Wednesday, January 19, 2011

Tegas Dan Amarah

Sesiapa sedang mencari pasangan yang tegas, boleh reject terus aku dari list calon. Huhuhu.. Betul ah aku tak tipu sebab aku bukannya jenis tegas pun. Banyak sangat berlembut sampai menyusahkan diri sendiri. Bila dah selalu berlembut, mula lah ada yang ambil kesempatan nak pijak kepala. Tegas susah, tak tegas pun susah.

Sometimes aku rasa macam tak sempurna sebab tak tegas dan tak pandai nak marah orang. Macam mana nak tegas kalau ayahanda pun tak pernah tegas dan marah aku masa kecik dulu. Selalu bagi nasihat jer. Cuma bonda nampak tegas sikit itu pun masih banyak berlembut dalam banyak perkara. Terbawa sikap berlembut ayahanda dan bonda dalam diri aku. Tak boleh nak kikis sikap berlembut dengan orang ni. Terkena pulak dengan sikap aku yang tak boleh serius dalam perkara penting. Ada saja nak main-main.

Bagai kecacatan rasanya kalau tak tahu macam mana nak luahkan kemarahan. Tak tahulah hormon apa yang kurang sampai selalu rasa kesian nak marah orang. Selalu nak jaga hati dan perasaan orang. Bimbang kalau orang tu terasa hati sedangkan hati aku tak der siapa nak kisahkan. “Lantak kau lah fairul nak terasa atau tak.” Itu ayat yang dah kalis telinga aku mendengarnya. Nak terasa hati tu ada lah tapi sekejap jer sebab tak suka simpan lama-lama dalam hati. Nanti jadi barah.

Adakah aku akan dianggap sebagai insan yang lemah kalau tak tegas dan tak pandai marahkan orang? Entahlah... Yang aku tahu, harus sentiasa berusaha menjaga perhubungan baik dengan semua orang. Itu pesan ayahanda dan bonda. Biarlah dipandang rendah asalkan tidak mempunyai musuh. Peace no war

14 comments:

Ayuni said...

hikhik, oklh tu, klau sye lh, x ske laki pemarah...

NaDia CoMaNeCi said...

tegas x semestinya pemarah..tegas tu kena ade dlm hubungan ok en mata hati..

ciK mOt ©™ said...

saya plak kalu rasa nak marah sangat, selalunya saya diam...arghhh....bengkak hati ni...

gadisBunga said...

saya jenis yg tak reti marah walaupun terhadap benda yg sepatutnya saya boleh marah. sebenarnya perangai mcm ni agak menyusahkan jugak.

mungkin tak kite boleh belajar?

ciK mOt ©™ said...

der...tanpa segan...saya jemput hang join forum ni...

jom la lepak sana...borak2...

Syoknya Blogging

JP Nurul said...

bguslah xcepat marah...
yg tegas tu perlu...kalau x asyik kena tindas lah nnt...


bukan macam sy cepat naik angin..mulut main lepas cakap jer...kadang2 rasa gak bersalah...tp tulah...sy bukan penyabar...

ainnoraini said...

kadang2 mudah sgt cepat marah..tapi cepat baiknye semula...

ArELeEz said...

hmm.. bg leez, dua2 perlu balance. kene ada tegasnye & jugak lembutnye..

SUZIE APAI said...

jadi la diri kita yg sebenar....

akak pun spesis sama2...tak tau camner nk gaduh...ssh nk ambik hati wlu ape org buat...

Cik TeN10 said...

kdg2 perlu jgak bertegas...ganbatte!

NOOR FATIN said...

bagus jugak mcm tu. xmarah2. cuma jgn terlalu berlembut dgn org. takot org pijak kpala awak :)

papabear said...

biar ramai kawan jangan ada seorang miusuh pun... pasal kerja, pikir baik2 sebab bukan senang nak dapat kerja yg betul2 sesuai dengan kemahuan kita...

NiK iMaN a.k.a NiCkiLiCouS! said...

sy tegas! ehhehee

deqlis said...

tegas tak semestinya pemarah..

pemarah tak semestinyer tegas!!

hahaha kang pening pula...

-menjadi tegas dan memarahi sesuatu adalah perlu... tetapi tegas dan marah pada sesuatu yang mencetuskan tepukan syaitan hendaklah di kawal tindakan itu...jgn terlebih amarah nanti merana diri..NAMUN, tegas untuk sesuatu yg membawa kebaikan dan jati diri amat perlu bg memartabatkan pegangan agama dan bangsa!..

okies..

JOM USHA:Deqlis dah join..uolls dah ker?? Pendapatan Sampingan Berblog Dengan HeartBeat.My ...!