Thursday, January 20, 2011

Dah Naik Tak Nak Turun

Semalam pergi beli bawang kat pasar borong. Mak oiii!! Mahalnya sampai RM7 sekilo. Mencengkik darah ke apa ni ahh. Macam mana harga bawang pun boleh naik. Confirm lepas ni tak turun-turun. Asal minyak naik jer, barang keperluan nak naik sama. Dengar kabar tahun ni petrol naik lagi. Kejam betul zaman sekarang.. Lepas ni tak boleh beli kereta baru lah jawabnya.

Pergi beli telur ayam kat pasaraya, dapat 5 bijik jer untuk RM2. Perghh!! Dah jadik 40sen sebijik sekarang ni. Dulu masa aku kecik 5 bijik cuma seringgit jer. Besar-besar pulak tu. Sekarang ntah gred apa yang dijual. Harga gred C dan A nampak lebih kurang sama jer. Harga santan pun naik sebab kurang bekalan. Patut lah harga kuih semakin mahal sedangkan saiznya semakin kecik. Kalau semua harga barang keperluan naik, macam mana nak basmi kemiskinan tegar. Semakin bertambah adalah.

Sekarang kalau bawa RM10 pergi kedai, berapa banyak barang lah boleh dibeli. Kalau roti hiris dah RM3 sebungkus, daging burger RM7 sekilo. Kalau brand Ramly’s mahal sikit. RM10 untuk 2 jenis barang jer. Kalau beli gula dan minyak masak dalam pek, berapa kilo sangat boleh dapat. Biskut kacang dalam bekas pun dah RM3. Kadang-kadang terasa RM10 tu macam kecik sangat nilainya sekarang. Kalau pergi breakfast kat kedai, paling kurang mesti RM5 ke atas. Kalau lunch lagi lah. Mesti spare RM10 dalam poket.

Nak tunggu dan lihat apa lagi nak naik lepas ni. Hantaran kahwin? Tak kahwin lah aku jawabnya kalau nilai hantaran kahwin pun naik. Sekarang ni kalau buat kenduri biasa-biasa paling kurang pun mesti ada RM20k dalam tangan. Oh my.. Adik beradik aku nanti kalau buat majlis kahwin confirm kena belanja banyak sebab bonda ramai sangat kenalan. Kalau macam ni lah gayanya, boleh aku pertimbangkan kahwin dengan gadis Morocco. Ekekeke

15 comments:

JP Nurul said...

jauh sangat gadis morocco tuh..gadis siam kan ada...comey lotte ag...haha


pasal barang naik...biasalah, tengok r sape yang tadbir negara skrg..:P

Ayuni said...

hm,brg makin mhl, skang niu mkn kt cafe pun dh nk dekat rm10 sehari

sz | m.s.s said...

ahahaa..
tang morocco tu buat akak tersenyum...

yang atas2 tu memang semuanya naikk belaka!

SYaMiLa said...

dulu roti canai 40sen je..skrg ni dh RM1...dh tu kecik la tu..huhuhu

kawin gadis morocco..wat lawak lak...he3..

jgn buat majlis besar2..ikut kemampuan...

deqlis said...

pernah gak terpikir nak duk Morocco... ngeee..

tp tue laa susah klu home sick..

lainlah angkut family2x semua p sana hehe..

..juta2 abis klu buang tol ker, turun hege brg keperluan ker bagus jugak kan??

so dok fikir2x nk pangkah apa lepas nie..opps!!

assyafieq said...

itulah kenyataan kalau udah naik tak bisa turun....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

wahh gadis moroco..pastikan sis diundang walau siapa pun gadis pilihan hati.

My Special Mall said...

dahsat ek, inflasi, inflasi..... gadis morocco gaks yng laku lepas ni... hu hu hu

MAPPIAU said...

dulu tengah bulan boleh survive lagi, sekarang ni tengah bulan dah tak boleh bernapas dah, makan luar pun mahal, beli barang untuk masak pun same mahal adehhh, cmne la haih :(

Mata Hati said...

Jp Nurul - gadis siam terkeluar dari list.. :P

sesiapa pun yg mentadbir negara, perkara paling penting adalah memastikan rakyat tak terbeban dgn pembangunan dan belanjawan

Ayuni - hari bekerja, paling kurang mesti keluar dari kocek 15 riyal sehari utk mkn pagi dfn t/hari

Mata Hati said...

sz | m.s.s - awek2 morocco comel2 belaka. hidung mancung mcm menara petronas.
semuanya naik sekarang..tiada yg turun

kak SYa - roti canai sekarang bukan saja mahal, semakin kecik dan nipis. sekali tgk mcm roti canai transparent pulok

Mata Hati said...

deqlis - kalau deqlis pindah sana, boleh lah kita berjiran..tetete

tu lah, dacing dah berat sebelah, pasal tu semua naik.
syhhh!! undi adalah rahsia...

assyafieq - semua naik sbb yg kat atas sana tak reti nak turun-turun

Mata Hati said...

sis LM - sure sure..akan ku layangkan sekeping kad undangan berwarna emas buat sis sekeluarga ..tetete

My Special Mall - agak-aganya mcm tu lah.. tak pasal2 lenyap terus pompuan melayu nanti..tetete

Mata Hati said...

MAPPIAU - dulu dapat gaji melompat gembira sbb byk benda nak dibeli. sekarang boleh gaji duk pikir nak bayar itu ini. nak makan pun kena fikir sbb barang makanan dah naik

AdiaLuze said...

Betuk tu... Sekarng ni, semuanye mahal2 blaka...bwk RM50 g Giant dapat barang plastik cetotet jeee...Mmmmpphhh...

KAlo yang letak hantaran kawin tinggi2 tu almt tak kawin la gamaknye...Hehehe