Tuesday, January 18, 2011

Hari Mengemas Bilik

Semalam tak tahu nak buat apa sebab hujan turun sejak awal pagi lagi. Punyalah boring memikirkan apa nak dibuat. Tetiba datang mood rajin nak mengemas bilik. Dengan semangat berkobar-kobar aku mulakan dulu dengan bersihkan CPU. Dah berhabuk sakan kat dalam. Last sekali aku bersih 2-3 bulan yang lepas.

Ini ler komputer yang aku gunakan selalu nak meng'update blog kat rumah

Siap bersihkan cpu, beralih pulak kepada tugas vakum lantai dalam bilik. Then godek-godek beg yang tersimpan dalam cupboard. Adalah dalam 10 bijik. Kebanyakannya aku dapat masa pergi taklimat dan kursus. Banyak juga pensel, pen, kertas, sabun mandi, syampu dan tuala kecik kat dalam beg tu. Pensel tu sedekahkan jer lah kat sepupu yang baru nak masuk tadika dan darjah 1.

Siap kemas beg, barulah bersihkan kipas dan toys. Leceh sikit nak bersihkan koleksi toys ni sebab banyak sangat. Tapi kesabaran itu berbaloi sebab puas hati bila lihat semuanya dalam keadaan bersih tanpa habuk. Kesabaran itu penting dalam apa jua kerja yang kita buat. Kalau tak sabar, hasilnya tak seberapa lah.

Sebahagian dari robot gundam dan transformers. Banyak yang aku dah jual sebab tiada space nak letakkan benda ni. Yang kecik cinonet tu ada aku hadiahkan saja kat sepupu yang datang ke rumah. Yang besar tu aku jual jer kat forum lowyat kalau dan boring melihatnya. Boleh buat modal nak beli yang lain. Nak pasang sebijik gundam yang besar tu perlukan masa seminggu nak disiapkan.

Ini pulak koleksi limited edition dari shell. Adik aku lah ni yang tergila-gila sangat nak beli sampai sengaja habiskan minyak kereta semata-mata nak dapatkan semua koleksi kereta ni. Hampeh betul ah..

Kamera jenis pro-summer ni aku tak tahu nak buat apa. Dah setahun lebih aku beli tapi jarang guna benda ni. Banyak guna pun pada hari raya. Ingat nak jual jer lah dari terbiar dalam almari tu. Plan nak beli balik jenis DSLR. Ada sesiapa nak? Nanti aku beri sekali set lengkap sekali dengan uv filter, star filter, 2 keping memory card dan pouch. Kamera ni boleh 18x zoom semasa shot gambar atau merakam video. Senang nak skodeng orang putih berjemur tepi pantai.

Err..kalau buat contest bagi hadiah kamera ok tak? Huhuhu..mampus aku. Kay, buat kerja buat kerja

14 comments:

♥cikmOt♥ said...

nak nnak...tetiba jek...

man yusoef said...

ok gak buat contest hadiah kamera...aku sokong!!..hahaha

zacky786 said...

yg transformer tu gempak.~ waaaa

Noor Fatin said...

bagus gak buat contest bagi kamera! nak!! heheh

suzieapai said...

apaaaa??????

hadiah camera????

besssssssssssss

aZIEra itu aKu.... said...

tibe je eh rajin mengemas...hi3
kalau nk bt contest hadiah camera kt atas 2 bole sgt la....:)

sekadar satu coretan said...

rajin ye..mengemas bilik...
nak camera...tapi kak ain dah ade...
nk robot transformers aje laa...

Annaz Aufa said...

wahh... rajinnyee.. salut.. salut.. salut..

Lydia Miza said...

cepat wat contest..sis nak camera tu.haha

Ayuni said...

nk robot2 tu, watlah give away....

cik mici said...

kalau terasa syg nak buat give away camera...robot tu pon ok gak....


rajin sungguh mengemas yer!hehe

mie said...

wow!!
contest dapat camera?
gue sokong..
ehehheee

Unknown said...

dengan segala hormat diumumkan, confirm takder hadiah kamera punya..hahaha

ayuni: takkan lah nak buat giveaway kasi robot..haha

nadia: oltromen ada dlm kotak, malas nak keluarkan dari dlm cupboard ;p

chekna said...

cantiknya koleksi kereta dari shell tu, kat rumah ni main campak2 je kereta tu.. mostly still ada rupa kereta la..cuma getah tayar tu dah xde, bila main pun tayar dah xbleh nak pusing..... hehehe...

contest hadiah camera? confirm followers trus naik jadi 5k...silap2 lebih lagi, kalah awek si apex tu..