Wednesday, January 19, 2011

Merubah Budaya Bercinta Dalam Masyarakat

Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada "dating", berhubung melalui telefon, berbalas sms dan lain-lain.

Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila perkahwinan tidak dimulakan dengan hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum kahwin. Kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.

Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.

Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan, "Ya Allah, Kurniailah aku cinta-Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu.

Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.

Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat istikharah dan berdoa, "Ya Allah, aku suka lelaki/perempuan ini. Kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah"

"If you love someone" mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhluk-Nya suka atau tidak. Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri.

Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.

13 comments:

azzey said...

Mudah2an kita semua mencari cinta yg diredhai Allah..amin

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

sepatutnye, lagik lama kawen lagik suburlah cinta. tp, vice versa lak. keen ubah mentality la.. jgn segan2 nak jadik mr/mrs romantik w/pon dah 1/2 abad kawen. halal kan.. tp, jagalah batasan..

anys nadhilah said...

after keep reading , i realize sumthing , nice post :}




*hit me back

Encik MamaT said...

susah nak hakis perkara ni... dah jadi kebiasaan.. bila dah jadi kebiasaan orang akan memandang perkara itu normal.. seperti aurat... dan sekarang orang mengatakan ianya boleh... hmm

kella said...

bagus entri ini!

Cinta memang luas.. dan jangan lupa perasaan cinta itu juga sebenarnya datang kerana pemberian Allah..
jika dia mahu tarik.. sekelip mata sahaja boleh berubah..

syukur seadaanya..

jadikan diri sendiri yang terbaik,
selayaknya untuk mencintai
dan jadikan diri sendiri begitu berharga..
selayaknya untuk di cintai..

yang memberi tak rugi dan yang menerima juga tak rugi..

:)

Annaz Aufa said...

Budaya bercinta memang susah,, hanya ada satu yg bsa membuat positif bercinta ,, yakni pernikahan,, kalo udah nikah bercinta bisa jadi ibadah..

Ayuni said...

hm, xsemua camtu....

Miss PIJAOSIX said...

erm.....cinta itu sesuatu yang sukar dimengertikan...........di salah gunakan..tapi sebagai manusia kite tak lari dr buat silap..

saling beringatlah!!!

cik mici said...

wah...entry cinta!!!nice!hehe


harap dijauhi segala maksiat...
bercinta selepas akad nikah lebih manis...^_^

Noor Fatin said...

semoga dijauhkn dr maksiat.. amin..

Lydia Miza said...

nice entri...moga mata hati dapat mencari suri hati buat peneman kesunyian.

isabelle said...

rasa mcm tingin nak dating lg..tanpa perlu kejar anak, tanpa perlu pikir..alamak nak benti nyusus, nak salin diapers:P

ierayahaya said...

actually i pun x th what is the exact doa. sbb kdg2 doa tu pnjg n i plak lupa. tp i sll doa moga dapat yg terbaik untuk diri. hehe~