Thursday, January 20, 2011

Cinta Dan Islam

Firman Allah yang bermakud, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri. Supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Surah Ar Run ayat 21)

Cinta bukanlah sesuatu yang salah kerana ia merupakan perasaan fitrah manusia yang telah dianugerahkan dan ianya perlu dibimbing agar sejajar dengan kehendak syariat serta tidak melanggar ketetapan-Nya.

Cinta yang sebenarnya tidak memandang pada rupa paras yang cantik, ia tidak mementingkan aspek fizikal semata-mata sebaliknya menghargai di antara satu sama lain dengan menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.

Islam memberi ruang pada perasaan fitrah ini dengan mensyariatkan pernikahan sebagai tempat bermuaranya cinta. Islam mentarbiahkan dan menyucikan perasaan cinta ini dengan ikatan yang halal menerusi akad nikah. Sebagaimana yang disabdakan dlm ayat berikut.

"Tidak terlihat diantara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan" (Ibnu Majah)

13 comments:

Ayuni said...

cinta yg sejati hanya datang dari Allah...

♥cikmOt♥ said...

betul cakap ayuni...

selamat sore der...rini mud kelaut...cam dah takde hala tuju nak berblog...

Cik TeN10 said...

tuan punya blog ni bila lg?..hehe
(^.-)

cik mici said...

setuju gak ngan ayuni....

asyik keluar n3 cinta jer nih...owh...lupa org tu kan dah 'kawen'...:p

Unknown said...

Ayuni - sesungguhnya cinta kepada Allh tidak pernah mengecewakan kita

Unknown said...

cik Mot - betul betul betul

saya pun sama jugak..mood tgh bergelora mcm ombak kat pantai. sekali ok sekali tak ok.

Unknown said...

Cik TeN10 - tuan punya blog lambat lagi. lom ada org datang meminang..:P

tgk ler kalau ditakdirkan bertemu jsomeone tahun ni, kawinlah thn depan...tetetete

Unknown said...

JP Nurul - saja nak menyemarakkan cinta yang sebenarnya dikalangan pencari cinta.

ehh, betul ah. saya dah kawin cuma belum akad nikah jer lagi..tetete

Unknown said...

good night mama resakse...

apdm said...

salam.


sebenanrnya cinta itu apa? :D


dari hati sampai ke mati :D

Unknown said...

cinta terlalu byk pengertian... :)

Anonymous said...

salam, nak tanya ckit. salahkah ite suka kt ssorg/ dan salahkh jika sorg perempuan mluahkn perasaan die terhdp laki tersebut. namun, die benr2 bukn ingn bercple. cume hanya ign mlpaskn beban perasaan di hati?

Unknown said...

tak salah meluahkan perasaan utk mdapatkan kepastian...