Wednesday, January 19, 2011

Tentang Aku, Tentang Blog, Tentang Hidup

Sejak kembali online, banyak perkara yang bermain dalam kepala aku. Yang negatif melebihi yang positif. Mood nak mengarang entry pun macam chipsmore, sekejap ada sekejap tak der.  Sometimes dah letak tajuk tapi tak tahu macam mana nak olah apa yang bermain dalam fikiran, terus delete. Sometimes dah sampai pertengahan cerita tapi tak tahu nak sambung macam mana, terus delete. Sometimes dah hampir siap satu entry tapi rasa macam ada yang tak kena jer dalam penulisan, terus delete gak. Boleh dikatakan dalam 10 entry yang aku cuba karang, cuma 2-3 jer yg dipublishkan. Selebihnya masuk dalam bakul sampah.

Apesal rasa macam kecik jer bila tengok blog ni. Nampak dekat tapi rasa tersangat jauh. Nak klik masuk ke blog pun rasa macam berat jer. Tapi nak ke tak nak kena rajinkan diri jugak. Simpati dengan pengunjung yang datang nak baca new entry tapi yang ada cuma entry basi. Oh my my my... Esok-esok kalau nampak cuma 1 entry sehari atau seminggu, faham-faham jer lah keadaan aku yg dalam gelombang negatif.

Banyak yang tak kena sekarang ni. Hari ni dah 19 hari berada dalam tahun baru tapi belum nampak apa2 tuah yang mendatang. Segala yang aku buat serba tak kena. Sometimes pada pandangan mata orang lain, sometimes pada pandangan mata aku sendiri. Serba tak kena. Samalah seperti pergi ke kedai kek dan roti kelmarin. Dah select mana yang nak dibeli tapi belum pun langkah sampai ke kaunter pembayaran, aku dah pusing balik letak kek tu ke tempat asal dan keluar dari kedai tu. Arghhh!!! apa yang tak kena ni ah. Segalanya buntu, kabur. Rasa macam berada dalam sebuah bilik yang tak punyai lampu, tingkap dan pintu keluar. Inikah yang dinamakan krisis dipertengahan hidup?

Dalam fikiran asyik nak cari kerja lain. Dah boring dengan opis tempat aku mencari rezeki selama ni. Dah tension buat kerja yang sama setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun. Aku dah letih nak berhadapan dengan responden setiap hari. Aku dah letih sangat bila asyik-asyik turun field, asyik-asyik outstation. Tahun lepas dah gagal dalam percubaan untuk angkat kaki sebab nak sempurnakan tugasan terakhir. Harap-harap kali ni aku betul-betul dapat angkat kaki. Aku dah malas nak tengok muka orang yang suka menikam dari belakang, yang suka amik kesempatan diatas kelemahan aku yang tak pandai marah-marah. Dan aku dah malas nak lihat kawan-kawan aku dijadikan kambing hitam oleh orang atasan untuk menutup kegagalan diri sendiri.

Hujung tahun nanti usia aku dah sampai kepada 3 series. Orang cakap kehidupan orang lelaki bermula pada usia 40 tahun. Tak tepat langsung. My life akan bermula pada usia 30. Aku tak pasti samada masih sempat bertahan hingga ke usia 40. Nafas semakin hari semakin perlahan. Better start lebih awal melakukan sesuatu yang perlu dilakukan. Bukankah setiap kali menyambut ulangtahun kelahiran bermakna semakin pendek usia kita. Malaikat Izrail hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa. Tak tepat kalau mengharapkan agar dipanjangkan usia kerana hakikatnya usia kita semakin pendek dari hari ke hari.

Soal kahwin, aku dah letih nak menaip pasal tu. Ya ya aku dah berusia 29 tahun tapi belum berpunya. Soalan bila nak kahwin aku dah letih nak menjawabnya. Bukan letih kat mulut, tapi letih fikiran memikirkan jawapan yang patut diberikan utk mengelakkan lebih banyak lagi soalan ditanya. Serius aku cakap aku tak der keinginan nak kahwin selagi belum sampai jodohnya. Err..betul tak ayat ni? Lantak lah...

Aku ni rupa biasa2 jer ala-ala cukup makan, tak mampu nak tarik perhatian anak dara dan mak dara (2nd choice) yang cantik menawan. Jadi dalam memilih pasangan aku tak pandang kepada rupa tapi mencari seseorang yang akan sentiasa mendekatkan aku kepada Tuhan, menambahkan lagi kecintaan aku kepada Tuhan. Dan paling utama bukan jenis yang suka berpakaian tak cukup kain dan bermekap setebal 4 inci. Wajah natural jauh lebih comel kerana setiap kejadian adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t.

Nak stop dulu sebab perut dah lapar sangat. Nak makan aku rasa tak berselera lagi. Tunggu malam nanti jer lah untuk gabungkan 3 in 1, breakfast + lunch + dinner. Kekeringan idea duk fikir nak masak apa malam ni. Oh yaa...hujung minggu nanti mak dengan adik ajak makan sushi. Best best sebab dah lama tak makan sushi ni.

12 comments:

Cik Anita said...

Mood mencoret kat dunia belog ni, dia akan datang dan pergi. Kadang rajin sangat, kadang malas sangat. Biarkan benda tu berlaku secara natural. Macam nak mencari kekasih hati yang natural jugak. Yang penting jaga diri, hiasi peribadi. ;)

Unknown said...

itulah mood ni bukan boleh dibuat-buat. bila mood tak baik, semua benda rasa tak kena.

Lydia Miza said...

tentang blog...biarkan saja mood tu pasang dan surut.Tp tentang kehidupan realiti,cr lah apa punca semua itu berlaku.Jgn abaikan kesihatan diri...kita seumuran tapi perjalanan kita jauh berbeza.Tentang jodoh..Allah akan beri bila masa nya tiba.Tak perlu risau.Wanita baik..adalah buat lelaki yang baik.

Unknown said...

pasal blog saya tak amik kisah sangat.
pasal hidup tu yang rumit. puas perah kepala nak fikirkan kat mana silapnya tapi tak jumpa.
pasal jodoh berserah kepada Tuhan. moga pasangan itu adalah sebaik2 jodoh utk ku

Miss PIJAOSIX said...

aku pun sedang meniti hari2 yang tak bes dalam kehidupan. Tahun baru yang betol2 memberikan cabaran buat aku. Perkhabaran yang bisa membuatkan masa depan aku jatuh atau bangun...

macam mana pun hidup perlu diteruskan...

soal jodoh...aku pun alami benda yang sama..tahun ini jer dah 30+. Soalan dr org adalah biasa..tapi dah malas nak amik tahu...

ape boleh kate..bykkan bersabar...:)

Unknown said...

saya tujukan lagi "kita serupa' kepada cik pija yang jauh diseberang sana

cek chun said...

soal jodoh, kita pun serupa :p
dah tak ambik port dah.
jangan pikir sangat pasal dugaan yg mendatang.
lagi dipikir lagi serabut kepala.
kena strong, cari jalan untuk manipulate kelemahan, kekurangan supaya menjadi kekuatan buat kita

★ .the named anis suhana binti hashim. ★ said...

Life is not supposed to make you feel happy. It is not meant to make you feel sad either. It is just there to make you feel.

p/s : mahu sushi juga. nyumnyum :D

REMEMBER: WHATEVER HAPPENS, HAPPENS FOR A REASON.

Ayuni said...

jgn give up, rmai lagi pempuan kt luar saner....

cik mici said...

kalau dah tersa stress nak bekerja kat tempat skrg,better resign je cpt..cari kerja yg boleh buat kita tenang...

i.Allah...adalah jodoh tuh...kena sbr menunggu...

♥cikmOt♥ said...

adehh...lambat sangat jual minyak...kalu idak, leh gak try jadi calon...

der, pepun, HIDUP MESTI TERUS ok...saya doakan yang terbaik buat anda...

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

leez pun selalu gak tensenkan psl keje. kdg2, rasa cam dah xbuleh blah sbb depressed sgt! sib baik ada my 'sayang'. dialah teman.. dialah sahabat.. dialah kekasih.. dialah suami & dialah jugak p'dengor setia setiap keluhan. @ least, dah xt'beban sgt dgn tekanan..