Sunday, January 23, 2011

Panduan Bersahabat

Sahabat adalah satu dalam seribu. Kehadiran seribu orang kawan belum mampu mengantikan seorang sahabat yang hilang. Hargailah erti persahabatan. Semoga apa yang ditulis dibawah ini menjadi panduan kita bersama…
  1. Ketahanan dalam bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita dan sahabat saling boleh menerima gurauan. Oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku
  2. Jangan terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul
  3. Jangan terlalu mengambil tahu hal peribadi orang terdekat dengan sahabat seperti tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya
  4. Perkara sensitif seperta gaji, kenaikan pangkat dan hutangnya usah ditanya.
  5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi seperta rumahtangga atau hubungan suami isteri sahabat
  6. Terima kekurangan dan keburukan sahabat seadanya. Cuba lihat nilai positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik
  7. Bijak menyesuaikan tutur kata dengan emosi sahabat. Jangan bercakap mengikut sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat
  8. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya. Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupannya tanpa memikir kesannya kepada sahabat kita
  9. Menghormati hak dan kehidupan peribadi sahabat. Berilah peluang sahabat untuk bersendirian. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan dan kita hanya menyekat perhubungan dengan insan lain
  10. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Tunggu hingga kemarahannya reda dan sejuk. Pasti hubungan akan kembali seperti biasa.  Manusia harus menerima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut
  11. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri dengan bercerita tentang kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air."
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

16 comments:

man yusoef said...

btol tu..pendek kata, jaga adab dalam pergaulan...jgn tnye soalan sensetip, jaga hati mmbr...

Ayuni said...

sye ske number 8....

NOOR FATIN said...

saya setuju semuanya. sy sakit hari bila kawan2 usik perkataan yang menyakitkan hati. mmg la dia kata dia usik, tapi kita pun ada hati dan perasaan kan? huhu

Cempakamelati said...

Saya setuju dengan apa yang ditulis. Suka dengan sahabat yang mengambil berat tapi tak suka pada yang terlalu suka ambik tau tentang hal peribadi.

SUZIE APAI said...

yeszaaa...sgt setujuuu dgn semua yg tertera itewww..

NuSaNa NoSa 91 said...

kita xbleh nk expect org spt kita kn?? sbb tu kita kena hati2 dlm setiap perbuatan kita.. kena jaga hubungan dgn manusia jugak sbb Allah xmemaafkn dosa kita dgn manusia yg lain kecuali kalau manusia tu sndiri yg memaafknnya.. kn2?? ^_^

cik dah ganu kiter said...

tapi sekarang ni susahnyer nak dapat sahabat yg betul2 sahabat...

senang n suka sama2..tp bila lam kesusahan sorg2 yg tanggung...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sangat setuju...sahabat bkn mudah nak di cari..bila dah jumpa,kena jg elok2.

JP Nurul said...

sy ad prob yang no 2 tuh...xreti cket nak control...


nice entry ^_^

assyafieq said...

cari musuh seribu gampang sekali...tapi cari sahabat sejati susah sekali...

Mata Hati said...

kalau ditakdirkan kita mendapat seorang sahabat, haruslah menghargainya disamping pandai menjaga ikatan persahabatan.
bukan semua perkara kita patut ambil tahu, bukan semua perkara kita boleh masuk campur.

JP Nurul - hanya anda sendiri yg mampu mengubahnya

Ayuni said...

hm, bleh x tlg wat entry pasal hantu kt kusza? sbb sye nk tau jgk, ms sye kecik2 dlu tau sket2 tp nk tau dr org ganu btul....

Cik TeN10 said...

yes!..absolutely agree with you!..

ssh nk jmpa sahabat sejati..but i'm really lucky coz i have one!..really love her!..forever and ever!..(",)

jargailah sahabat kita..

Mata Hati said...

Ayuni - saya pun dah lupa pasal tu. cuba tanya pada guard yg dah lama bertugas kat situ

suri solehah said...

....sahabat yang baik ialah apabila kamu melihatnya..dia mengingatkan kamu tentang akhirat...

Mata Hati said...

setuju... :)