai ku demam, dgn kasih sayang dia meletakkan kain basah didahiku waktu ku tertidur lena.
Ibu yg dihormati, setiap kali menerima panggilannya, takkan sesekali ku mengatakan tidak andai dia meminta pertolongan. Apa jua urusan sanggup ku tinggalkan untuk menyahut panggilannya. Sekalipun terikat dgn jadual kerja yg ketat, tidak sesekali ia menjadi rantai untuk ku melangkah pergi berjumpa dengannya. Aku sanggup kehilangan kerja, mata pencarian tapi bukannya ibu. Kerana rezeki itu ditentukan oleh Tuhan, bukannya manusia. Aku tak sanggup untuk menderhakainya krn syurga di telapak kaki ibu.
Kerana setiap hari adalah Hari Ibu..
Monday, April 19, 2010
Hari Yang Memenatkan
dah pukul 11 mlm. baru sekarang dpt berehat. keluar rumah pukul 7.30 pagi, dekat pukul 11 mlm baru balik. penat wesss..bukan tubuh jer letih, minda pun dah tak berapa aktif nak berfikir. dari pagi sampai maghrib buat kerja, then sambung main badminton pulak. kalau hari2 mcm ni, bila lah aku ada masa nak rehatkan tubuh dan fikiran. lagi pun aku ni bukan jenis boleh buat kerja tanpa henti. blurrr..tadi adalah jugak idea nak tulis apa, sekarang dah hilang. dah lupa apa cerita menarik aku nak kongsi dgn korang semua. nantilah bila aku dah fresh balik, aku akan ceritakan. cuma dlm kepala ni asyik tertanya2, bilalah aku akan dpt offer kat tempat lain. aihh!!nak gosok baju pun dah malas ni, pagi esok jer lah. mata rasa dah tak berapa nak celik tapi tak lah bermakna dah mengantuk cuma letih nak menatap monitor. harap2 aku tak bangun lewat...
Sunday, April 18, 2010
Kembali Ke Tempat Lama
esok, aku akan kembali ke tempat kerja lama. after a few months angkat kaki, akhirnya sirih pulang ke gagang jugak. actually bukan nak sgt pun tapi pilihan yg ada sekarang amat terhad. bila jejakkan balik kaki kat situ, sikit pun tak rasa happy. maybe sbb dah tak ada yg menarik. nevermind..ada offer dari tempat lain pasti aku akan angkat kaki (saja nak sedapkan hati..huu). bila aku keluar dari situ tahun lepas, aku dah nekad tak nak balik lagi ke situ tapi aku terlupa masih ada 1 lagi tugas terakhir yg belum aku buat. tugas yg aku tak sempat buat 10 tahun lepas. after siapkan tugas yg satu ni, barulah sempurna satu pusingan. maybe ini sbb kenapa aku dipanggil masuk semula ke situ.
start esok, masa akan berubah. kalau beberapa bulan kebelakangan ni, aku ada free time yg agak banyak. kali ni, masa akan lebih tertumpu pada kerja. kerja seminggu 6 hari atau penuh. masuk pejabat pukul 8am, balik pukul 10pm. 14 jam masa kat pejabat, 10 jam masa kat rumah. kalau ditolak waktu tidur selama 5 jam, cuma tinggal 5 jam saja utk buat apa2 aktiviti. rasa singkat sgt masa tapi itulah yg akan berterusan sampai penghujung tahun. harap2 tak lah aku terperap sampai akhir tahun. semoga selepas aku sempurnakan tugas yg satu ni, akan ada offer dari tempat lain. bolehlah aku pergi dgn semangat baru, membina kehidupan baru. matrade, bila nak panggil ni.. hekkk!!
kalu korang semua masih ada kan best. tak lah aku rasa boring mcm sekarang ni. korang dah angkat kaki, bila lagi nak sampai giliran aku ni. sepanjang hampir 10 tahun kerja kat sini, inilah saat2 yg paling best sekali. everytime, everyday rasa happy. kalu korang ada terbaca blog ni esok2, aku nak ucapkan terima kasih atas semua kenangan manis masa kita bersama dlm 1 team dulu. sentimental lah pulak bila lihat gambar ni. kat mana kunci nak putarkan balik masa ni.. doraemon!! cepatlah datang. aku nak pinjam mesin merentas masa ko sekejap..
Saturday, April 17, 2010
Interview Dan Kabel
esok, interview pertama yg aku hadiri utk tahun ni. baru sekejap tadi dpt panggilan. nak tahu apa perasaan aku bila dipanggil utk hadiri interview? bosan..tak rasa excited langsung. dah bertahun tahun aku naik tangga turun tangga, ketuk pintu sana sini hadiri interview..satu pun tak tersangkut. kalau layak sekalipun, tetap takkan dpt jawatan yg dipohon sbb tak der kabel. sekarang zaman kabel mengkabel. ada kebal cerahlah peluang utk dpt kerja. tak der kabel, jgn harap. sekadar nak buang masa boleh lah.
pernah aku hadiri interview kat satu jabatan. punyalah lama menunggu, bila sampai giliran aku tak sampai 5 minit dah siap. aik kejapnya..aku tak sempat nak cerita dgn panjang lebar dah disuruh keluar. pompuan sebelum aku punyalah lama di interview. yg satu kes lagi siap ditanya ada tak aku kenal sesiapa kat dlm jabatan? bila aku jawab tak der, terus terang diaorang cakap susah sikit kalau tak der kabel. lain2 tempat pulak ada yg suruh aku sambung study lah.. woit!! aku datang nak mintak kerja, bukan nak apply further study. aku bukan lagi berusia awal 20an, dah dekat 30 dah ni. hampeh... bila lah aku dpt cuba kerjaya lain pulak. dah boring asyik buat benda yg sama...
Friday, April 16, 2010
Pengutip Derma
"assalamualaikum abang, boleh derma sikit untuk rumah anak yatim..?"
"abang, beli lah cd mengaji ni. 10 ringgit jer.."
"beli lah surah yasin ni sambil menderma.."
itu ayat yg biasa aku dengar kalau pi jln2 kat bandar. biasanya, yg meminta derma ni terdiri dari kalangan budak2 yg masih bersekolah. kebiasaannya budak pengutip derma ini datangnya dari sekolah2 pondok ataupun rumah anak yatim di selatan thailand, kelantan ataupun dari negeri di utara. jarang kelihatan pengutip derma kat mana2 tempat selain dari hadapan bank. kenapa ek? walaupun ada waktunya aku meragui status pengutip derma ni sbb jauh sgt diaorang dtg tapi tak lah pulak aku mudah2 melabelkan diaorang ni penipu. sbg umat islam, bukan ke kita mesti selalu bersangka baik. selalu lah jugak aku bertanya dulu dari mana diaorang dtg, tujuan derma ni utk buat apa? saja jer tak nak biarkan andain buruk bersarang dlm fikiran aku ni.
ada masanya aku hulurkan jugak sekeping dua. kesian tgk budak2 ni..berjemur tgh panas ada waktunya sampai malam, berjalan sana sini mohon derma dari org yg lalu lalang kat situ. berdasarkan pemerhatian aku, kalau 100 org yg berada kat situ tak sampai 10 pun yg sudi hulurkan derma. yg lain cuma pandang sepintas lalu jer. kadang2 salam pun tak dijawab. buat dunno jer bila budak2 ni beri salam. apalah salahnya berhenti sekejap utk jawab salam..penting sgt ke urusan tu sampai tak boleh nak jawab salam. tapi tak tahulah kalau diaorang jawab dlm hati. kalau tak nak derma, cakaplah baik dgn budak tu. ini tak, ada pulak yg aku dengar bersunggut "tak habis2 mintak derma". peliklah dgn org zaman sekarang. seriyal pun kedekut.. kalau nak berhibur boleh pulak keluarkan sampai beratus2 beribu2 ringgit.
pernah sekali waktu nak pi bayar loan kereta kat bank, aku disapa oleh sorang budak pompuan. lembut jer suara memberi salam. bila berpaling, alahai comelnya budak ni. terserlah sgt keayuan kat muka budak ni. ntah kenapa rasa ringan tgn jer nak seluk poket seluar. alahai dik, dah malam ni. tak takut ke kalau apa2 terjadi. lagi pun bukan ramai sgt org kat kawasan bank tu. kedai2 pun banyak yg dah tutup. penjaga budak2 ni pun satu hal. dah malam, biarlah budak2 ni balik berehat. tak kesian kat diaorang ke, time siang dah tercegat kat situ, malam pun nak suruh mintak derma lagi. dah kira penganiayaan ni..
Thursday, April 15, 2010
Semalam Dan Hari Ini - Best Friend
Entry ini aku tujukan khusus kpd my best friend.. I hope, today or someday dia akan membaca apa yg aku tuliskan ini. Seandainya waktu itu aku telah tiada, ketahuilah..kamu tetap my best friend. Seribu kemaafan dipinta diatas kesilapan yg telah aku lakukan. Aku telah cuba untuk jernihkan kembali keadaan tapi apa jua yg aku cuba lakukan tak menjadi seperti yg diharapkan. Maafkan ku kerana mengabaikan kamu dahulu..
'Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian'
tersentuh hati aku bila membaca kisah anak kecil ini. sekujur tubuh kecil ini sedang bertarung melawan kesakitan. seandainya si kecil ini mampu bersuara, pasti rintihan kesakitan akan keluar dari mulutnya. marilah kita semua membantu anak kecil ini. bukan wang ringgit yg dipinta, cuma secebis doa agar penderitaan si kecil ini tidak berpanjangan. bacalah dulu rintihan Puan Rohaiza ini. selepas itu terpulanglah kpd anda sekalian samada mahu membantu ataupun tidak. tapi ingatlah, hari ini mereka menagih bantuan kita, esok lusa mungkin kita pula yg menagih bantuan mereka..
'Saya Mohon Belas Kasihan Dari Kalian'
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan.
Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. (bersambung di bawah)
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu.. emailkanlah kepada saya, rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.
Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.
Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha. Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak dinotak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.
Thursday Blues
hari khamis selalu membosankan. entah ler..today tak byk kerja nak dibuat. so, aku try godek2 picture dlm kamera. memori kad 4GB dah hampir penuh. tak tahu let dah dah lama mana aku tak transfer gambar dlm memori kad ni ke pc. nasib ada 2 keping memori kad.. esok dah jumaat..rasa ringan kaki jer nak pi panjat bukit pagi esok. hmm...
ayam jalak yg selalu buat bising waktu subuh
org teganu panggil jentera ni "keta galer"
budok pulau
Happy Birthday To You
seperti tahun2 sebelumnya, tarikh ini tiba lagi pada hari ini. apa makna disebalik tarikh ini? actually, today adalah hari lahir someone. sudah mencecah 10 tahun sejak kali pertama bertemu. 10 tahun yg dipenuhi pahit manis perjalanan hidup. why she is so important in my life? because..kerana dia aku jadi seperti skrg ni ni, seorang lelaki dewasa walaupun ada waktunya aku masih tak dpt buang perangai kebudak-budakan aku. but aku tak pernah terfikir nak ubah 100 peratus sifat semulajadi aku kerana inilah yg membezakan aku dgn org lain, inilah identiti aku. she teach me bertapa bernilainya erti persahabatan. maybe dialah "ainul mardhiah" dlm hidup aku. dia lah sahabat, kaunselor & my first love. ini bukan lagi cinta mirc, cinta monyet or apa saja yg pernah aku ceritakan before this. this is true love..
i know u read my blog. wherever u are, i just want to say..
HAPPY BIRTHDAY
Tuesday, April 13, 2010
Memilih.. Aku Tak Reti
yg mana paling cool ek? dah rambang mata ni nak sambar yg mana. bila tgk, semuanya comel2. ni lah kelemahan aku, bila byk sgt pilihan mula lah tak tahu yg mana berkenan di hati. mcm tu lah bila aku pergi shopping.. masa kat rumah elok2 jer dah catat dlm handphone apa nak dibeli, brand apa.. last2 bila sampai kat super market, dah tak tahu nak amik yg mana satu sbb byk sgt yg terpampang depan mata. kadang2 langsung tak jadi beli. agak2 nya lah kalau ada sebaris pompuan kat depan dan aku diminta utk buat pilihan yg mana berkenan dihati utk dijadikan pasangan hidup, sumpah aku tak boleh buat pilihan. langsung angkat kaki mcm tu jer sbb tak reti nak pilih yg mana satu..
yg ni, comel jer gambar hornet tu
unicorn.. mengingatkan aku kpd gundam unicorn
yg ni boleh flip up..best best
Monday, April 12, 2010
Tangan Manusia Merosakkan Alam
petang tadi on the way balik dari rumah family, seperti kebiasaan aku akan melalui jalan Pantai Tok Jembal. but today ada sesuatu yg buat aku terkejut. jalan yg biasa aku lalui sebelum ni dah hilang. ini semua angkara projek mega penambakkan laut sepanjang 2km untuk memanjangkan landasan kapal terbang. damn you..
pantai tok jembal yg sebelum ni mmg comel lote doh jadi lagu ni. dulu beloh petang boleh bawa family pergi berkelah tepi pantai ni, boleh mandi manda. sekarang tgk lah apa dah jadi. keadaan pantai yg dulunya landai kini dah bertebing setinggi lebih dari 1 meter. bila start projek memanjangkan landasan kapal terbang sultan mahmud, setiap tahun akan berlaku hakisan. kemuncaknya apa yg dpt dilihat kat gambar dibawah tu. mengikut perkiraan, hakisan ni akan menjalar sepanjang 3km hingga ke kawasan universiti malaysia terengganu. sudah ler projek mega ni memakan perbelanjaan besar, skrg ni terpaksa tambah lagi kos utk kerja2 menangani hakisan. jahil betul. kenapa kerajaan negeri memilih utk memanjangkan landasan dilautan sedangkan lebih selamat kalau buat di daratan. Ya Tuhan, ilmu pasang surut ombak laut, pertukaran gelombang, tiupan angin dan musim tengkujuh semuanya ada tapi tak berapa digunakan. inilah angkara kedegilan manusia yg mahu juga menentang putaran alam semulajadi.
wehhh!! bakper mung wat lagu ni ah?
kang kalu kate bengong yer maroh..bodo sombong, jahil tukey, dok reti base lasung.
ce mung tgk amender mu wat tuh!! abih punoh ranoh jalang, abih rebih pata, abih tunggeng pokok ru..
huwaaa... sbb mung ah, abih rosok tepat aku dating dulu..
mung tahu dok? tepat ni lah hok aku berehi sekali lalu sbb aku buleh refresh balik kenangan lamer..
derahh!! bekki balik, bekki balik...
mampukah bongkah batu ni menahan hakisan?
jalan pantai ke tempat riadah dah terputus
rumah tu bakal menjadi mangsa sedikit masa lagi. sebelum ni rumah tu terletak 50 meter dari pantai. sekarang tinggal tak sampai 2 meter pun.
Sunday, April 11, 2010
Gift
beberapa hari lepas dapat gift from someone yg aku kenal kat alam maya. sesaper pun mmg suka kalau dpt gift. kan kan kan.. thanks yer adik maryam. susah2 jer. dlm masa cuti yg singkat, sempat lagi dia tunaikan janji nak sent benda ni kat aku. pemberian ini amatlah dihargai dan akan ku kenang hingga hujung nyawa. whatever, ku doakan agar adik maryam sentiasa dilindungi dari perkara tak diingini diseberang laut sana. semoga success dlm exam dan terkabul impian utk menjadi doktor.. :-)
apa dlm ni ek.. jom kita lihat
ohh cd rupanya. sweet jer kan warna hijau tu..
cd apa tu ekk? ada sesaper nak teka? saya saya.. "cd green". cet!! hampeh, mmg ler cd green, bukan cd blue.. actually kandungan cd tu pasal ISK. apa itu ISK? hmm..ISK tu singkatan kpd "ini sejarah kita". ianya tentang perkembangan islam dari dulu sampai sekarang, kehebatan ilmuan zaman islam menyebarkan ilmu ke seluruh dunia dan juga permasalahan umat islam zaman kini.
Saturday, April 10, 2010
Siri TV Popular Masa Kita Kecik2 Dulu
korang yg lahir pada tahun akhir tahun 70an dan 80an tentu masih ingat cerita popular yg ditayangkan kat tv waktu tu. pasti korang pernah jadi dia hard fan salah satu cerita tu. dulu kat tv lah tempat kita mencari hiburan. bila ada jer cerita kegemaran ditayangkan, semua terpacak depan tv. tekun menghayati jalan cerita. silap haribulan, siap boleh hafal lagi dialog sbb cerita tu dialih bahasa. cerita dah habis, baru keluar bermain dgn kengkawan.
sebut jer apa saja cerita popular masa tu, tentu korang masih ingat biarpun ingat2 lupa. miss comet, moero attack, doraemon, thundercats, he-man, gaban, oltromen, kesatria baja hitam, maskman, flashman dan mcm2 lagi. masa tu ramai yg berangan nak jadi mcm watak hero/heroin dlm cerita tu. kalau budak lelaki, siap pergi beli topeng kat kedai pastu gusti olok2 dgn kawan. kadang2 sampai menangis sbb dikalahkan oleh musuh. hahaha. budak pompuan pulak beli anokkan (patung kertas yg boleh tukar2 baju tu) yg menyerupai watak dlm cerita kegemaran. ok, jom kita refresh balik memory...
Moero Attack Stewardess Monogatari
Flashman
Oltromen Kickers
Gaban Kesatria Baja Hitam
Doraemon
Pungguk Rindukan Bulan
kenapa pungguk rindukan bulan sedangkan ia tahu mustahil untuk bersama walaupun setiap malam ia merenung bulan. adakah kerana pungguk setia berpegang kpd janji sehingga ia sanggup menunggu bulan sepanjang hayatnya...
bulan oh bulan, turunlah ke bumi. sanggupkah kamu melihat pungguk mati dipanah petir kerana bertenggek atas pokok ketika hujan. kesian pungguk, dalam hujan pun tetap menanti kamu munculkan diri...
pungguk oh pungguk, adakah kamu terlupa. bulan hanya sesuai untuk bintang. seperti bulan yg menerangi bumi di waktu malam, bintang pula menyinari alam semesta sepanjang masa. bukankah nyata bulan dan bintang pasangan sepadan..
bagaimana dengan manusia? kenapa ada yg sanggup menunggu sebegitu lama kerana berpegang kpd janji sedangkan masih ramai diluar sana yg sudi utk mengisi ruang kosong yg ditinggalkan. mungkinkah ini salah satu penyebab yg mencetuskan fenomena semakin ramai yg membujang hingga ke akhir hayat. oh my my my.. kalau fenomena ini berterusan tak mustahil suatu masa nanti manusia pun akan pupus mcm dinasour...
Friday, April 09, 2010
The Cedars Blogger Award
dapat award ni dari blog Ben Ashaari sebagai tanda persahabatan dari seorang blogger yg berada di Lubnan. nampak comel jer..ahak ahak. actually ada maksud tersirat disebalik award yg dicipta ni. boleh klik kat SINI untuk mengetahui apa simbolik disebalik rekaan award ni. serba sikit ttg award ni.. korang nampakkan pokok kat award tu. itulah pokok Cedar yg jarang ditemui di dunia. dan ia menjadi kebangaan rakyat Lubnan hinggakan simbol pokok ni terpampang pada bendera negara Lubnan. how sweet kan..
aku syorkan korang melawat blog pencipta award ni. selami kisah beliau di Lubnan. bersyukurlah kita hidup senang di Malaysia tapi jgn sesekali alpa dgn ancaman dari pihak luar dan jugak musuh dlm selimut. pertahankan agama dan negara kita. klik disini yer... MSR
Dia Sudah Datang..
dia dah datang.. siapa dia itu? artis, doktor, lawyer, tukang kasut?
bukan! semua tekaan kat atas saloh. dok betul siket pun.
dah tu, rombongan masuk meminang?
ceh!! ada lak ke situ. aku lelaki, takkan terbalik kot nak suruh keluarga pompuan masuk meminang aku.
dia cuma org biasa jer. Ben Ashaari lah.. thanks yer kerana sudi singgah kat blog ini. satu penghargaan atas ulasan yg diberi oleh Ben Ashaari kat BLOG nya tu. kay lah, nak pi solat jumaat lak.. tok imam dah lama menunggu kat masjid tu. kan nanti kalau tak cukup 40 orang makmum, mcm mana nak jalankan solat jumaat... ngeekk~
Thursday, April 08, 2010
Sindrom Ketagihan Facebook
kalau ditanya, apa yg paling hebat kat internet sekarang ni? bermacam2 jawapan yg akan diperolehi.
macam mana pula kalau ditanya, apa yg 1st korang bukak bila surf internet? ada sesiapa nak jawab? hallo hallo, operator disini. ah!!..ok ok.. yup, betul sekali. jawapannya facebook. sebelum ni aku dah tulis entry pasal kebaikan dan keburukan facebook. boleh baca kat SINI
kali ni aku nak perkatakan tentang sindrom ketagihan facebook pulak. dalam sehari, pelayan internet seluruh dunia menghabiskan masa sekitar 2-3 jam kat facebook. aku sendiri habiskan masa hampir 14 jam sehari depan komputer. what, 14 jam sehari? opss!! tak payahlah terkejut. dalam sehari mmg sengaja aku biarkan komputer terbuka 7 jam sebelah siang, 7 jam sebelah malam dan bukan bermakna straight 14 jam aku terpacak depan pc layan facebook. tak der maknanya. hanya komputer jer yg terbuka utk jangkamasa tu, aku tak der pun depan komputer. mmg jadi tabiat aku biarkan saja facebook, friendster, tagged dan blog terbukak kat browser walaupun aku dah pergi dating entah ke mana. lagipun aku suka download citer anime, sbb tu aku biarkan komputer terbuka. senangkan, balik rumah jer..citer tu dah siap di download.
berbalik kepada ketagihan facebook ni, kat mana2 tempat kerja sekalipun.. pantang ada masa free, terus layan facebook. tak kiralah golongan profesional atau tidak, pegawai, cikgu dan pekerja bawahan semuanya dilanda ketagihan facebook. kalau aku pergi jalan2 kat mydin mall, mmg ramai yg melayan facebook kat laptop sambil sembang2 dgn kwn kat meja makan. sekitar akhir tahun lepas, aku memang dilanda ketagihan facebook. sampai nak keluar rumah pun malas sbb syok layan facebook. tapi sekarang aku dah berjaya buang sikit demi sedikit ketagihan ni. insyaallah sebelum akhir bulan ni, aku harap dah pulih sepenuhnya dari ketagihan ni. memang ketagihan facebook mendatangkan kesan buruk kpd permikiran dan sikap. nak tahu lebih lanjut, sila baca artikel pasal ketagihan facebook kat KOSMO! Online
SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana ...
Ben Ashaari..nama yg cukup asing bagi aku sebelum ni. 1st time baca entry pasal dia kat blog N@M@N, aku tertanya2 apa yg menarik sgt tentang lelaki ini? Jadi, untuk menjawab persoalan yg bermain dlm kepala, aku terus terjah blog Ben Ashaari ni. Hmmm..blog dia simple, berlatarbelakang warna merah but ada satu yg istimewa tentang blog Ben Ashaari ni. This is 1st time aku jumpa blogger yg berupaya menulis berbelas2 entry dlm 1 hari. Oh my..aku sendiri nak tulis 2 entry sehari pun dah kekeringan idea, apalagi kalau nak tulis berbelas2 entry mcm yg Ben Ashaari buat ni. Nak tahu lebih lanjut pasal Ben Ashaari, sila klik kat sini.. KLIK!!
SAYA MAHU BLOG SAYA DI JELAJAH OLEH BEN ASHAARI kerana ...
1- Mahu menambah lebih ramai lagi kenalan maya. Lebih ramai kenalan, lebih banyak info dapat dikongsi bersama dan lebih kreatif utk saya menitipkan coretan.
2- Rasa bertuah sangat jika blog ini dilawati oleh Ben Ashaari yg saya kagumi kemampuannya menulis belasan entry dlm 1 hari. Sifu...
3- Kalau sudi, lontarkan sedikit pandangan tentang blog ini agar saya dpt memperbaiki kekurangan dan membuat penambahan yg mampu menjadikan blog ini lebih menarik utk dikunjungi.
Note: sesiapa pun dialu-alukan untuk meluahkan pandangan tentang blog ini..
Wednesday, April 07, 2010
Mimpi Buruk
semalam aku bermimpi buruk lagi. betul2 terasa mcm real bila dlm mimpi dengupan jantung aku terhenti dan terus melayang ke udara. tersedar jer dari tido, tercungap2 aku nak benafas..degupan jantung bukan main laju lagi. terasa seperti masa tido tu, saluran pernafasan tersekat. oh my my my.. dah acap kali mimpi melayang ke udara ni.. maybe selalu bermimpi buruk sbb aku dah lama tak mengaji. bukan main banyak dan teratur mashaf dan tafsir al-quran tersusun dlm rak kaca, sikit pun aku tak sentuh.. mcm sekadar buat pameran jer.. astaghfirullah al azim. semoga ini menjadi peringatan utk aku sepanjang masa..
suasana dlm gambar ni gelap dan suram. mcm tu ler yg aku rasakan sekarang..
Monday, April 05, 2010
Aku & Kisah Cinta
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu...
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu...
pasti ramai yg pernah dengar lagu kat atas tu. best lagu tu..tak boring kalau dengar acap kali.. ni bukan nak bercerita pasal falsafah cinta atau kisah cinta tragis aku. tak der semua tu. kali ni just nak singkap balik sejarah cinta cintun aku yg bermula sejak zaman sekolah rendah lagi. sebenarnya cinta ni ada bermacam2 jenis. cinta sejati, cinta monyet (monyet pun pandai gak bercinta), cinta antara benua dan mcm2 lagi lah. apapun, cinta yg sebenarnya adalah cinta kepada Allah. waktu subuh tadi ntah mcm mana boleh termimpi tulis entry pasal cinta. terjaga jer dari tidur, terus terasa nak singkap balik kisah cinta aku dulu kala.. siapa yg tidak pernah jatuh cinta, sila angkat tangan? hehe..
pantun ini pembuka bicara,
tentang aku dan kisah cinta,
dalam hati ada cinta dia,
dalam mata ada dirinya...
cinta budak hingusan...
sejarah cinta aku bermula sejak zaman sekolah rendah lagi.. masa darjah 3, aku suka kat sorang kwn sekelas. masa tu aku cuma tahu aku suka tgk dia, tak tahu lagi pun pasal cinta2 ni. apalah maksud cinta pun aku tak tahu lagi masa tu. aku suka tgk dia sbb muka dia comel jer (budak2 lagi mestilah nampak comel..hehe). tapi sekadar curi2 pandang jer lah, nak bersembang jauh sekali. kalau waktu pendidikan jasmani, aku suka sgt intai2 dia.. auu cak!! auu cak!! semuanya berakhir bila dia bertukar sekolah. sampai sekarang aku masih ingat nama dia dan mcm mana rupa dia waktu tu. adakah ini cinta dlm diam? hehe.. aku sendiri tak tahu..
cinta baru baligh...
dah masuk sekolah menengah, aku tahulah serba sedikit pasal cinta2 ni. masa tu suka sgt baca cerpen pasal cinta sampai boleh mengelamun sorang2, membayangkan akulah yg pegang watak lelaki dlm cerpen tu. hehe.. masa tingkatan 1, aku suka kat sorang akak senior. alahai kalau pejam mata pun still boleh nampak muka dia. serius, dia mmg comel. boleh dikatakan ratu kat sekolah masa tu. samalah, mcm kisah kat sekolah rendah..cuma boleh pandang2 dari jauh. kadang2 time rehat saja2 jer lalu kat tepi kelas dia, pandang2 jeling2. nampak dia jer, berbunga2 hati aku ni..huhu. tapi mcm tu lah, sapalah diri aku masa tu. pelajar yg tak pernah lari dari melanggar disiplin. adalah sekali 2 dia tangkap aku sbb langgar disiplin. dia tu pengawas, aku student tak berdisiplin. dah mcm air dgn minyak lak. after dia tamat tingkatan 5, aku dah tak jumpa dia lagi. sekarang dah terjumpa balik dia kat facebook. tapi berkawan biasa jer..dah tak der perasaan suka2 tu dlm diri aku. hehe
cinta remaja
tamat tingkatan 3, aku bertukar ke sekolah lain. sepanjang tingkatan menengah atas, aku semakin tercari2 cinta pertama. nampak member 2 bercouple, aku pun terasa nak jugak. asal tgk student yg comel, terus terasa nak tackle walaupun hakikatnya aku tak berani sbb student pompuan yg comel dan popular kat sekolah sure dah ada couple. well, aku pun berkedip2 mata jer lah tgk. tapi dlm diam, ada sorang rakan sekelas suka kat aku. bagaimana aku boleh tahu pasal ni? of coz lah member baik dia yg bagitau. tapi masa tu aku blurrr.. tak tahu mcm mana nak buat aku suka jugak kat dia. tapi kalau dia ada dekat dgn aku, aku akan jadi gelabah tak menentu. pernah sekali masa naik bas bersama, aku dah jadi bengong sgt sampai lupa nak picit loceng. tak pasal2 terlajak jauh dari sekolah. ni semua pasal dia ada kat sebelah..huhu. whatever tak pernah sekali aku ckp aku suka kat dia. bila habis sekolah, lost contact mcm tu jer.. sebenarnya sepanjang zaman sekolah ni, aku berkenalan dgn ramai student. sampai dlm album kecik aku penuh dgn gambar2 diaorang ni. tapi tak 1 pun melekat.. just mcm sekali angin bertiup jer.
cinta telefon
selepas habis bersekolah, aku berkenalan dgn sorang awek. usia dia muda 2 thn dari aku. kisah ni bermula dgn tak sengaja. satu hari dia call tepon rumah aku, nak bercakap dgn sepupu. tapi ntah mcm mana 1st time jawab panggilan tu terus melekat. dlm sehari adalah 1-2 kali bergayut. aku tak pernah pun call dia. dia yg gatal2 nak call aku. sepanjang tempoh beberapa bulan bergayut kat telefon ni, belum pernah sekali aku keluar jumpa dia. kenal dia pun melalui gambar yg dia pos. after dia bertukar ke KL, langsung dah tak terima panggilan dari dia.
cinta surat menyurat
sebelum internet berkembang maju, surat dan telefon lah yg menjadi penghubung. alah, masa tu manalah reti lagi nak guna email. handphone pun belum termampu beli lagi. masa tu sesaper yg pakai handphone, mmg dikira byk duit lah. kadang2 aku terfikir, boleh ke budak2 zaman sekarang survive kalau tak der handphone dan internet? tahun pertama aku kerja, ada sorang pompuan minat kat aku. nak berkenalan dgn aku, dia suruh sorang kawan jadi posmen secara tak rasmi. 1st time terima surat dari dia, aku tertanya2 siapa gerangan pompuan ni. siap lukis gambar kartun lagi kat surat tu. bau bedak usah dikiralah. bukak jer surat, berterabur bedak jatuh atas meja. klasik betul.. bila dirisik diselidik, rupanya dia duk kat tingkat atas jer. lama lah jugak berutus surat ni sampailah di hari lahir aku. dia nak jumpa sbb nak bagi present katanya. well, kitaorang jumpalah kat tangga. tu lah kali pertama sepanjang berminggu2 lamanya aku dpt jumpa dia. mmg malu2 nak ckp. kering idea terus.. tapi yg best bila dpt present. sapu tangan berserta gambar dia. boleh lah tahan. mcm tu lah seterusnya sampai hari terakhir dia kerja kat situ. aku dipaksa amik gambar bersama dia. huh!! apa kes main paksa2 ni. rupanya dia suka kat aku. geram sgt bila aku acap kali mengelak bila dia ajak bergambar. hahaha... sepanjang tempoh berkenalan dgn dia, cuma sekali 2 jer kitaorang bergayut kat telefon, selebihnya main hantar2 surat jer. kesian kat kwn dia yg jadik posmen tu, tak dapat gaji pun. selepas dia tamat kontrak, aku masih lagi terima surat dari dia. surat terakhir yg aku terima waktu tahun terakhir pengajian dia kat utara. lepas tu..tut tut tut tuttttttttttttt~~~~~ mesin hayat pun berhenti. aku pasti dia dah kahwin...
cinta kad raya
aku paling suka terima kad raya. setiap tahun sampai sekarang aku masih terima kad raya. cara tradisional lagi best berbanding cara moden. kebanyakan org skrg ni lebih senang hantar sms/mms jer. save cost katanya. dlm simpanan aku ada berpuluh2 keping kad raya. kebanyakan dari kwn lama. tapi still ada jugak kad raya dari someone yg buat aku tertanya2 sampai sekarang, siapakah gadis misteri ni? bayangkan, setahun sekali terima kad raya dari dia. ayat kat dlm bukan main puitis lagi. boleh cair hati aku bila baca. aku hanya tahu nama dia tapi sekali pun tak pernah lihat mcm mana tuan punya badan. sempatlah 2 kali terima kad raya dari dia. lepas tu senyap mcm tu jer.. agak2 nya lah, kalaulah awal2 lagi dia hantar gambar dia. apalagi kalau org dlm gambar tu tua mcm nenek wook, tergamak tak aku balas kad raya dia masa tu? hahaha
cinta mirc
sebelum wujudnya facebook, friendster dan popularnya YM, korang semua tentu pernah berchatting melalui mirc kan. ekk, tak ingat? hmm..referesh balik memory korang bila lihat gambar kat bawah tu.
waktu tu mirc lah yg paling best sekali bila nak chatting dgn kengkawan. mcm2 nickname yg tersenarai bila login ke dlm mirc. melalui mirc lah aku berkenalan dgn ramai org. kebanyakannya pompuan, of coz lah kan. lelaki, mcm tu lah..hehe. waktu mirc tgh popular, aku suka layan kat pejabat. mentang2 lah line clear, tu lah kerja aku bila punch in. dlm mirc, aku berkenalan dgn sorang student politeknik. aku pun dah lupa nickname yg dia pakai tapi nama bunga lah. adalah dlm 2-3 minggu bermesra kat mirc sebelum aku dicabar oleh kawan2 utk dating dgn budak ni. dah namanya hero, mmg pantang dicabar. setelah sesi pujuk memujuk, akhirnya budak ni bagi green light utk jumpa tapi dgn syarat tak jauh dari flat dia. dgn bangganya aku curi2 keluar dari pejabat utk berjumpa dgn budak ni. hmm..comel jugak. muka iras2 haleeda. tapi pelik bila dia suka tutup mulut masa bercakap. sebelum aku blah, dia dah tak tutup mulut bila tersenyum. Ya Tuhan, aku jadi batu sekejap bila lihat dia senyum. u all know why? of coz lah bukan manis sgt senyuman dia tu tapi gigi dia. gigi ronggak ke? bukan bukan, gigi dia terlampau kuning (org teganu panggil kuning sior). ni dah berapa lama dia tak gosok gigi ni. patutlah selalu tutup mulut bila bercakap. ohh tidakk... hancur cinta mirc aku lepas tgk gigi budak ni. lepas tu aku dah tak chatting lagi dgn dia kat mirc. teruk aku kena gelak sakan bila cerita hal ni kat member2 pejabat.
sebenarnya ada lagi kisah cinta dlm hidup aku, cinta persahabatan. yg ni tak leh kongsi kat sini. terlalu tragis. biar aku sorang jer yg tahu. kan kalau tulis jugak kat sini, ada pulak yg rasa sebak bila baca. huhuhu.. well, seperti kata org..bukan semuanya kita boleh berkongsi dgn kawan2. kay lah, nak pi solat lah pulak. dah dekat kol 3 ni waktu entry ni ditulis. tata titu tutu toto.. ngeekkk~
Sunday, April 04, 2010
Search Engine MyLook - Setiap Carian Akan Dibayar
well..korang dah pernah dengar pasal search engine terbaru MyLook ni. ini search engine alternatif selain dari Google, Yahoo, MSN dan macam2 lagilah. sesiapa yang register dgn MyLook akan dibayar untuk setiap carian yg dibuat melalui search engine MyLook ni. sehari maksimun 5x carian jer. lebih dari ttu tetap akan dikira 5x carian sehari. best best.. jom ah join sekali.
$0.22 per search x 5 times = $1.10 per day
lihat gambar kat atas. tuh aku punya.. baru sehari, 5x guna search engine MyLook dah dpt byk tu. berminat? klik logo MyLook kat bawah tu.. register dulu pastu tgk lah hasilnya mcm mana..
Subscribe to:
Posts (Atom)