Tuesday, April 20, 2010

Ibu Yang Disayangi

Ibu yg disayangi.. mengalirkan air mata menjagaku tika ku sakit waktu kecil dulu. Siang malam ibu menjagaku kerana mahukan ku sembuh. Tidur nya tak lena kerana bimbang pernafasanku terhenti tika dia lena diulit mimpi.

Ibu yg tabah.. rela menerima cemuhan mereka yg tidak memahami. Terduduk dia mengutip sebutir demi sebutir beras yg bertaburan atas jalan. Biar pun ada insan yg baik hati menawarkan beras lain namun dgn lembut ibu menolaknya krn beras itu terlalu besar nilainya pada ibu. Beras itu.. dibeli dengan hasil titik peluh ayah bekerja siang dan malam untuk menyara keluarganya.

Ibu yg tegas.. mengajarku halal haram dlm agama. Dlm ketegasan itu terselit kelembutannya. Pesan ibu.. tanpa agama tenggelamlah umat Nabi Muhammad s.a.w.

Ibu yg penyayang.. demi tanggungjawab sebagai seorang kakak, susah dan sakit mcm mana pun tetap dia gagahkan diri untuk membantu adik2 nya. Linangan air mata mengalir tika adik2 nya ditimpa kesusahan. Keresahan terpancar diwajah andai ibu tak terdaya untuk membantu mereka.

Ibu yg perihatin.. kini aku sudah dewasa. namun setiap kali mengetahui aku sakit, dari jauh dia datang untuk menjengguk ku. Andai ku demam, dgn kasih sayang dia meletakkan kain basah didahiku waktu ku tertidur lena.

Ibu yg dihormati, setiap kali menerima panggilannya, takkan sesekali ku mengatakan tidak andai dia meminta pertolongan. Apa jua urusan sanggup ku tinggalkan untuk menyahut panggilannya. Sekalipun terikat dgn jadual kerja yg ketat, tidak sesekali ia menjadi rantai untuk ku melangkah pergi berjumpa dengannya. Aku sanggup kehilangan kerja, mata pencarian tapi bukannya ibu. Kerana rezeki itu ditentukan oleh Tuhan, bukannya manusia. Aku tak sanggup untuk menderhakainya krn syurga di telapak kaki ibu.

Kerana setiap hari adalah Hari Ibu.. 

 

3 comments:

Unknown said...

so touching baca entry ni...esok pagi2 nak call mak kat kg....thanks kerana saling ingat mengingati...

Unknown said...

sabda Nabi Muhammad s.a.w

"cintailah ibu mu, ibu mu, ibu mu, dan kemudian bapa mu..."

suzieapai said...

huhuuu....rindu ke mok kita la pulok....

dlm kesibukan kita meniti hari mencari rezeki, jgn dilupa ibu yg melahirkan kita...