Friday, January 21, 2011

Haiwan Yang Aku Geli-Geli

Setiap orang ada haiwan yang tak disukainya. Ada yang fobia bila melihat haiwan-haiwan tertentu. Kebanyakannya takut dengan ular. Memang patut lah sebab ular ni berbisa. Tapi bagaimana pula dengan aku? Aku tak takut ular cuma baunya boleh membuatkan aku terasa nak muntah. Meh aku kongsi beberapa haiwan yang aku cukup geli bila melihatnya.
  1. Tikus - musuh no.1 aku. Aku cukup geli dengan menatang ni lebih-lebih lagi ekornya. Jangan sesekali tunjuk haiwan perosak ni depan mata aku, confirm aku cabut lari.  Kalau ternampak bangkai tikus atas jalan, aku akan melintasi bangkai tu dengan menutup mata. Bibir aku pernah terluka sebab terkejut melihat haiwan ni melintas depan mata semasa aku sedang bercukur. Untuk membasmi haiwan ni dalam rumah, terpaksa aku pelihara kucing pembunuh. Semasa tengah menulis pasal haiwan ni pun dah meremang bulu roma aku.
  2. Hamster – sebab satu spesis dengan tikus, aku pun terasa geli bila melihat haiwan ni. Kalau nak lihat pun, mesti dari jauh.
  3. Cicak – menatang ni selalu keluar waktu malam. Suka sangat berak merata tempat. Tak lah segeli tikus tapi tubuh yang licin tu membuatkan aku cukup geli untuk memegangnya.
  4. Anak kucing – confirm aku takkan sentuh anak kucing yang baru keluar dari perut ibu kucing. Warna kulit yang masih kemerahan membuatkan aku geli-geli untuk memegangnya.
  5. Ulat Bulu – melihatnya bergerak pun dah cukup membuatkan bulu roma aku menegak kegelian. Sentuh, sumpah aku tak nak. Kan tak pasal-pasal kegatalan satu tubuh
Tu jer rasanya haiwan yang aku geli-geli. Paling bencikan tikus, tak suka mickey mouse. Ada cara tak macam mana nak atasi kegelian melampau aku terhadap tikus ni? Pernah aku minta ditukarkan bilik hotel gara-gara terjumpa menatang ni dalam bilik air.

22 comments:

JP Nurul said...

zoophobia lah ni...

lelaki pon takut tikus???hmm..

lipas lagi geli lah....lebih rela tengok tikus dari lipas...


btw..ular ada bau ke???

ciK mOt ©™ said...

mak aih, banyak tul gelinya...

pacat lintah seme geli tak...

bagi saya, seme haiwan tu biasa jek...tapi geli nak pegang katak, dulu masa belajar, pantang member ajak cari katak saya sanggup p cari...hehehe

wat seprise adiah besday...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ermm sis lbh takut cicak dr tikus..huhu

cek chun said...

geligeli ahh nih :p
cek chun geli kat ulaq ja. tengok kat tv boleh lagi, tapi jangan harap nak p pegang macam kat zoo tuh.

tapi kalo dah geli, payah la nak di ungelikan.. kena jumpa shrink la kot

Cik Eliza said...

takot katak !!!

mase kat lab dulu, terloncat-loncat geli nak bedah. uuweekk..!

NOOR FATIN said...

aku paling suka tikus. sebb aku suka hamster. hahaha comel la.

aku xsuka lipas. grr

Mata Hati said...

JP Nurul - bukan takut cuma geli tgk ekornya. nak suruh pegang, baik ku cabut lari dulu..

kalau pegang ular, bau tu akan melekat kat tangan. nak muntah dibuatnya

ciK mOt - lintah, pacat, cacing dan seangkatan dengannya langsung tak geli. siap boleh buat main-main lagi..

tolong jgn kiss katak, nanti tak pasal2 bertukar jadi putera katak

Mata Hati said...

sis LM - saya tak takut cuma geli jer nak melihatnya. nampak tikus depan mata dah meremang bulu roma kegelian

cek chun - haha..ular tu tak mengelikan langsung bagi sya. tapi nak pegang confirm tidak sbb bau yg akan melekat kat tangan nanti

Mata Hati said...

Cik Eliza - katak itu sungguh kiut sekali..tetete

NOOR FATIN - sah tak der jodoh antara kita..hahahaha

geli ah tgk haiwan ni.

princess laila said...

aik? mickey m0use p0n..? jgn lah..cumil tuh.... :)

Ayuni said...

hikhik, kelakarnye...

Mata Hati said...

princess laila - hehehe... geli tgk ekor mickey mouse

Ayuni - jangan ketawa... ;)

Reen Azreen said...

x takot tikus...tp skang ni takot ngan virus kencing tikus...

Mata Hati said...

kencing tikus lagu bahaya.. boleh mambawa kpd kematian

Nadhirah Ahmad said...

Lipas dan ular. (major)

Cicak dan tikus (minor)

Tapi hamster sangat comel. Rugi encik tak pegang. Ha..

lynn angel said...

sy xsuka lipas dan labah2..

geli dengan lipas, sebab dia leh merayap atas bdn kita xbasuk kaki.. :)

takut dgn labah2 since tgk cite spiderman... labah2 gigit, pastu terus jd superhero.. takut.. :(

Mata Hati said...

Nadhirah Ahmad - hamster tu setakat tengok boleh tapi kalau nak pegang, mission impossible

lynn angel - adehhh..ramai rupanya org pompuan takt lipas ni. cute apa lipas tu..

Anitadahahs said...

Haiyyaa..
Memang lah semua orang geli dengan tikus, tapi tak adalah sampau jadik sepenakut macam ni.hihi. Rilex lah, tikus dah mati tak payah takut2 sampai nak pejam mata. Orang laki kenalah kuat dan hebat serta gagah! ;D

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam ... Kami Datang Ziarah Blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku geli bila lihat ular eeeeee tak mau pasal tahhh tak tau lahhhh geli lahhhh

tang lain masih lagi bolehhhh lahhhh

Mata Hati said...

Anitadahahs - bukan dlm semua perkara jadi strong. mmg ler tikus tu dah jadi bangkai tapi ttp rasa geli melihatnya

Afzainizam - ular ni tak lah takut cuma x tahan dgn bau yg melekat kat tgn kalau memegangnya

mie said...

gue malas nak senaraiakan ...
kalo senarai, sure banyak
ehheeee

Mata Hati said...

hahaha....semestinya