Saturday, January 15, 2011

Antara Dua Azam

Alhamdulillah, ada sedikit masa untuk tulis entry sebelum keluar rumah. Curi masa sikit sebab tak best dibiarkan blog kosong tanpa isi.

Kata orang tahun baru azam baru. Tapi aku mana pernah ada azam. Tak pernah buat azam pun sebab aku tak tahu apa makna azam. Kalau budak mereng bernama Azam aku kenallah. Hari-hari jalan kaki keliling kampung tanpa baju. Nak tayang tubuh sasa dia yang hitam berkilat. Sayang seribu kali sayang. Masa sekolah dulu dia ni cerdik tapi bila dah besar jadi orang tak berguna kes terlebih menagih gam. Tak pasal-pasal hilang setin gam kasut aku yang letak kat tangga.

Ada hari-harinya kalau terlebih mereng sangat, telanjang bulat jer jalan sana sini. Habislah menjerit budak perempuan, kakak dan makcik kat kampung bila terlihat peluru berpandu terlarang. Tapi ada jugak sorang janda kat kampung ni releks jer bila lihat Azam lalu depan rumah dalam keadaan macam tu. Selamba terpacak depan pintu rumah lihat Azam melintas. Tak der kemaluan betul..ekekeke

Berbalik kepada azam tahun baru. Kalau korang ada azam yang belum tertunai tahun lepas, baik foward jer azam tu ke tahun ini. Tak guna kalau buat azam baru tapi azam sebelumnya belum capai target. Takkan lah baru bilang 1 2 3, dah nak lompat ke nombor 5. Nombor 4 nya hilang ke mana pak? One by one lah. Kalau buat azam nak capai sesuatu dalam bidang kerja, satu jer nasihat boleh aku beri. Be the best, bit the rest…

7 comments:

Cik TeN10 said...

ganbatte!!!(",)

alexa yussida said...

=.=' jum sama2 merealisasikan azam masing2

http://gayahspears.com/masa-untuk-mengundi/

Ayuni said...

betul, bnyk azam kne forward, hikhik...

JP Nurul said...

owh...bahaya btl budak mereng nama azam tuh...


jom sme2 tunaikan azam yg belum tercapai...

NOOR FATIN said...

btol2. azam dlu pn sy tak tercapai lagi. huhu

Mata Hati said...

Cik TeN10 - arigato ;)

alexa yussida - sya dah tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi ;p

Ayuni - capai satu persatu.. mujur sya x der azam hehe

Mata Hati said...

JP Nurul - actually dia insan kesepian

NOOR FATIN - gambateh~